meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

27 March, 2014

RESTAURANT VENICIA, BUKIT IDAMAN, SELAYANG


Hye semua... Kali ni nak kongsi dengan kalian tempat makan rare sikit.

Minggu yang lalu ada sesi makan di tempat berdekatan dengan site. Untunglah kami langkah kanan. Tumpang seperut. Setibanya di sana menu dah ditempah rasanya. Kami ada dihidangkan salad mempelam. Sedap sungguh! Lain dari lain rasanya.

Tempat ni terkenal di kalangan warga selayang katanya. Terutama masa untuk makan 'besar'. Menu disajikan, memang sedap dan besar belaka bahannya. Udang besar, ikan fresh. Senang kata sendiri datang sendiri cuba. Cara masakan chinese style.

Antara menu kami order ialah daging rusa, ayam claypot, ikan kerapu stim, udang, sayur daun keledek. Kongsi gambar sikit kat sini.


Restoran terletak di kawasan perumahan kondo, ini alamatnya :
Restoran Venicia (Selayang)
1st Floor, Casa Venicia Club House
Jalan Bukit Idaman 1/3
Bukit Idaman
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: +603-6136 2010
Business hour:
Mon - Thu 12:00p.m - 2:30p.m & 6:00p.m - 10:00p.m
Fri - Sun 12:00p.m - 2:30p.m & 5:30p.m - 10:00p.m
Cawangan ni pork free.

Adalah lebih baik, buat tempahan. Sebab ruang kecil je jadi limited. Dengarnya kebanyakan orang  suka tempat ni makan ramai-ramai. Maka makin terhad la kan.
Diingatkan juga poket kasi tebal ketika datang, sebab harga agak kencang sebab besar-besar bahannya.

Satu lagi cawangan di Bangsar Puteri Condominium. Yang ini ada hidangkan pork.

Selamat mencuba

07 January, 2013

SWEET CHAT CAFE, SETIA CITY MALL, SETIA ALAM

Shoping mall baru telah dibuka agak lama. Tapi kami yang baru menjejakkan kaki di sini. Kami ke sini bersama kawan kami lagi 2 orang nak tengok movie. Sementara nak tengok movie tu sempat kami makan di salah satu cafe di situ. Kami ke SWEET CHAT CAFE, berdekatan dengan tempat wayang.

Selain di Setia city mall, SCC ni ada beberapa cawangan lain di Berjaya Times Square, Mid valley, The Mines dan AEON ipoh. Suasana cafe amat la menarik dan menu juga sangat2 mengoda jiwa. Antaranya yang paling hot ketika ini. DURIAN CREPE! kat sini ada tapi nama dia pancake durian. 1st time ni kami rasa kat sini. Dia punya rasa durian teramat la kuat. Sesiapa pengemar durian mesti suka. Kami ni biasa2 saja dengan durian ni jadi ianya terlalu kuat untuk kami.

suasana cafe
Mari kita lihat antara menu yang kami order.
durian pancake RM 8.90 ( durian crepe)
Steam ginger egg custard RM5.90 ( termasuk dalam set air & nasi kunyit)
Fresh mushroom sup RM8.90
nasi kunyit dengan ayam kari RM12.90
(nasi lemak ayam lemak)
baked mac & cheese RM12.90
durian cendol RM 7.50
Harga amat bersesuaian dengan mutu makanan dan tempat. Selamat Mencuba...

P/s: Kat Setia City Mall ni best juga kalau nak berjalan shoping banyak kedai2 pakaian yang menarik antaranya ada H&M, cotton on dan macam2 lagi. Food Courtnya pun menarik. Sekarang ni kami dah ada pilihan kalau rasa malas nak ke IOI mall tengok wayang boleh je ke Setia City Mall ni. Walaupun jauh sikit tapi kurang bersesak2

05 July, 2012

Restoran seri garuda emas, KG BARU

Minggu lepas ada kunjungan dari Johor, adik cik yan datang nak shoping kat jalan Tar & ikea, sambil nak merayap2. Jalan TAR jem teruk. Ni la penangan nak raya. Aku disuruh kesana? memang pilihan terakhir la.....

Dan sebelum itu aku dah kepingin nak makan nasi minang. Tanya2 rakan Fb, akhirnya disarankan di Kg. baru. Selepas google2 akhirnya!!

(nampak macam hampir sama dengan garuda yang kat Medan. Masa kami trip family kesana awal tahun haritu)

Restoran seri garuda emas
Alamat : No . 36,  Jalan Raja Alang, Kampung Baru, KL
(klik gambar untuk tumbesaran yang sihat)

Suasana kedai..........

menu yang agak banyak dan meriah!!

Menu special yang kiteorang usha cari beberapa hari ni...
usha jauh2 je dulu

haaaa usha dekat sikit (5 ketul 3orang bedal)
ayam kampung goreng (seketul rm6.50 kot)
siap minta serbuk lebih!!

Benda pelik...Belut goreng...oh no no no no...kami tak mencuba pun..
misi kami ayam kampung goreng bumbu!!

Lain2 kami try alpukat ( avocado)
kat dapur dia ada 5-6 peti buah avocado..import dr indon kot?
air ni melekit2 sikit...cuma bukan taste aku kot..
Tak taste pun habis segelas...puii

Juga layan dendeng dan lauk2 lain..tapi yang kering je ada. Berlada dah habis pulak :-(

sempat posing!!









Kat sini ada jugak satay ni, tapi kami tak cuba pun. 
Seperti diberitahu misi kami ayam kampung goreng bumbu.
(gambar ni snap dari blog yang kami usha2 masa cari nasi minang ni)

Lastly masa balik baru terperasan pokok berdekatan parking...buah pelam dia...rapat2
kecik beso kecik besooooo je aku tengok..hish!!
pikir tempat orang je..kalau laman sendiri dah lama lesap!

Selamat mencuba...

Oh...total pemakanan haritu RM 60..Boleh tahan kan!!

Sah memang makanan minang memang mahal, teringat masa kat Medan haritu 7 orang kena dalam rm250 ke rm300. Lagi la masa tu tengah kebulur. Tambah plak jenis hidang semua lauk atas meja tak pilih2 macam ni. Sedap je la menala makanan ke mulut.


Walaupun pada aku ayam dia agak liat dan daging dendeng dia memang leh wat gigi tercabut jugak la kan...Kedai ni tetap ada rasa 'indon' (aku cakap macam ni sebab masa kat medan tu dapat rasa kelainan masakan mereka walaupun rupa macam sama dengan masakan kita). Kalau tastebud korang agak bagus mesti korang faham dan dapat rasa 'indon' tu macam ne kan?

Yang sempat aku tapau ayam goreng tu 2ketul, 
(tak habis gara2 tamak..hahaha..boleh wat lauk makan malam)
Orang tamak selalu untung....:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...