meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

27 May, 2013

SURABAYA YOGYAKARTA TRIP - day 1 – 21.3.13 (part 2)


Cerita day 1 panjang sangat jadi aku bahagi 2 bahagian. korang baca panjang2 kan muntah info & muntah juga tengok gambar kiteorang...
ok sambung cerita.....

Hari 1 – 21.3.13 (part 2)
(Penanjakan point 1, Mount Bromo, Pasir Berbisik & Savanah)
(Probolinggo – Banyuwangi/Bondowoso)

Selesai di Bromo kami ke pasir berbisik & savanah. Sebenarnya ia tak termasuk dalam pakej kami dengan tourguide tapi kami request nak pergi dan di charge extra Rp100k/pax (actually Rp200k/jeep) kalau pergi ramai lagi jimat la kan. Sampai di pasir berbisik kami sempat snap gambar. Pasir berbisik ni tak da la apa2 sangat cuma kawasan muka bumi yang pelik tu menarik minat kami. Dan famousnya kawasan ni sebab pernah shooting movie kat sini tak pasti apa tajuk tapi pelakonnya Diansastowardoyo (betul ke aku eja?). 

walaupun takda pape sangat tapi pemandangan memang cantik gila....
tq la driver yang pandai snap gambar...bertuah diri 
Selesai di sini kami bergerak ke savanah. Kira2 15minit perjalanan. Di sini kawasannya banyak tumbuhan dan ada 1 gerai jual minuman kalau nak duduk2 di kawasan ni. Cuaca cerah tapi sejuk…Cantik sangat2 macam kawasan hobbit dalam movie Lord of the ring. Kawasan gunung berapi ni unik sangat2 sekejap berpasir &sekejap berpokok2. Semuanya dalam 1 kawasan je.

ada jual minuman, kami tak minum pun...


Untuk makluman, Mount Bromo pernah meletus tahun 2010 dan dapat dilihat yang batu2 dari letusan bromo di pinggiran kawasan dataran pasir ni. Jauh juga batu tu terbang. Tapi kawasan ni memang jauh dari menempatan, yang ada 1 kuil di tengah2 padang pasir tu je..tak pasti samada kuil tu rosak ke tak masa letusan.

Selesai di savanah kami bergerak turun dan bersarapan di hotel Cemara Indah. Sarapan yang ada nasi putih, mee goreng, roti bakar, air the & kopi. Harga mengaum juga tapi boleh la..!!! makanan tak umph…ditambah aku mogok makan lagi la sikit je makan. Konon isi supaya perut tak meragam ternyata aku tewas juga…on the way turun berliku2…45minit kemudian memang ke tandas la. Jumpa je Shomad kat bawah kami bergerak ke Ijen. Dalam perjalanan turun nampak budak2 balik sekolah dan banyak kebun2 sayur.

pemandangan dari hotel Cemara Indah...cantik sangat2
makanan yang memang bukan taste aku...all rasa tasteless...
ke aku yang memang takda selera

dia perasan kita nak ambil gambar...
untung kalian dapat tinggal kawasan nyaman ni...
Kami bergerak dari Bromo kira2 jam 10pagi. Dalam kereta kami bantai tidur dan sekejap2 Cik Yan je layan Shomad. Aku sedar2 dah tiba stesen keretapi Probolinggo. Diaorang turun pergi ambil tiket train. Di Indon ni boleh je beli/ambil tiket train kat mana2 stesen. Kalau tak silap boleh juga beli kat mart ala2 7E kita ni. Tapi aku tak pasti. Legalah kami dapat dah tiket train tu.
Untuk beli tiket train boleh ke website ini.

Perjalanan dari Probolinggo ke kawah Iijen (Banyuwangi-Bondowoso) ambil masa 5jam. Dan setelah berliku2 naik gunung turun gunung lalu lembah redah kampung termasuk 2 kali muntah. Akhirnya jam 3petang kami sampai di Catimor hotel. Sempat singgah kedai di kawasan kampung beli simcard fon & ubat.  Aku lepas check in , mandi makan ubat terus zzz…..

Aku sumpah memang tak mahu isi dah sebab perut aku dah tahap menolak semua apa yang masuk tetap keluar semula. Dari aku membazir bayar makanan tapi tak selera makan, baik puasa je. Tambah pula risau tak larat pening kepala nak panjat gunung ni. Ada orang hotel ketuk bilik kami tawarkan nak makan dinner, kami tolak sebab Cik Yan pun sama tak mahu makan. 

Apapun demi ‘BLUE FIRE aku gigihkan jua…..

Akhir sekali untuk day 1 ni, aku nak tepek gambar kasut adidas kampung aku ni. RM9.90 kot. tapi memang selesa sangat2. Kasut ni aku survey2 kat internet tuk hiking Ijen esok. Cari2 kat internet bagai la rupanya ada je kat kedai thailand berdekatan rumah je.


Kuda : Rp 200k/pax
Jeep : Rp200k/jeep ( pasir berbisik & savanah) – untuk kami kos ini termasuk dalam bayaran tour Shomad
Breakfast Hotel Cemara : Rp35k/ pax (buffet)
Simcard : Rp4k/no. (simpati)
Ubat : Rp2k/paket (jenama Tolak Angin)…bantai je apa2 pun janji berkesan!
nak layan gambar lagi klik sini

K. jumpa lagi nanti untuk sambungan cerita trip ini...see you...


24 May, 2013

SURABAYA YOGYAKARTA TRIP - day 1 – 21.3.13 (part 1)

Hari 1 – 21.3.13 (part 1)
(Penanjakan point 1, Mount Bromo, Pasir Berbisik & Savanah)
(Probolinggo – Banyuwangi/Bondowoso)

Dari Surabaya town ke Probolinggo ( Mount Bromo ) ambil masa 3 jam perjalanan. Kami sampai di Probolinggo kira2 jam 3pagi. Shomad dah bercerita yang supir kami untuk trip Bromo dah tunggu di sana. Sampai je kami terus bersiap2 tukar kasut dan terus masuk ke dalam jeep. Dari bawah nak sampai ke Penanjakan point 1 ambil masa kira2 1jam. (ada 2 point nak tengok sunrise di Penanjakan, dan view di Point 1 lebih elok berbanding view point 2). Perjalanan merentas kampung2, jalan berliku2 dan akhirnya ke kawasan berpasir. Dalam gelap ni memang menakutkan juga, tapi supir ni dah expert memang syok je tengok dia layan lap. Aku kat belakang kepala dah tingtong habis, perut dah mual. Kami sampai sahaja di Penanjakan 1 terus kami turun untuk minum teh panas. Aku pula sibuk cari port muntah..hahaha..Sesungguhnya memang aku kalah dengan jalan2 berliku ni.

Selesai minum2 mula nak naik ke point untuk lihat sunrise. Dalam aku pening2 aku bersabar dan bertabah je la. Untung la ko yan…langsung tak da simptom pening2 ni. Dalam on the way ke point 1 aku dah 2nd time muntah. Sah la ni dah masuk angin. Maka apa yang masuk perut akan keluar semula. Muka pun dah sememeh je. Pak supir yang baik hati offer urut bahu..redha je la aku. Duduk sekejap di area tandas berehat dan berurut2, bersapu balm bagai rasa lega sikit. Kami tiba di point 1 jam 4pagi. Dari tempat parking ke point 1 ni kene mendaki sikit dalam 10minit perjalanan. Oh ye ! Sunrise kul 520pagi ye. Wah! sejam lagi ni kena tunggu dalam sejuk. Sumpah memang sejuk gilaaaaa…..Ada orang offer sewa baju sejuk, jual snow hat dan glove. Tapi dek aku yang rasa tak selesa termuntah2, aku lebih rela angin sejuk tu kena badan. Kami duduk di kerusi2 yang disediakan. Sambil tu aku berdoa2 dan berharap yang kesihatan akan kembali pulih. 

Ramainya orang yang tunggu sampai terpaksa berebut nak tempat best ambil gambar. Tapi dalam mood aku yang kelaut ni aku sempat gak snap beberapa gambar buat kenangan. Syukur haritu cuaca elok. Malam tu nampak bintang bertaburan. Kalau diikutkan ramalan cuaca yang aku check kat internet, malam tu hujan. Malam esok di Ijen ribut & seterusnya di Yogja juga ribut. Tapi ternyata nasib baik menyebelahi kami.

indahnya lah......

sejuk sungguh....tuhan je tahu...


Jam 520 pagi mula matahari naik. Cuma agak berkabus jadi tak dapat nak snap gambar lawa sangat. Jam 6pagi kami akan turun ke Mount Bromo. Orang sibuk tengok matahari dia sibuk layan mata sambil makan coklat. Tengok2 Cik yan makan coklat, konon minta la sesuap. Sudahnya muntah kali ke-3 di tandas.

punyalah ramai orang....
(ada sorang tu duduk melelapkan diri..sedar2 makan coklat)
Masa turun dari Penanjakan aku request minta duduk depan. Aku rasa semenjak drive ni memang kalah jadi penumpang, selalu mabuk2 kalau duduk belakang. Keadaan agak membaik sikit. Dalam kami bergerak turun kami berhenti beberapa spot menarik untuk ambil gambar. Best ada supir pandai ambil gambar cantik. Jadi dia la tolong ambil gambar kami.

berkabus...

comelkan dia???  undilah saya


sangatlah perlu untuk kalian berada di sana melihat pemandangan yang sebenar..
tak terkata indahnya
Turun je bawah kami lalu kawasan berpasir yang luas..rupanya itulah kawasan yang malam tadi kami lalu…ternyata seluas2 terbentangnya pasir tu…ada lalang2 gitu. Nampak ada 1 lori dan 1 jeep tersadai masuk lubang pasir tak boleh gerak. Jeep kami pun membantu. Sementara membantu supir suruh kami layan ambil gambar dulu.

Indahnya lah ciptaan muka bumi mu Tuhan……speachless…..



Selesai laluan disitu kami ke kaki Bromo. Dikawasan ni ada banyak kuda2 menunggu untuk ditunggangi. Supir kami dah awal2 cadangkan kawan dia. Pada awalnya kami dah pikir2 dari Malaysia lagi nak jalan kaki je. Sekali dah sampai sana ternyata jauh nak ke kawasan tangga…tanya2 ada dalam 1.5km nak ke tangga nak di daki tu. Memikirkan esok kami nak naik gunung, maka kami sepakat nak naik kuda. Sebelum tu wajiblah bertanya kekuatan kuda, almaklum masing2 saiz jumbo..hahaha..kesian kuda tu kang semput. Bila mereka kata boleh maka kami yakin boleh la. Pertama kali naik ni seram sangat2, sebab dah lah tinggi dan tengok tapak kaki kuda yang lagi kecil dari kaki sendiri. Ha..macam mana tu?? Oit! Tentu2lah tapak kaki kuda lagi kecil dari kaki manusia.he3



mount bromo dari kejauhan.......
Akhirnya dengan cara2 yang diajarkan, kami berjaya. Dah kat atas kuda rasa nak turun plak, tak tahu cara nak bertahan atas tu. Memang rasa unbalance.. tapi adik2 yang jaga kuda ni ajar. Jangan keraskan badan biarkan je berlengok2 mak jemah gitu. Pasti selamat. Dalam pada selamat tu saat mendebarkan bila ada laluan curam tu. Puhhh!! Sumpah cuak. Aku pejam mata bila nampak mamat depan aku tu terjatuh sebab tak dapat balance. Rupanya sibuk ambil gambar aweknya masa kuda turun curam. Memang kedebuk la jawabnya. Masa kuda nak turun ada caranya, badan kita kena kebelakang dan kaki di tolak kehadapan..ala2 posisi baring 45darjah. Tapi masa perjalanan naik ni banyak mendatar dan naik dari turun. Alhamdulillah selamat tiba. 

siap sedialah nak panjat tangga


Sekarang tiba masa nak panjat tangga pula. Fuh!! Panjat bukit sikit…bukit yang sikit ni ko dah semput lagikan 250 anak tangga (hasil info budak kuda), dan melalui reasearch aku di internet ada yang kata anak tangga tu berubah2 jumlahnya. Naik lain turun lain…datang lagi sekali lain…entah la aku tak dan nak kira…sibuk pikir macam mana nak tarik nafas je…kalau korang pergi nanti cuba lah kira. Tengah2 semput tepi tangga nampak makcik omputih ni selamba je mendaki sambil kata “ go go..u can do it” aku mampu senyum sambil berpikir dia umur 20, aku 50tahun…dem!!..rasa nak tampar diri sendiri… “wat malu..wat malu!”.


muka nak termuntah...
posing2 dalam keadaan cuak...tinggi tu...

Setelah 4 kali berhenti tepi, akhirnya sampai ke atas. Kawahnya berasap2 dan ada bau busuk sulfur sikit. Atas tu agak ramai orang dan penghadang pun dah patah2 maka berhati2 lah. Kami sekadar lihat2 pemandangan dan bentuk kawah tu. Kalau tergelincir memang arwah la. Tambah pula kami bolat2..lagi cepat la gulingannya..ohhh tak mo pikir lebih2..seram2!.. Selesai bergambar dan paksa orang lain tolong ambil gambar kami. Kami bergerak turun. Hati2 ye turun tangga ni berpasir2 dah agak mencuram ke depan. Aku memang berpaut elok kat handrail tu.

pemandangan mula nak naik tangga
(nampak tak kuil tengah2 tu)
berapa punya jauh la...
sian kuda ni kena bawa 'gajah'
maafkan saya...
Kami selamat tiba di bawah dah terus menuju ke kuda untuk turun ke tempat parking. Perjalanan turun banyak curam dan dengan kena gaya posisi baring 45darjah ni tentu2 kaki akan lebih sakit berbanding naik tapi. Tapi jangan nak banyak complain. Sakit2kaki ko ni, lengoh lagi kaki kuda yang bawa ko tu!!

Berhingus2 kuda tu, aku cuak gak ingatkan tak larat bawa aku ni. Beriya tanya kenapa, rupanya sebab pasir bertiup jadi selsema dan berdengus2. Lega aku dengar.....

Dalam perjalanan sempat aku borak dengan budak kuda. Oh ye mana dia Mono. Aku tetiba jadi tukang kira pendapatan orang plak kan. Dia kata tak tentu selalu sehari cuma dapat seorang je customer sebab banyak saingan. Kat situ ada 300+ kuda. Dan dalam seminggu kadang cuma 2kali je berjaya pujuk orang naik. Sebab apa tak ramai naik upahnya agak mahal juga. Tapi bagi kami, kami redha dengan budget tu sebab kesian kat kuda. (Ada yang dah separuh jalan baru ambil kuda charge dalam Rp70k-150k). Jadi sebelum berjalan kaki tu pikir betul2 nak naik ke tak kuda. Kalau dah separuh agak rugi la juga kan..oh ye kuda tu mereka sewa bukan sendiri punya… kos lagi tu..hmmm… hidup2.

Agak pelik juga kenapa la jeep tak park kat depan2 sikit. Jadi tak perlulah nak berjalan jauh kan?. tapi mungkin ini la cara untuk bagi pemandu2 kuda ni cari makan. Kalau tak mesti semua rela jalan kaki je. Ye tak.....

Sambung kat part 2 isnin nanti k. bye...
Aku bentangkan sekali kos untuk day 1 tu.


22 May, 2013

SURABAYA YOGYAKARTA TRIP - day 0 – 20.3.13

Hye...nampak gaya lama dah bersawang..seriusly busy & laptop rosak.

Dan selepas hampir 2 bulan baru hegeh2 nak update cerita trip lepas kat korang..

Sorry...Jangan marah ye....

-------------------------------------------------------------------------------------------

Pejam celik pejam celik sekejap sahaja sudah nak masuk suku kedua tahun 2013. Masa berlalu sungguh pantas kan? Dengan berlalunya masa, maka trip kami ke Surabaya Yogjakarta pun sudah lama berakhir.

Sepanjang perjalanan kami ke tempat2 ni segala2 berjalan lancar walaupun tahap kemabukan aku tidak terkawal. Segalanya berjaya kami lalui dengan jayanya. 

Ada pepatah ‘a picture is worth a thousand words’ tapi pendapat kami mata sendiri yang melihat & diri sendiri yang merasai tetap tak kan sama nilainya. Tambah lagi kalau macam diri ni yang ambil gambar suam2 kuku je skill nya tu..hahaha.

Mari kita mulakan cerita perjalanan trip kami ni. Enjoy ye…

Hari 0 – 20.3.13

Kami bergerak lepas waktu kerja ke Putrajaya Sentral. Setelah beberapa hari survey2 internet mana nak parking, berbaloi ke tidak, selamat ke tidak. Kami bulatkan tekad hati yang kereta akan selamat sepanjang pemergian kami ni, maka kami parking di Putrajaya Sentral Park & Ride (PSPR), Presint 7. Kalau nak parking di LCCT, parking fee mencanak2 harganya (kat PSPR Cuma sehari RM7 sahaja). Nak minta kawan2 hantar boleh tapi nanti nak ambil tu tengah2 malam (flight balik tiba malam) menyusahkan pula. Kucing2 pula dah minta kawan yang tinggal dekat rumah tengok2 kan (berguna juga sangkar besar yang aku DIY ni, kucing pun selesa & dapat jimatkan perbelanjaan boarding ..hehehe)

Kami tiba di PSPR, dan terus mencari tiket ERL ke LCCT. Senang je pergi kaunter cakap nak g LCCT, mereka akan bagi tiket train beserta tiket bas sekali. Tambang RM5.50/pax. Jimat lagi !!

Kami tiba di LCCT kira2 jam 7malam,  disebabkan kami dah check in online dan tak da bag nak di serahkan, semua kami bawa ke flight. Maka pergi makan kat Marrybrown dulu. Perut yang lapar jangan diabaikan.

Jam 8malam kami pun masuk ke ruangan menunggu. Jam 930malam kami pun mula berlepas. Rasanya beberapa je orang Malaysia, selebihnya memang Indonesian. Dalam flight tak tahu la kenapa panas sangat dan berenjut2. Kepala dah pening lalat mabuk kepayang. Aku tentulah juara bab mabuk2 ni dibandingkan dengan Yan. Mula la beli air jus oren la nak kasi hilang loya. Apapun selamat sampai ke Surabaya Airport jam 1145malam WIB. Hampir 3 jam perjalanan (waktu Indonesia kurang 1 jam dari Malaysia). 


Turun2 flight yang buat kami lega eh….ada bas jemput kita la. Hantar sampai depan pintu masuk. Kenapa la LCCT takda servis ni. Setiap kali turun flight terpaksa jalan jauh, sedangkan kalau dibanding perjalanan turun flight di LCCT hampir 2-3kali ganda jauh berbanding perjalanan dari flight ke entrance di Surabaya. Pengurusan LCCT sila perbaiki servis anda.Ni yang rasa nak email management ni. complain2..


Selesai kastam dan sebagainya, keluar je pintu tengok ramai yang tawarkan teksi dan ada juga yang terjerit2 nama dan pegang kertas ada nama. Tetiba ada terdengar suara ‘Kak Saliza! Kak Saliza!’ toleh2 kiri nampak supir kami siap pegang kertas nama ‘salizawawa’…sah2 ikut nama dalam email kan…tergelak juga aku tengokkan. “ooo kamu shomad ya?”….terkeluar konon2 speaking indon ko! (sebab kami dah tahu sapa nama supir kami melalui email. Rupanya dia panggil2 sebab cam muka aku ni lalu salinan passport yang kami emailkan sebab nak minta dia ambilkan tiket keretapi. Kami tunggu dia ambil kereta dan terus kami bergerak keluar dari airport.

Dalam kereta cik Yan sibuk tanya dapat ambil tiket keretapi tak sebab kami kalut takut tak sempat. Kena ambil 2jam sebelum perjalanan. Tapi kami rasa kami tak sempat sampai ke Surabaya semula 2 jam sebelum train tu gerak. Si Shomad beriya yakinkan kami “Enggak boleh ambil, perlu bukti pembayaran kak. Tapi enggak apa2 lah kak…santai aja!”. SANTAI ko kata? Kita ni gelabah takut tak dapat je Yogja jumaat ni. Nak naik apa nanti kalau tak dapat tiket. Sebenarnya kami dah call pihak train dari Malaysia lagi dan mereka inform kami boleh minta orang lain ambilkan asal bagi copy passport. Ni kata nak bukti pembayaran pulak..sabo je la aku. Tapi supir dah beriya2 yakinkan kami. Maka kami serahkan semua ke dia je lah. Tambah aku dah layan pening kepala, malas dah nak layan.

Hala tuju kami seterusnya Mount Bromo!! Bermulalah trip tanpa tidur!! Turun2 flight terus mula? Ye betul….. sebab kami tak cukup masa di Surabaya. Kenapa? Nanti kami cerita kemudian ye..

Tips parking (PSPR) : Sila pasang stereng lock dan elakkan mempamirkan apa2 yang boleh menarik perhatian & sangkaan yang korang akan tinggalkan lama kereta tu. Semoga berjaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...