meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

30 April, 2012

HAPPY MONDAY EVERYONE!!

source: google

P/S : tak da duit plak dalam list tu yer....hehehehe
memang duit bukan segalanya...tapi segalanya perlukan duit :-)
besederhana lah.............

29 April, 2012

SALAD ROSSALINDA AYAMOR......

Apekah nama menu macam tu???...suka hati la yer..hehehe

Ok hujung minggu ni kemaruk nak wat salad sebab beberapa hari lepas tengok slot barefoot contessa  kat afc ke tlc yer...dah lupa dah. Dia wat salad, jadinya hujung minggu ni wajib la mencuba.

Dalam kul 12tengahari lepas customer ambik cupcake, dengan poyo ke Jusco ioi puchong nak cari daun wild rocket tu (nak rasa punye pasal!! sedap sangat ke sebab omputeh suka wat salad guna daun ni)

Bahan2:

  • Dah nama Ayamor...wajib la ada ayam...
  • Baby carrot
  • Kentang belah 4 atau 6 (buat gaya wedges)
  • Salad lettuce
  • Wild rocket (cari kat jusco ada sayur ni). macam mana rupa? ha ni dia aku googlekan gambar tuk korang
sumber gambar cantik ini dari : google
  • Baby tomato
  • Sweet basil (nak merasa punye pasal letak dalam salad, ternyata aku tak suka rasanya. Nasib letak sikit je, selebihnya wat spegetti)
  • Bahan perasa ( lada sulah, lada hitam & thousand island sos(beli kat jusco jugak)



dada ayam dihiris nipis letak lada putih & dibakar
proses membakar
bahan perasa
baby carrot & potato yang siap di bakar

cara2:
  • Seperti diatas - rujuk gambar (adil tak?...aku malas nak ulang taip cerita benda sama)
  • Campurkan semua bahan2 tadi dalam mangkuk besar bersama2 sos thousand island tu.
  • Gaul2 puas2 ( masa ni baru feeling macam dalam show barefootcontessa..he3)
  • Apa tunggu lagi ngap le...

hasilnyer...............jadi kambing la ko hujung minggu ni!!

28 April, 2012

TERUKIR DI BINTANG - YUNA

Aku bukan la peminat tegar Yuna, sebab aku memang takda penyanyi yang aku minat beriya2. Kebanyakkannya lagu yang aku suka adalah kerana lagu dan liriknya, bukan bergantung pada siapa penyanyinya.

Beberapa hari lepas aku sibuk layan lagu ni kat Youtube. Sebab teringatkan music yang mendayu2 dan CLASSIC tu!! masa drive kete..aman damai je rasa...sekali sekala dengar macam tengok iklan echanter (betul ke aku eja ni..iklan perfume tu...he3)

Enjoy the song k.....

tengah beryoutube, nampak ada 1 mamat tu tuju lagi ni kat gf dia. Untungnya gf kamu itu...cewah...

27 April, 2012

PENERANG HATI - 6IXTH SENSE & SAUJANA

Lagu ni ada dalam vanila coklat yer...aku tak berapa layan VC tu, jadi tak berapa perasan. Tapi lirik lagu ni memukau gitu. Dan agak kejam rasanya kalau aku katakan tak sesuai lagu ni dengan citer tu? Korang rasa sesuai ke? aku rasa macam ianya lebih berkonsep ketuhanan....kan2?kan2?

6ixth sense ni memang lagu2 mereka banyak yang aku suka, music best lirik puitis. Melayang2 layan jiwang...kah3. Baru namanya lagu best!! ( dah ala2 tukang komen anugerah juara lagu gitu).



Dalam lagu ni part paling memukau sekali tang waktu ke 1:20....maaf tak tahu nama nya..tapi suara memang buat hati aku cair (harap2 lelemak aku cair jugak sekali :-)...)
                                               ***************************************
Di akhir entry ni, di hari jumaat ni izinkan aku share something sikit berkaitan lagu ni juga dan lebih bermanfaat untuk anda semua dan juga diri ini sendiri dikala merasa kalut2 & gelap hati ni.

Surah penerang hati yang dari zaman kecik2 dulu cikgu bagitahu. 
Awal2 masuk exam ini la bacaannya dan berharap dapat la jawab dengan elok InsyaAllah..............
Sila la hafaz ye....



Terjemahan :
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [1] Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, [2] Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, [3] yang memberatkan punggungmu? [4] Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. [5] Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, [6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. [7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, [8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. 

Terima kasih pada blog tulisisblooming untuk info terjemahan

Salam Jumaat....

GO GREEN!! TIPS 3

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat.......

Ahhhhaaa..... kali ni idea tuk bakal2 pengantin ataupun Pengurus2 katering.
Mari buat centerpiece tuk meja tetamu dengan menggunakan bahan terbuang.

Bahan recycle kali ni adalah tin2 susu. Bahan sampingan adalah kertas pembalut , gunting, pembaris dan gam. Lain2 bahan sampingan cari la apa2 yang berkenan dihati. Nak tambah bling2 ke manik2 ke. 

Ha...cara buat. Tengok gambar tahu dah kan..he3 (malas nak huraikan punya pasal). Sapa rasa confius tu boleh la email aku k. Ada kelapangan aku leh membantu.

TADAAAA...........CANTIK TAK? CANTIK TAK? (ala2 eric leong)


Kalau tak pun boleh buat tempat letak pencil letak kat opis!! cute kan?

Mari mencuba!!

26 April, 2012

STRAWBERRY FIELD CAFE, USJ 10 TAIPAN (2nd review)

Sebelum ni kami pernah review cafe ni, tapi disebabkan kesedapan makanan yang disajikan membuatkan kami datang lagi dan datang lagi. Kali ni kami mencuba menu yang lain pula. ternyata sedap2 dan berbaloi2.

chicken mermaid (ke marinate...lupa dah) + rice
kuah dia manis2
seafood sup (dihidang sekali dengan roti & butter) - rm 4.90 kot
kuew teaw sup seafood - rm 8.90 kot..lupa harga
Kami order minuman air teh bunga & teh o suam je. Tapi yang nyata murah & portion memang puas hati.
Harga tak berapa ingatm tapi macam tu la anggarannya.

Selamat mencuba

25 April, 2012

POKOKNYA...SUBUR

Akibat dari tips2 go green yang kami share mingu2 terdahulu. Maka weekend tu aku bersungguh nak buat la. Dalam arti kata lain buat pembiakkan pokok2 sedia ada

Yang bawah 3 pasu besar tu memang dah lama aku gemokkan. Yang atas 4 pasu tu je aku tambah baru. Digabungkan dari pokok2 yang selama ni ada kat pasu2 kecik kat rak tepi tingkap tu & di tambah dari lebihan jalaran pokok2 gemok di pasu besar.

Hasilnya!!!

lokasi : yard rumah sendiri
ok....huduhhhh.... yang botol tu..sebab aku silap potong.. patutnya potong melintang, aku potong menegak. Haiya...boleh je la. Takpe nanti ada botol lebih aku buat lagi.

Ni pembiakkan di meja opis.

Ok daaaa....chow!!

24 April, 2012

BUBUR PULUT HITAM

Kali ni nak kongsi resepi bubur pulut hitam. Boleh buat minum2 petang di hujung minggu.

BAHAN2:
  1. 500g pulut hitam
  2. Air 1.5liter
  3. Santan rm3
  4. Gula melaka 2 ketul (dihiris2)
  5. Daun pandan

CARA-CARA:
  1. Basuh pulut hitam, pastu rendam selama 30minit.
  2. Masak pulut dengan air  sampai pulut pecah dan kembang.
  3. Pastu masukkan santan & gula & daun pandan.
  4. Mendidih dan gula dah hancur.
  5. Boleh la hidangkan.

Selamat mencuba

23 April, 2012

RESTORAN SOTO SHAH ALAM, SEKSYEN 8 SHAH ALAM

Jumaat lepas kami berbuka puasa di Shah Alam sama2 dengan geng opismate. Almaklum bulan puasa dah nak menjelma tiba, mana yang ronggak2 tu kenalah tampal balik. He3. 

Kebetulan opismate stay di Shah Alam makanya ajak kami ke tempat ni. Terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Syurga makanan sebab Shah Alam ni banyak student. Jadi harga ditawarkan pun rendah dah makanannya tentulah berportion banyak. I LIKE!!!!

Menu utama tentulah soto kan. Tapi masa tu kami tak merasa soto, sebab kemaruk nak makan benda berat2. Ha2


tak sempat nak snap pic sebab petang dah gelap dah...
jadi pinjam gambar dari blogger lain : good food malaysia
Restoren ni ada pelbagai menu & lunch tentunya adalah nasi berlauk!!...tengok tu pic lauk2 tu. Mengancam!!..pakal je jauh ke Shah Alam tu. Kalau tak memang waktu tengahari ada aku merempit ke sana. Ada jugak kueh2 mueh. 

Untuk buka ni kami order :-

nasi goreng cendawan
sup campur...terbaik la bahan2 dalam tu ..penuh isi2!!
nasi goreng paprik
nasi goreng kampung....sotong tu buat aku terliur..
nasi putih + ayam goreng kunyit
Air kiteorang order air biasa2 je la....5 gelas..

Haaa paling impress time bayar.. Agak2 korang berapa?? Tak sampai Rm 30 pun tau!! 4 orang punye makan tambah sup lagi 1 plak tu.

Terbaik lah...

Selamat mencuba yer

22 April, 2012

UNCLE K KOPITIAM, SACC MALL SHAH ALAM

Hari ni kami ke Shah Alam selepas delivery cupcake ke Klang, niat nak cari kain untuk baju raya tercapai jua harini. Mulanya ke Nagoya Plaza Alam Sentral, tapi tak ada yang menarik di sana. Jadi kami panjangkan langkah ke SACC. Bila dah selesai membeli, kami berhajat nak merasa makanan kat Uncle K ni. Terletak di bahagian luar corner SACC yang menghadap ke Bank negara tu. Tak silap level G.

Agak ramai orang masa kami sampai, kami perasan tempat ni selalu akan penuh bila ada game bola. Ramai jejaka2 melepak kat sini. AUUUUUUU....:-)

Kami order char kuey teow kerang, nasi lemak 3 rasa, air jus tembikai, teh o ais san 1 tin coke. Haus punye pasal!!

char kuey teow kerang (RM 8)
nasi lemak 3 rasa (RM 12.90)


Kat sini ada macam2 menu, arabic ada tapi tengok menu kata untuk lunch hari jumaat & sabtu sahaja, western, mamak, melayu & pelbagai lagi la.

 Selesai bersantap kami pun beredar balik.
 Total : RM35+


 p/s: kat sini servis agak perlahan sikit...harap bersabar. Dan pada aku kuey teow dia tak berapa ummmpp tapi mahal, sikit je portion dah RM8, tak puas makan!. Tapi nasi lemak dia berbaloi!!

20 April, 2012

GO GREEN!! TIPS 2

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat.......

Entry kali ni dah awal2 update minggu lepas lagi masa update 1st tips.
Kali ni  sapa ada kasut buruk boleh la gunakan tips ni.


Kasut buruk jadi pasu bunga.!!!!

TADAAAA...........GENIUSSSSSSSS KAN?


semua gambar sumber dari google
Ha...sila la mencuba yer

17 April, 2012

GOSIP-GOSIP CAFE, SEKSYEN 9 PUTRA HEIGHT, SUBANG JAYA

Dulu pernah makan kedai ni, tapi hampa. Sebab terlalu sedikit & mahal harganya. Dan setelah sekian lama tak ke kedai ni. Semalam kami ke kedai ni nak merasa sebab dah tukar owner. 

Kedai ni kalau anda ke seksyen 9, putra height ni senang je nampak sebab warna oren terang, pastu kat corner. Dari tepi jalan dah boleh nampak.
pinjam gambar awk ye...tuan feminise

Kami order nasi goreng kerabu + telur mata, kewtew basah, air teh o ais & teh tarik.



Kali ni ternyata kami berpuas hati, makanan sedap, servis memuaskan sekejap je dah dapat makanan. Makanan pun best sebab banyak bahan sampingan dalam rencah2 tu. Banyak ayam hehehe. Portion pun besar tak macam dulu.

total RM11 je!!!!

Next time boleh cuba menu lain plak. Almaklum depan rumah je. Jalan kaki je sampai !!...

psssstt: nak usha cik Yan masak bubur pulut hitam ..yeah!! peberet

15 April, 2012

TONY ROMA'S SUNWAY PYRAMID

Hari ni kami manjakan diri kami dengan makanan western, gara2 cik Yan teringin sangat nak makan steak2 bagai. Dengan tak bersarapannya kami menjelajah ke Sunway Pyramid. Lepas parking terus kami menuju ke tempat dicari. Sempat gak menyinggah ke Gelato Fruity, merasa Manggo & Oreo. Manggo tu sangat sedap...hehehe. 

Kami pun tiba di Tony Roma's. (LG1, bahagian ice skating tu). Jam 1tengahari ni memang waktu lunch, tapi belum ramai lagi yang ada dalam tu. Tapi tak lama tu tengok ramai yang masuk. Kami jadi pelaris kot! ha3. Almaklum duduk bahagian tepi dinding kaca hadap ke shopping mall. Yang lalu lalang nampak 2 orang makan gelojoh. Apa lagi serang la kot??..haihhh perasan saja. Merapu aihhh...

Kami order Starter - onion loaf & kicking shrimp, Main course - steakhouse burger & Beef rib (combo with shrimp + 2side dish). Kami order air mineral & teh o panas saja. Elakkan yang manis2 & milky2, takut muak nanti tak dapat makan banyak. 

Dalam 10minit tiba la makanan starter ni. Tapi sebelum tu mereka ada hidangkan roti seketul dengan butter. Sedap tu!! rasa bukan macam roti2 biasa & butter dia pun ada campur daun2 apa ntah, jadi rasa lain sikit.
Tempt your taste buds with tender shrimp fried to a crispy golden brown and tossed in a spicy, cream sauce exploding with flavor.
(rm22.90)
Giant hand-cut Spanish onions, breaded, deep fried and served with our Original BBQ sauce. 
Half (RM12.90) 
Tiba je menu starter, kami pun tangkap2 gambar untuk tatapan kamu2 sekalian. Maka kami teruskan merasa. Dalam 10minit lepas tu Tiba la main course. Kagum mereka cepat je menyediakan makanan.

Beef ribs, shrimp, coleslow & mash potato 
(rm49.90)







A grilled pure-beef burger topped with Cabernet demi-glace, creamy Havarti cheese and rosemary bacon.
(rm27.90)
Jumlah pemakanan hari ini :- RM 128.80 ( termasuk 10% servise charge + gov tax + 10% discount guna cimb visa creditcard)

Selamat mencuba!!! 

p/s:
Kami tak habis makan onion loaf & burger langsung tak berusik. Ingat portion biasa, tapi silap ye. Besar2 belaka. Kekenyangan!! Jadi kami bungkus bawa balik tuk dinner.

Kalau pergi 2 orang kami cadangkan order 1 starter 1 main dish cukup.
Macam kat atas ni boleh 4 orang makan.
Berbaloi la kan kalau nak makan western mantap punyer.
Baru dalam RM 33 seorang kalau order macam kami order ni.

Jangan terperanjat kalau website mereka menu ada sediakan pork & sewaktu dengannya. Tapi francise di Malaysia memang tak da hidangkan pork. Macam TGI & sebagainya.

14 April, 2012

BIKINI PLASTIK ??

Semalam cari info untuk Go Green - 3R tips. Tapi terjumpa 1 lagi tips ni...

Kelakar!!

Amcam ada berani???

sumber google image

K bye...nak g seminar IBS...

13 April, 2012

GO GREEN!! TIPS 1

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat.......

Harini nak update pasal bahan yang kita kadang tak terpikir boleh dikitar semula tanpa perlu kita hantar ke pusat kitar semula.Kita boleh gunakan bahan buangan tersebut sebagai pelengkap kehidupan seharian & menjimatkan!!!

Aku tahu part jimat tu mesti korang suka kan?? tambah lagi ianya unik.

CHECK THIS OUT!! OOOOSEMMM KAN?
source ; google
Botol plastik tu tebuk je atas dia, pastu ikat tali / dawai dan gantung2 kan kat mana tempat yang sesuai.

Boleh buat tanam2 pokok. tu tengok macam daun sup pun ada di tanam....senang nak masak. petik je, macam kat kampung. Nak masak pergi belakang rumah petik apa yang ada kita tanam.

Aku ni minat menanam2 tapi ada yard kecik je (almaklum rumah burung), tapi apa pun kita buat dengan cara kita. Sapa nak tanam2 bunga pun boleh kan???

Ada kesempatan weekend ni nak cuba wat... 

Apa kata korang cuba k..weekend ni..

Good Luck.


p/s: hopefully every friday akan bagi tips Go Green, so weekend boleh cuba.
Sapa2 ada tips tu email kat aku k. Nanti boleh share sama2.

saliza_84@yahoo.com

12 April, 2012

THE UNSOLVED MYSTERY...........

Tengah2 aku malas nak wat kerja, tapi kerja aku tengah berlambak2 ni. 

Tetiba terbukak ( ayat cover line tu ..'ter' ) Fb. ada rakan share something buat aku gelak sorang2.


Aku kalau time watak paus (kiut miut macam aku ni :-)..) kuar pun aku blur kenapa dia jadi anak ketam. Tang mana baka ketam pun aku tak tahu. Bulu mata je kot (ke ketam tu bukan bulu mata ? tapi jambul? )...


Hahaha...

Entah la..anak angkat kot..

Tetiba baca komen tu ada yang kata ketam + sponge bob???? hahaha...gay wehhhh!!!


Ada gak benda wat aku tergelak di time badut a.k.a cik Yan MC ni.

k chow dulu

ARNAB DI KAMPUNG

Dulu kucing...sekarang arnab pulak yer...tapi aku takda la bela arnab kat umah Subang ni. Takda tempat dah. Ni kat kampung, dari beli 2 ekor sekarang dah ada lebih kurang 29 ekor. Tak sampai setahun bela.
 Ini entah generasi keberapa ntah. Dulu2 ada bela gak tapi tak menjadi sangat. Sekarang boleh tahan, membiak.

 Ni masa diaorang dah besar sikit dalam sebulan, dah pandai makan ni...

melepak2 dalam umah
bersusun main dalam rumah

cutest!!!.....sekarang dah besar
Masa kecik2 mak dia tak nak susukan dia sangat, jadi mak susuan la tolong bagi susu. Guna susu kucing beli kat kedai pet. Siap ada botol susu lagi...comel kan? Bila dah besar sikit dalam 3 minggu  diaorang dah mula pandai makan. Gambar mereka ni kecik2 takda, tapi yang generasi hitam kelabu tu ada. Tapi nanti mesti korang geli, kecik2 macam anak tikus. Sabar sungguh la mak aku ni susukan si kiut2 ni kecik macam anak tikus, tengok pun ngeri. Takut terpenyet jek!

Sesi penyusuan..(sebab ibu dia tak reti jaga sangat maka ibu susuan la kena susukan)

Sekarang yang generasi ni dh besar2 dah.
montel!!!
haaaa....ni yang hitam kelabu. Ni baka besar, sekejap je nampak besar padahal umur kecik lagi.

 Nanti aku update lagi mereka beberapa ekor lagi.

11 April, 2012

CARL'S JR. - SUBANG PARADE

Jalan2 kat Subang Parade nak cari gift tuk baby. Tapi barang yang dicari tak jumpa, barang lain pulak yang kami jumpa. Kami jumpa lot burger yang yum3, paling kami suka kentang goreng nya, sangat la fresh. Rasa segar dari ladang. Sumpah tak caya pergi la cuba di :-

Carl's Jr F16/17/18 First Floor, Subang Parade.

Kedainya kat sebelah MBO (wayang baru kat Subang Parade). Ada pelbagai menu disediakan, macam2 ada wei. Rambang mata nak pilih mana. Pastu ada pelbagai sos, air plak boleh refill. Best2!!

ikut kitaran jam :- sos cili, jalapeno, (tomato,onion & jalapeno), sos cili
air saiz medium & large (boleh refill) ada strawberry, anggur, coke, lemon tea & etc
burgers!!
persekitaran kedai...cantek!
lagi gambar persekitaran kedai...
1 set dalam RM 22 (burger, fries & air)
1 set dalam RM 22 (burger, fries & air)

Puas makan burger wooo. Kekenyangan tahap bersandar.

Total Pemakanan tadi  ;- RM51.00

Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...