meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

20 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 15

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE


Haritu ada review buat sarung bantal dari t-shirt kan, kali ni buat beg plak. Mana2 baju2 sendat ke longgar ke yang ada tersimpan tu, boleh la kite praktikkan idea ni k.

Mari kita mulakan buat begpack dari t-shirt !!!



idea dari familyfun.go

Bahan
  • T-shirt
  • gunting
  • jarum & benang
  • safety pin besar
  • Clothesline cord atau tali - ukuran 6 kali lebar t-shirt
  • 7/16-inch eyelet 
Cara2:





terbalikkan t-shirt & potong t-shirt (di bahagian ketiak tu)


Jahit dalam setengah inci bahagian atas t-shirt (akan bahagian bawah beg)

bahagian bawah baju t-shirt kan selalu memang dah ada lipatan kan. 
Buat lubang sikit bahagian tengah (rujuk gambar atas sekali nampak tak tali putih tu kedudkan keluar dari beg kat mana? haaaaa kita buat macam tu k.
Pastu masukkan tali (gunakan safety pin yang di pin di tali dan masukkan dalam lipatan, macam pasang langsir tu) 


Buat eyelet di bahagian bawah beg (kiri dan kanan)


ikatkan hujung tali tadi kedua2 eyelet ni.

Dah boleh digayakan dah...

Nak buat 1 la..boleh wat isi air & dompet masa jalan2 sambil joging kat bukit cerakah.

SELAMAT MENCUBA.........

19 July, 2012

Warong Nasi Lemak Panas - Warisan Sambal Opah (Sejak tahun 1960), USJ 9 subang jaya

Pertengahan Bulan Julai sudah berlalu. Bermakna Besday Cik Liza juga telah berlalu....usia hanya angka.....padahal tua sudah.  Doakan dia panjang umur murah rezeki k.  1 lagi..bahagia selalu

Kali ni update Besday Party yang diraikan pada 2/7/12 di gerai nasi lemak. Nasi lemak kegemaran sultan geeeeeeeetttuuu. Ko ada??? Aku ada!!

Seperti biasa telah disetkan yang setiap kali ada besday dalam group opismate geng yang ni akan sambut beday party sesama. Sebelum ni bersteamboat, kali ni bulan Julai untuk besday cik Liza & Alan (Alan kiut hoorrrr)... :-) kami pergi tambah lemak.

Oleh kerana tarikh tak da la jauh sangat maka yang tua tu mengalah k sambut besday sekali dengan adik k. Apa yang penting kasih sayang rakan taulan. Cewah....terharu gitu. Konon suprise tapi kantoi..makcik dah tau la nok!! muahaha.

Ok meh cerita tempat makan yang kami pergi mula nak ke Murni Discovery, sekali hari isnin tutup la pulak. Baru nak pau cik Yan nasi goreng Bang2 kat murni tu. Hasrat hati teringin nak tengok kejadah rupa mana la segala menu2 nama Bang2 tu.(kalau korang biasa pergi Murni ni mesti perasan menu special dia, ada Bang2! tu...guana rupa tu ye)

Maka kami ke salah 1 port lepak kami bila jumpa kengkawan. Pernah tu makan 3 orang. Nasi lemak 9 bungkus air 8 gelas.. 4 jam tak berhenti storymory. Tak reti nak balik, berembun je kerja nya. Almaklum bujang :-)

Ok ni kedai yang pernah JJCM lawati. Terletak di: No : 2, Jalan USJ 9/5P.  (restoren Geylang lama). 
Siapa tahu Restoren Ubi Kayu? ha.. ni sama lokasi kat corner gak cuma kat blok sebelah nya.

Macam biasa pinjam gambar orang lain sebab aku tak sempat nak snap

sumber : blog orang lain

Lauk berduyun2 beratur tunggu ko pilih dan cefok je
sumber : blog orang lain
 Pastu beratur bayar..Layan diri ye..Ha macam ni juga la rupa aku beratur haritu. Memanjang ramai orang.
sumber : blog orang lain
Tq ye pada blogger2 yang aku pinjam gambar ni. Korang la penyelamat aku.


Ni yang kami pilih, telur puyuh sambal, sotong, paru & tentunya petai sikit. 

yang ini plak ada kentang sambal

nasi lemak dia comel2 ye...rasanya seketul RM1.50 kot..ke RM1 lupa..
tapi sikit je..rata2 balun sorang 2 bungkus





makan2 sambil posing2...

Kat sini petang selalu penuh, kami pergi lepas kerja dalam jam 630 pun dah penuh. Ni kat betul2 depan kedai bawah pokok. Tu je tempat ada. Boleh je la ka...nampak tak tu siap ada meja2. Selalu dulu kedai ni buka meja tepi2 jalan. Tapi sekarang katanya agak sukar sebab MPSJ selalu ronda sebab bila ada meja jadi jem. Mungkin lewat malam sikit bila kurang sesak baru mereka buka meja kat jalan kot.


kek sponsor dari Cik yan...
Dan gelap dah baru nak potong kek

Lastly tq ye opah sebab sajikan nasi lemak sedap.... :-)


P/s : 
kat sini harga agak mahal sikit, Jadi bawak duit poket extra sikit ye.
Sebab bila kita ambik lauk tu kadang sukar kawal diri. hahaha.......
Untuk nasi lemak 6 bungkus dan lauk dalam 2-3 jenis dan air boleh cecah RM20
Tapi memang sedap weiiiii.....

Selamat mencuba...

18 July, 2012

RESTORAN BARRA, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Dah lama tak update tempat makan kan?

Baru2 ni kami ada ke Shah Alam, seksyen 7 tu dah banyak berubah. (tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat ponteng kelas)..hahaha..

Lalu kami ronda2 dan akhirnya serang ke salah satu tempat makan yang berlambak kat area seksyen 7 ni. Kami singgah di restoran Barra nak mencuba sebab nampak ramai orang. Ikut teori pakcik aku, kalau kedai makan tu ramai, maknanya sedap.

Ianya berkonsep restoran mamak, tapi menu macam2 ada. Sambil pandang kiri kanan tengok apa orang sekeliling order (almaklum nak tiru la tuh). Lalu kami mencuba nasi goreng ayam Barra & mee sizzling. Ada juga nasi goreng kambing Barra. Tapi kambing2 ni aku seram nak lahap banyak2.

Alamat restoran ni :-
23 & 25, Jln Plumbum V7/V, Seksyen 7, Shah Alam

Dari pintu belakang Uitm tu terus je menghala ke Seksyen 7, lepas KFC tu ambik simpang kiri. Pastu rasanya blok ke 3 kot. Kat conner je, senang nampak.

Ini page mereka Restoran Barra


boleh tahan juga menunggu ...sebab ramai orang...
sempat usha diaorg tengah masak...
sekali goreng nasi ada la dalam 6pinggan kot
sementara nak dapatkan aku punye pinggan rasanya ada lah 5kali dia goreng
bayangkan sale nasi goreng ayam Barra ni sehari mereka boleh jual berapa pinggan ...
hush2....sapa tokei kedai ni...nak berkenalan lah..hahaha
tu dia dah mai.......... selambak menggunung
RM 5...tapi simpah melambak ..sampai rabak perut makan..
patut la ramai orang..
student kan..aku faham...penting kan kuantiti dan harga!!

sorang lagi makan sizzling....pun RM 5 kalau tak silap

selamat mencuba yer!!

p/s: pas ni aku nak jelajah restoren2 lain yang belambak kat situ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...