meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

18 November, 2011

FETTUCCINE DAGING Q BERCENDAWAN

Dah lama rasanya tak berkongsi resepi. Kali ni nak update berkat dari daging korban yang disuruh bawa oleh mak Cik Liza masa balik dari kampung haritu. Maka terhasil la...

.



.



.



V



.



.



.



V



.



.



.



fettuccine daging Q bercendawan

(q for qurban )



cewah!!! gambar macam potograper proffesional :p



Bahan2:
Minyak
Bawang putih - didadu
Fettuccine (boleh je ganti dengan yang jenis2 lain pun)
Daging korban (daging tak korban pun boleh) - direbus sehingga empuk terlebih dahulu
Cendawan bulat dalam tin - dihiris nipis
Sos spageti - kalau boleh yang ada perasa cendawan (saya guna jenama Kimball je sebab ada botol kecil)



(Petua nak cepat daging empuk : potong menjadi ketulan besar penumbuk dan rebus bersama sudu besi, sudah empuk baru hiris nipis2)



Cara2:
Masak fettuccine dan toskan - macam masak spageti sama je kan bendanya rupa je lain.
Panaskan kuali, tuang minyak, tumiskan bawang putih.
Masukkan sos spageti, kacau sehingga sebati.
Masukkan daging dan cendawan - tak perlu lama2, sebab daging pun dah empuk kan..
Setelah masak boleh hidangkan bersama fettuccine.


Tips :
Elak spageti melekat: letak minyak masa didihkan air baru masukkan fettuccine ni)
Kalau kuah cair, ambil sedikit kuah dan daging serta cendawan dan blenderkan. Selepas itu campurkan semula dengan kuah yang banyak tadi. Gerenti lebih melekat2 kat fettuccine tu.


Selamat mencuba ye....lebih mudah dari makan kacang goreng :-P

17 November, 2011

GOLD COAST, AUSTRALIA - PERSEDIAAN

Persediaan tu penting!! makanya untuk ke Percutian ke GC ni, Kami telah melakukan beberapa persiapan antaranya :


1.Tiket Penerbangan
Kalau tak da ni macammana nak pergi kan. Selalu2 tinjau Airasia ada promo bertukar2 setiap minggu.



2. Wang
Kalau boleh tukar siap2 di Malaysia. (boleh juga klik sini kalau nak tahu rupa duit mereka)



3. Kredit kad - yang ada VISA lebih fleksible
Tak wajib tapi diperlukan kalau kesesakan.
Lebih mudah bershoping disana guna kredit kad berbanding tunai.


4. Passport Malaysia
sumber :google
Sekarang boleh dapat buat RM100 untuk 2 tahun dan RM300 tuk 5 tahun. Yang bagusnya untuk kita yang bekerja ni, sekarang ada yang buka kaunter pada hari minggu tapi tak silap saya tutup jam 1tengahari. Mungkin boleh tanya en google tentang info lebih lanjut.

5. Visa

Info lanjut boleh klik sini & sini 
Tarikh sah visa 1tahun dan sah tempoh masuk selama 3 bulan dari tarikh masuk.
Boleh buat melalui online ETA dengan bayaran AUD 20 = +- RM60.


Tips: Atau boleh juga cari agensi perlancongan yang ada sediakan perkhidmatan buat visa ni. Kami buat melalui telefon dan email sahaja. Sertakan salinan passport pada pihak terlibat dan mereka akan proses dan kita buat bayaran. Cepat, mudah dah murah!! RM 30 je seorang, jimat hampir 50%. Boleh siap dalam 15minit – 24jam, jadi buat la awal seminggu pun tak pe kan.

6.First aid kit

sumber :google
Ada beberapa bahan yan gboleh dan tak boleh dibawa masuk ke Aus ni. Kawalan imigresen mereka dan undang2 mereka agak ketat.
Tips:
1.Masukkan bahan2 ubatan2 didalam 1 beg dan senaraikan apa yang anda bawa. (sekiranya adaItalic apa2 nanti senang dah just bagi list ubatan tu pada pegawai)
2. Sekiranya ada yang memang anda perlukan semasa didalam penerbangan bawa dalam handbag dan istiharkan (declare)/ tanya pada petugas di airport macammana prosedur nya
banyak juga yang cik liza bawa takut apa2 jadi kat sana ubat mahal dan mungkin kita gelabah mana nak cari farmasi.


Semua lepas sebab mereka tak periksa yang cik liza bawa sepeket plastik ubatan tu dek kerana 1 ubatan yang geng kami bawa je ni.
Pil ‘pochai’ kata pegawai tu.


sumber :google

Yang ni tak lepas ye. Cerita lanjut nanti kami cerita kemudian .

7.Bekalan makanan
Seperti dikatakan tadi Aus ni ketat undangnya2, banyak benda2 dari negara luar tak boleh dibawa masuk antaranya produk berasaskan susu, bahan2 mentah macam daging, sayuran, minuman dan sebagainya. Jangan berangan nak bawak serunding ke sambal tumis ke, ke tongsampah la nanti jua perginya.


Tips:
1. Beli beras yang memang dipek 1kg ( barang repack = reject)
2. Beli jenama2 terkenal kerana ia lebih dikenali


Untuk susu sekiranya ada anak kecil hanya dibenarkan untuk kegunaan dalam pesawat sahaja, bawa dalam pek kecil dan beritahu pada pegawai disitu. (sampai sana beli susu baru ya)

Boleh rujuk kat sini serba sedikit dan boleh google lagi untuk info lanjut.
Setelah kami buat research tentang makanan yang lepas tuk di bawa masuk, maka kami pergi bershopping. Antara yang kami beli:-
Juga sila buat list bahan makanan yang anda bawa untuk declare bila tiba sana nanti.


8.Persalinan, kasut dan sebagainya tu ikut keselesaan
Bawa ikut muatan yang kita dah beli masa beli tiket, jadi tak payah la susah payah bawa naik ke atas kapal. Semua boleh sumbat kat perut kapal jer.


Tips: Bawa sikit je pakaian nanti tiba sana shoping baju2 dan terus guna dapat jimat ruang bag dan tenaga, tak payah usung beg berat masa pergi. Sampai boleh juga jimat duit sekiranya bijak berkongsi berat beg dengan rakan2, bagi backpacker sumbat je kat atas kapal. FOC kan ...tak payah bayar luggage :-) he3

PENTING!! Ada sesetengah bahan dilarang bawa naik ke atas kapal yer. Info lanjut rujuk sini

Harap2 ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Jumpa lagi di lain entri ya...tunggu.

16 November, 2011

GOLD COAST, AUSTRALIA - MATA WANG

Ok kali ni nak update sikit je pasal percutian kami ke GoldCoast, AUS bulan lepas. Tapi kali ni update pasal mata wang mereka je la dulu ye. Yang lain tak sempat nak buat karangan panjang2 lagi.
Mata wang mereka : AUD australia dollar
Pertukaran masa kami nak pergi (10 oct 2011) ialah 1 AUD = rm3.10 ( dikatakan antara yang terendah buat masa tu)
Pertukaran masa kami dah balik (23 oct 2011) ialah 1 AUD = rm3.14
Maka kami dapat jimat la bila mana pertukaran baki wang AUD tu kami dapat lebih tinggi dari yang kami beli.
(tips : seelok2nya buat pertukaran masa berada di Malaysia)
Dalam AUD duit paling kecil tuk wang kertas adalah 5dollar. Manakala wang syiling seperti kat bawah ni. Wang kertas mereka ni semua macam wang RM5 kita tu polyster tu.

Saja letak 50sen malaysia supaya boleh bezakan saiznya.
Dari kiri : 5sen,10sen,20sen, 50sen, 1 dollar & 2 dollar.

Dan seterusnya...
AUD 5
Depan

Belakang


AUD 10
Depan

Belakang


AUD20
Depan

Belakang


AUD 50
Depan


Belakang



AUD100

Depan


Belakang




Setakat ni yang masih dalam tangan cik liza ada AUD10 dan syiling2 tu buat kenangan katanya.


Nanti kami update pasal percutian di GC yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...