Minggu ini aku semangat nak habiskan review tentang tempat makan yang kiteorang cuba (mana yang aku masih ingat la gambar2 tu semua aku simpan kat mana.hahaha...bersepah2 dengan folder kerja..kerja tengah bertimbun..time kerja bertimbun la niat nak makan macam2 timbul. Selera membuak2 kata orang...tension konon...halasannnnnnnnnnnn :-p). Ada dah ramai tertunggu2 aku review medan trip, Serius takda masa nak update cite panjang2 tu. Harap2 aku rajen la yer beberapa hari mendatang ni..
Beberapa hari lepas kami ke Bangi. Mulanya kami planing nak mencuba Wong Solo yang di Shah Alam saje. Tapi dek kerana mencari bahan cupcake untuk tempahan esok harinya takda kat subang, kami terpaksa la merantau ke Bangi. Alang2 dah ke Bangi apa lagi terus teringat kat Bangi pun ada Wong Solo ni. Google punye google, sah bin konfem memang ada. Lepas kami siap2 borong bahan cupcake kami ke kedai di tuju itu.
Berdasarkan landmark yang di google, maka kami tiba la destinasi dituju. Ramai juga dah orang kat kedai ni.
Kedai ni di bahagian barisan belakang kawasan bank RHB islamic & old town (seksyen 9, bangi). Kawasan ni memang banyak kedai makan. Menjajar je mata memburu...hahaha
sumber google image |
ada tempat duduk makan bersila geetuuu... gambar2 bersumberkan : google |
jus alpukat tu glamour...nak cuba tapi dah habis.. jus poligami ni tak leh cuba,...bahayaaaaaaaa....kah3 (sapa2 bawak suami gie makan sini jangan bagi order ni...keh3) |
Kami order teh o ais & soda gembira (air bandung) je.....cehhhhhhhhhhhh
Sementara menunggu order sempat snap pic posing2 dulu..
disebabkan duduk meja depan cashier..ha tengok2 berderet sibuk2 beratur membayar....dapat free kah? |
Tak lama yang diorder pun tiba... SERIUSSSS....sama rasa macam masa makan kat Medan.
Kami gelarkan rasa 'indon'...ayam dia sedap!! tapi sedap lagi ayam kat Restoran Garuda, Medan...hahaha ( sah2 la lain kan :-P)
Kami gelarkan rasa 'indon'...ayam dia sedap!! tapi sedap lagi ayam kat Restoran Garuda, Medan...hahaha ( sah2 la lain kan :-P)
set ayam bakar (set ni ada sekali air mineral botol comel) rm10.90 tak silap.. Kami order sorang 1 |
menu tambahan...ayam penyet rm 6.90 kot |
gado2 |
gado2....rm 7+ sambal gado2nya pedas & manis2... (aku suka lagi gado2 ayam penyet ria...hehehehe) |
total pembedalan masa ni : hampir RM50+..yum2 ...kopak poket
SELAMAT MENCUBA
Mahal tak apa janji sedap dan puas hati.
ReplyDeletehahaha..mahal dia sentap gak...
ReplyDeletetp memang nasi ayam bakar & ayam penyetnya rasa 'indon'..sama masa kami ke medan bulan lepas..