Baru2 ni kami intai 1 kedai makan yang wajib dicuba kat Shah Alam ni. Tambah plak peminat2 ketam macam aku ni kan. Memang terkinja-kinja nak merasa.
gambar sumbagan dari fb mee ketam kl (tengah shooting gitu...) kedai ni masuk JJCM tau... |
Kami bertolak dari rumah agak lewat, sampai sana jam 10malam kedai dah nak tutup rupanya. Sebab orang agak ramai kami ingatkan masih dibuka. Terus tiba main duduk je. Rupanya kedai dah nak tutup, menu banyak dah habis. Hanya 2 menu kat gambar bawah ni je yang ada lagi.
Bila disogokkan dengan ketam nipah, memang tak tolak punya lah. Kite dijemput ke kaunter pilih ketam dan udang yang ada, cari2 betina dah habis. Ada jantan je, ok je lah sebab sentap dengan sepit ketam nipah yang besauuuuu tuh!!
Bila disogokkan dengan ketam nipah, memang tak tolak punya lah. Kite dijemput ke kaunter pilih ketam dan udang yang ada, cari2 betina dah habis. Ada jantan je, ok je lah sebab sentap dengan sepit ketam nipah yang besauuuuu tuh!!
Mereka akan timbang dan kirakan tuk kita sekali berapa harga nak kene tambah harga mee ..hehehe..
ok in the budget!!
Tak lama tu nampak dah mereke tengah sediakan mangkuk2 kami..yeahhh!!! tak sabarrrrr wooo..
Sekali tiba, sempat snap2 sebab memang niat mencanak2 nak share tempat ni dengan korang2 kan. Harus la ada bukti gambar yang sahih & jelas sebelum terusik!!
Dah tiba tentula kene makan...sekali makan........hmmmmmmmmmmmmmmm
SEDAPPPPP WOOOOO!!! puas hati.. dah la makanan sedap, pekerja pun ramah. Walaupun kami sampai tepat kedai dah nak tutup tapi mereka tetap layan kami.
Meh layan gambar..
mee kari ketam + ketam nipah harganya mee rm4 + ketam nipah rm13.10 (rm5/100g) |
mee kari udang galah harganya mee rm4 + udang galah rm9.10 (rm7/100g) |
Ha....teruja la tuh tengok sepit mengancam. Walaupun camera aku cabuk tetap bersungguh nak ambik tang sepit tu..sengaja bagi korang terliur..hehehehe.
Memang terbaik lah...kami suka...
Memang terbaik lah...kami suka...
Total pembedalan ialah RM34.50 (termasuk air teh o ais 2)
Silalah berkunjung ke:-
No 11, kompleks Anjung 7,
jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,
40000 Shah Alam (Belakang UNiSEL)
Dibuka :
selase-ahad : 12:30tgh - 10:00mlm
Jumaat 5pm-10pm
Isnin CUTI
Hubungi : Usamah :019-2346388 & Ubai: 0192496054
Oh ye bagi tips sikit : kalau nak ketam banyak isi pilih la yang betina.
(kalau minat makan ketam tak tahu jantan betina...fail la tuh :-P...)
ok bezanya tengok kat perut ketam tu...ha bagi gambar la senang kan. Godeh2 dalam google jumpa gambar ni. Ha.....terang lagi bersuluh...ini dia.(macam mana nak ingat mana satu jantan betina..pandai2 la imagine sendiri....kah3)
betina |
jantan |
SELAMAT MENCUBA..
sy kalo nak beza ketam betina ngan jantan tgk kaler dia...yg biru tuh jantan..yg kaler coklat betina...sy memang penggemar tegar ketam...teringin sebenarnya nak gi makan kat mee ketam nih...tak tau bila nak gi
ReplyDeletemummy...
ReplyDeleteoh ye beze ikut kaler yer...sy mmg guna cara kat atas je...(sambil2 imagine..hehehe)
try la ...sedap...!!
kami suka!!
tapi kedai ni isnin tutup :-)