Minggu lepas aku balik kampung, dan yang mengujakan bila kucing yang kiteorang bawak balik si Kiki & Lala buat kuih masa dalam perjalanan. Rasa nak pengsan hidu aroma slim tu. namun berkat kesabaran tertinggi dan hidung yang dah lali bau agaknya. Kami sampai ke Batu Pahat dengan jayanya. Malam tu juga mereka berdua mandi. Sian korang tapi apakan daya korang harum sangat. Planing macam biasa kami akan ke JB terus, esoknya baru aku balik BP. Tapi nampak gaya singgah BP dulu la, bak kata yan kat mak dia."tukar lampin"...hahaha Lepas siap2 mandikan, lap2, kami sempat makan malam dulu kat rumah aku. Kemudian lewat malam kami bergerak je JB. Planning nak merayap tapi masing kepenatan cancel je la aktiviti merayap tu. Yang penting request aku nak bubur pulut hitam mak Yan masak tercapai. Yeeahhhh....
Dan sabtu aku balik ke BP semula. Baru la sempat tengok budak gemooooook ni. Semalam kelam kabut tak sempat singgah tengok dia. Membesar bukan main lagi dia. Dulu masa ambil dia bulan 8/2011. Masa tu 3 bulan lebih. Sekarang ni hampir 1 tahun dah.
Tak sangka dia boleh mengembang macam Garpiellllll......
the best pic tuk dia bulan ni...
Boboy ni penakut, asyik nak duduk dalam sangkar je. Bunyi hon ke lori lalu depan rumah je, dia tekejut!! kelakar.
Ahad tu , Yan tiba je dari JB cecepat tarik ajak tengok Boboy (sebelum tu aku dah mms gambar, bagi dia teruja..almaklum adoption boboy ni dulu kan dia yang wat). Dia pun terperanjat apesal la gebu sangat tu.
Entah la...yang pasti aku rasa dia super duper gemok & kiut. Kiteorang semangat pergi timbang dia.. berat 3.8kg!!
EPPY BEDAY BOBOY...1 year kot.
(tak tahu tarikh sebenar dia lahir, sebab kami adopt dia masa dia dah 3 bulan)
Semoga membesar dengan lebih sihat & jangan takut2 orang sangat key!!
bagi gambar je...kucing tak boleh makan kek nanti cirit |
*Tips tu!!!
Aku tak pasti sapa yang buat kuih tu, tapi aku rasa Kiki, sebab dia ni hati kecik, kuat melalak. Kalau Lala mandi pun dia bising. Si Lala relex je kadang2 je bunyi, Kiki bunyi lebih. Tapi kalau Kiki mandi, memang jiran2 ingat aku dera kucing. menangis macam apa!!. Nasib la... saya tak jahat, tapi dia memang takut air & takut travel.
Ada sesiapa tahu macam ne nak bagi kucing aku ni tak takut duduk dalam kete?
Idea pleeeeassssssssssseee :-)
Nanti free aku update pasal ternakan (macam ada ladang plak hahaha) arnab mak aku kat kampung yang membiak2 tu...kiut2
Salam.. saya biasa bawa kucing travel. Dari Kuantan-KL-Kuantan, day trip. Biasa juga travel dari Kuantan-K.Terengganu. Biasanya dengan 2 atau 3 ekor kucing. 2 jam sebelum perjalanan, saya tak bagi diorang makan atau minum. Dlm kereta pun tak perlu. Setakat ni, memang tak pernah pee or poo dalam kereta.
ReplyDeleteAda juga kucing saya yang takut naik kereta. Biasanya saya tutup carrier dia dengan kain. Biar gelap. And dalam carrier tu alas dengan kain supaya tak licin. One of the reason ialah sebab carrier tu licin so bila bergerak, dia rasa gayat.
Tapi kalau merengek juga, saya baca ayat kursi kat depan muka dia, dan tiup muka dia, pesan dia jangan macam-macam. Hahahaha. Ini pun pernah buat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehye iz...
ReplyDeletehmmm awal2 dulu elok je kl-jb-bp-kl. memang tutupkan kain sebab klu tak menjerit macam tersepit bile tengok luar.
tapi semenjak rasa2nya start mac tu la. boleh dia wat hal dalam kete. mau tak lemas tahan nafas sampai jhr. kita nak merempit pun tak selesa asyik nak tengok dia ja ok ke tak..
pastu bila balik kl dh panjang akal sikit. bagi tray ada pasir kat dia. so bile di membuang tu tak da bau. boleh la makan kopok udang dalam kete..
sekarang ni lama gak tak bawa balik jhr. selalu tinggal boarding je. ni minggu ni nak bawa balik jhr. tinggal sampai raya. sebab raya nak cuti lama. harap2 tak meragam la diaorang tu.
ada juga kata letak kertas. nnt dia dh membuang kita buang kertas tu. tapi tak pernah cuba..
tips last iz tu pun leh cuba nnt klu dia tak reti diam.
pernah sekali letak kat carrier kat seat co-pilot tak tutup apa2 senyap plak. mungkin nmpk muka tuan kot. klu duduk seat belakang memang melalak sakan..
hmmmm macam2 ragam kan..