Hari ni kami ke Shah Alam selepas delivery cupcake ke Klang, niat nak cari kain untuk baju raya tercapai jua harini. Mulanya ke Nagoya Plaza Alam Sentral, tapi tak ada yang menarik di sana. Jadi kami panjangkan langkah ke SACC. Bila dah selesai membeli, kami berhajat nak merasa makanan kat Uncle K ni. Terletak di bahagian luar corner SACC yang menghadap ke Bank negara tu. Tak silap level G.
Agak ramai orang masa kami sampai, kami perasan tempat ni selalu akan penuh bila ada game bola. Ramai jejaka2 melepak kat sini. AUUUUUUU....:-)
Kami order char kuey teow kerang, nasi lemak 3 rasa, air jus tembikai, teh o ais san 1 tin coke. Haus punye pasal!!
char kuey teow kerang (RM 8) |
nasi lemak 3 rasa (RM 12.90) |
Kat sini ada macam2 menu, arabic ada tapi tengok menu kata untuk lunch hari jumaat & sabtu sahaja, western, mamak, melayu & pelbagai lagi la.
Selesai bersantap kami pun beredar balik.
Total : RM35+
p/s: kat sini servis agak perlahan sikit...harap bersabar. Dan pada aku kuey teow dia tak berapa ummmpp tapi mahal, sikit je portion dah RM8, tak puas makan!. Tapi nasi lemak dia berbaloi!!
No comments:
Post a Comment