meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

06 September, 2012

SALAM LEBARAN


Salam Aidilfitri semua…. Maaf zahir batin
Aku baru terkedek2 nak wish raya ditengah bulan Syawal...syabas!!

Tahun ni kami berdua cuti panjang start dari jumaat 17/8 sampai la ke 28/8. Saja habiskan masa bersama keluarga, selalu sibuk dan setakat hujung minggu je sempat balik kampung. Apa pun tak sempat nak buat. Tahun ni raya balas dendam cuti lama. Lama2 pun extra 2 hari je kot dari kebanyakkan orang lain kan?

Cadangnya 16/8 Khamis tu lepas kerja terus bergerak. Tapi malangnya tempahan tak siap lagi, kuih tuk rumah sendiri pun tak sempat nak bikin. Akhirnya jam 12tengah malam baru kami gerak. Tabahkan hati je masa tu, sebab kalau berlengah nak balik Jumaat pagi tentu nanti jem dan silap2 sampai ke malam sabtu kang tak balik2. Barang penuh kereta, dengan mesin jahitnya (langsir rumah tak sempat buat). Tempahan kuih nak hantar ke Putrajaya lagi. Memang kelam kabut dan akhirnya jam 2 pagi baru dapat kami bergerak menuju ke selatan. Nasib baik KikiLala dah tinggalkan lama kat kampung, kalau tak sian mereka terabai. Jam 445pagi kami bersahur di RNR Machap, ingat nak bersahur di rumah Yan di JB tapi tak sempat. Malam tu berkabus je jalan dari YongPeng ke Simpang Renggam, macam memandu kat Genting Highland jerk. Kami menuju je JB dulu hantar tempahan kerepek di sana dan niat nak buat kuih tat. Tiba kira2 jam 610pagi, sempat berborak2 dulu dan kemudian terlelap. Terbangun 10pagi mula la kami buat aktiviti baking kuih tat. Sambil2 layan abah Yan pasang langsir. (nasib baik sempat siapkan rumah ko punya langsir Yan oi!!, tempahan2 langsir come to mama…puii) Tengok2 jam dah 3petang, dapat dalam 2 balang kecil je. Terus aku roger niat nak balik ke BP. Tak boleh lewat2, nanti Mem besar kat rumah bising, langsir dia tak siap!!… (selebihnya tat tu ko cetak sendiri la yan oi!! Aku chow dulu)..

Tiba di BP sempat la berehat sekejap layan2 tv. Pastu bila mem asyik tanya2 langsir dia terus aku ambik hati potong2 langsir. Start malam tu terus aku menjahit, sambung lagi sabtu tu. Akhirnya berjaya siapkan MALAM RAYA!!…fuh…lega.. 

Pagi raya rumah aku memang tak meriah mana, orang 3 ketul je. Aku, Abang & Mak. Dulu masa kecik2 meriah la sepupu2 ramai balik kg atok, jadi meyinggah rumah aku. Sekarang masing2 dah ada keluarga masing2, Atok pun dah tak da suasana tu dah lain dah. Korang mesti tanya tak boring ke?...terasa macam iklan Aaron Aziz. Alah bisa tegal biasa dah...

Lepas je sembayang raya, maaf2an terus ke dapur makan sama2. Selalunya ke kubur arwah ayah dulu tapi tahun ni plan raya ke 2 baru pergi. Lepas makan2 melepak2 tengok tv. Bila petang ada la saudara berkunjung. Raya ke2 dapat ke kubur seperti dirancang, orang kurang ramai, lebih selesa jadi panjang sikit masa ziarah tu. Kalau tak macam pesta. Dan raya ke 2 je mula la ‘baraan’ lelaki ( marhaban dari rumah ke rumah).  Yan sungguh excited dengan marhaban2 ni...hahaha..masa tu ada sekali dia datang orang marhaban pun nak sampai, dia siap nak interframe lagi!!...overexcited la katakan. Marhaban sekampung. Raya ke 3 baru sampai rumah, kampung panjang la katakan. Selesai je ‘baraan’ kiteorang bersiap nak beraya ke rumah makcik2 belah arwah abah. Tak jauh pun semua ada di Parit Raja, Batu Pahat & Sri Medan (ni port paling lama setiap kali raya). Tambah pulak tuan rumah masak lauk kampung time kami tiba tu hujan lebat. Kena pulak sambal biji ranti, ikan tenggiri lemak, nasi panas2 .fuh!! berselera yang makan. Tambah pulak makan ramai2, lagi la syiok. 4 buah kereta yang datang mana tak ramai kan? masa ni la beraya sakan…dalam perjalanan balik lalu kawasan Parit Ya’ani. Dah terlajak tu boleh gak abg aku suruh u-turn sakan nak pekene satay. Harga 50sen halus2 je. Aku bagi can la sebab memang tak da lelemak, perapan sedap kuah kacang pun osem!. Kalau tak ada terbalik meja tu. Ha3. orang yang ajak stop benti layan satay tu membaham sampai 27 cucuk. Aku bagi can sebab satay halus2... Hish2. Ko kalau jumpa satay memang dikerjakan cukup2 ye. 

Raya ke 4 bertapa kat rumah je. Raya ke 5 barula berjalan kampung mak pulak, jumpa family belah mak plak kat BP jugak. Pergi 1 kereta je. Macam tahun2 lepas raya 3 tu je sapu bersih beraya 1 hari je, tapi tahun ni cuti panjang jadi manfaatkan sebaik2 nya. Lama sikit bertapa rumah sedara2. Tapi tahun ni tak dapat beraya ke JB dan gelang patah tak sempat. Ingat nak pergi isnin lepas tapi ramai dah naik kerja kan.

Raya ke 6 aku pergi beraya rumah jiran2. Dan petang tu aku gerak ke JB sebab tetiba ada plan luarjangka. Tetiba je rasa eh jom g singapore!!…sebab esok pagi2 konon nak gerak maka malam ni dah nak kena sampai JB. Pastu kami ke openhouse sepupu Yan (bertuah aku dapat makan soto & laksa johor). Boncet2.

Sabtu kami ke singapore naik public transport je. Patah kaki berjalan, tu pun banyak lagi temapt tak sempat pergi. Makan pun aku rasa payah, kat foodcourt dia sebelah nasi padang sebelah ciok panggang…tengok2 lauk semua hmmm… rasa2 tengok yang panggang tu lagi sedap. Kah3.. balik JB gak baru kiteorang makan macam orang tak makan setahun!. Buktinya...ha tengok sini. Dah update dah sebelum ni.

Ahad tengahari baru balik BP masak laksa. Yan dan adik2 datang beraya. Isnin dan Selasa lepas tu tak kemana2 pun duduk rumah lepak2,  tanam2 pokok dikala hujan reda, pergi pekan shoping2 sikit cuci mata. 2 hari ni memanjang redup, suram dan hujan. Apapun 2 hari terakhir mak aku betul2 layan makan. Isnin sup ekor, Selasa tomyam !! terbaik lah… Minggu ni kawal makan k  he3 (ada gelakkan disitu)…

Selasa jam 6petang kami bergerak balik ke Subang. Tak jem pun!! Lega..Kiki Lala pun tak buat hal elok je tak kencing berak. Cuma entah merajuk apa tak nak makan sangat ni. Risau dibuatnya. Balik ni aku pujuk bagi makan sardin lebih2 k. Tapi sekarang si Lala mencirit2 plak. Makan tengok dah selera tapi punggong comot..adehhh sian dia.

Citer g singapore aku sambung next entry. Special punya!! tunggu dapat copy gambar dari adik Yan.

Apapun tahun ni walaupun kami sedondon kami takda gambar raya sedondon. Ada gambar tak rasmi je, tu pun sebab tunang abang datang dan snap gambar sama2. muka aku pun lebam macam makcik, tak sempat pakai topeng…hahaha…

Akhir kata Salam aidilfitri semua.................

nota kaki bengkak : semalam baru tengok2 tv sambil makan kuih tat...kat opis plak sibuk kunyah2 kerepek tempe pedas dengan rempeyek. bak kata opismate...tepung goreng tu jugak ko suka!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...