Bulan ni dijangka adalah bulan makan besar. Dengan majlis dinner company ditambah pula kenaikan pangkat manager kami dan rakan2 kerja di site. Dan tak kurang juga dengan kelebihan jumlah RM $ dalam akaun rakan2 kerja kami yang lain. Maka dapatlah kami merasa makanan yang dibelanja oleh rakan2 kerja ni. Terima kasih la bos bagi bonus yang elok2 belaka kat rakan2 kami, dapat juga kami ni tumpang merasa.
Kami ke Tony Roma's Setia City Mall. Sebenarnya ada juga TGIF di sana. Tapi pada kami di sini lebih berbaloi dan makanannya lebih pelbagai (walaupun orang belanja, tetap kena bijak memilih.he3)
Dan menurut rekod2 kami yang lalu sudah beberapa kali kami pergi ke TR ni tapi di tempat yang berbeza lah. Boleh baca di sini dan sini.
Ada pelbagai menu. Antara yang kami order adalah:-
STEAK & WILD MUSHROOM FLATBREAD (menu starter kami) |
BEEF SHORT RIB (Pilihan Yan si penggemar daging) |
Pilihan liza tetap seafood lagilah kalau ada salmon (gambar website TR, entah kenapa kami tak snap gambar menu ni) |
BEEF RIB SAMPLER (Bak kata rakan kami, kenalah merasa daging kat tempat macam ni, apa barang ikan2) |
KICKING SHRIMP (pilihan kami semenjak azali....ianya memang sangat2 sedap) |
CEASAR SALAD + SALMON GRILLED (ada pilihan nak ayam atau ikan, Liza tentu pilih ikan) |
keseluruhan rating 4.5/5 sebab minum ais ksong je. (pandai2lah korang pilih air ye) |
Jumlah rasanya dalam Rm250 kebawah..sebab kami tak tengok bil. Pada kami amat berbaloi dengan jumlah menu yang kami order dan kualitinya.
Kicking shrimp & salad kami bawa balik lebihannya. Tak larat nak makan semua. Tiba rumah sehari kemudian licin...
TQ pada yang belanja & anda semua selamat mencuba
tony mmg sedap!!!
ReplyDeletemrs eady...... mmg sedap...!!
ReplyDelete