meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

25 November, 2011

TAK BOLEH TIDUR MALAM KERANA KAMU DAN KAMU

Disebabkan tak dapat tidur lena dek kucing kesayangan maka update pasal mereka.....cinta hati saya!!

Kalau kat kampung dulu2 memang selalu ada kucing, tapi kat Subang tak da peluang nak bela. Dah bertahun pasang niat, akhirnya tahun 2011 ni kami adopt 2 ekor kucing.

Kami adopt dari penggemar kucing juga, sebab dia dah banyak kucing maka diiklankan kat mudah.my. Cik Yan beriya carikan sebab hasrat Cik Liza dah bertahun dihalang olehnya. Maka muncul la mereka ni, nama asal mereka 'Dorris & Morris'. Lidah jawa ni terbelit nak sebut... jadi tukar nama sempoi jerk iaitu...

kiki - adopt ogos 2011 (9month)-betina

lala - adopt ogos 2011 (9month)-betina

Selang 3-4 hari tu tambah lagi 1ekor, juga adopt....

 boboy - adopt ogos 2011 (3month)-jantan

Sempat bela boboy dalam seminggu, akhir ramadhan yang lepas boboy dihantar ke kampung sebagai hadiah besday pada mak Liza sebab memang dia suka kucing, tapi dah tak da kucing kat rumah. Ni ganti sebagai peneman baru dia disamping arnab2 yang semakin berkembang populasinya kat rumah tu. Nanti bile2 update arnab plak.

Asal balik kampung, tengok2 budak ni makin lama makin besar, kitten ni nampak tumbesarannya. Kalau adult ni tak berapa nampak sangat. 

Tak percaya..? ha tengok sendiri
boboy - 4month 

boboy - 5month

boboy - 6month

Dah debab dan jadi hero dah....degil bukan main...tengok telinga dalam mind dia dah set... bersedia tuk lariiii!!!
Makan tak demand sangat..awal2 bagi blackwood..sekejap je nak ...pastu bg ikan rebus jerk .. pandai ko sesuaikan tempat tinggal ye boboi.. duduk kampung makan ikan jerk...
________________________________________________________

ni budak 2 ni tinggal dengan kami kat Subang, sekarang dah 1 tahun umur dia. Masa kami pergi bercuti ke Aus haritu balik je tak mau makan sangat. Memang dari awal bagi makan Blackwood tapi tiba2 nafsu makan hilang. Try bagi macam2 tak mau juga, akhirnya tuan terpaksa kuarkan expenses lebih bagi can food. Setin mau sehari..lebam!! try bagi gaul dengan nasi, cirit birit pulak perut tak serasi. Akhirnya disebabkan baki blackwood berlambak try gaul dengan can food ...licin!!!!!!!

hasilnya berlemak kat perut...yeahhhhhh eksperimen berjaya!!

kiki- 1 tahun 

 lala - 1 tahun
"babat ko macam sama dengan tuan ko!!!"

Namun, start 2 minggu ni mereka asyik nyanyi lagu amy search dan black...sampai suara rock. Tuan pun tak boleh tidur malam, tanya mak liza yang dah biasa jaga kucing, katanya "nak kawen tu...."
Alamak....ingat jantan jerk meriauuuuu....yang sampai kadang2 terdengar macam  bunyi "mau tak mau...mau tak mau..."

Nak kawen dah ko yer.....tuan ko jugak belum kawen2....hahaha...

Akhir sekali..............................

SHIRO (macam nama anjing shin-chan kan?)   
Kucing kesayangan family Cik Liza dulu kat kampung.....RIP....kena langgar depan rumah ( tu la padah depan rumah ada jalan besar!!)

Muka dia memang sedih memanjang...bila nak maintain hensem pun tak tahu..

Mood: 
Sedang menjalankan research bertujuan nak mandulkan mereka....
Dalam hati ada niat nak jadi penyelamat kucing terbiar bila diberi kelapangan masa dan kewangan mengizinkan....
Sapa nak join sama ...?
Kat mana nak kembiri dengan harga yang berpatutan, dengar 1ekor cecah ratus jugak tu...bantuin gue dong...

20 November, 2011

BACK TO BACK MUVE : HAPPYFEET2 VS IMMORTIAL

Hari rabu yang lepas kami berdua ke IOI mall, Puchong tuk tengok muve. Selepas customer ambil je order cupcake lepas marghib tu kami terus bersiap2 ke destinasi. Bergegas bukan apa, sebab tak beli tiket lagi. Main terjah jerk.

Setiba di sana jam 815malam, kami terus ke kaunter. Awalnya hanya nak tengok immortial, tapi dek kerana seat tayangan awal Immortial tinggal depan2 je, kami shift ke tayangan lewat malam jam 1155. Oleh kerana dek jam 815 nak tunggu ke 1155 tu rasa boleh muat lagi 1 muve, kami beratur kembali untuk beli Happyfeet2 pula, tayangan 915malam, 3D lagi...

Kami makan2 dulu di Cafe Teh tarik berdekatan pintu masuk wayang, lepak2 borak2. Tiba time terus masuk dan layan muve.

Happy Feet 2 : 4 / 5 star.
Menarik gak cite, Mumble dah ada anak Erik :-) yang kurang kepercayaan diri dan ada masalah ingin terbang. Sah2 penguin mana boleh terbang kan. Tetapi setelah dia mengembara bersama rakan dia ke 1 lagi kawasan kumpulan penguin, dia ternampak 1ekor penguin terbang.

Disamping krisis anak dan ayah ni, kawanan penguin ini terperangkap disebabkan bongkah ais yang pecah dan menutupi jalan keluar penguin2 ni cari makanan. Macam2 cara mereka lakukan dan banyak pertolongan tiba membantu kawanan penguin ni. akhirnya berjaya.

Dan percubaan dan benda2 nakal si Erik tu buat, akhirnya dia sedar sebenarnya dia memang tak boleh terbang.Tapi kenapa 1penguin ni boleh terbang, nak tahu pengakuan penguin tu ..sile tengok muve ni :-)
Saja je bagi propa...

Moral muve: 

  1. Binatang pun tahu tolong menolong, ini kan pula manusia.
  2. Peliharalah bumi kita, global warming...sian kat penguin2 tu
  3. Sedarla diri kita ni siapa, kadang2 ada benda yang memang kita tak mampu lakukan atau dapat, bersyukur apa yang kita ada...cewah...:-)

Jam 11 lebih kurang cite habis dah...kami tunggu dalam hampir sejam juga. Sempat beli jajan2 kat GSC kaunter dulu 

Immortial : 3.5 / 5 star.
Menarik sebab dari pengarah cerita epik 300. Cerita ni agak belit2 sikit..berat gitu. Dan ada menyeleweng sikit la dari agama kita. Tapi tengok la sebagai hiburan yer.

Mengisahkan Theasus yang dari kecil diajar mempertahankan diri oleh 1orang tua, dia tinggal dengan mak dia. Muncul 1 raja Hypelion ni kejam nak bebaskan golongan Titan (ni ganas & superfast) yang dikurung dalam gunung, raja ni cari 1 panah yang boleh pecahkan kurungan Titan ni. Mak Theasus dibunuh oleh raja tu sendiri depan mata dia masa misi mencari panah tu tiba kat kampung Theasus ni.

Banyak peperangan la berlaku, senang cite ganas cite ni. Rupanya orang tua tu adalah Zeus yang dah tahu yang Theasus ni boleh membantu dia masa berlaku kejadian buruk tu nanti.

Ada juga muncul 1 perempuan ni yang boleh mendapat vision masa depan dan dah nampak kalau Theasus ni bergabung dengan raja H tu maka musnahlah tempat mereka. Kebolehan perempuan ni akan hilang kalau dia hilang dara (tapi sudahnya dia plak yang hegeh2 hilangkan...hahaha.faham2 sendiri la).

Nak tahu Theasus bergabung ke tak dengan raja H tu kene tengok sendiri, sebab dia yang terjumpa panah tu. Banyak peperangan sampaikan kemuncaknya Tuhan & anak2 Tuhan pun turun berperang???? Siap mati lagi....Last nanti muncul anak theasus yang dapat vision pasal ayah dia tengah berperang bersama anak2 tuhan tadi kat atas langit a.k.a syurga. Penghujung cerita memang buat aku n Cik Yan pening2 lalat n tak puas hati.

Apapun just enjoy the muve. Babak gaduh2 yang seram ni tampak muve tu best...ha3..sampai anak tuhan pun berdarah2???
Nanti kalau korang dah tengok citer ni cuba bagi tahu tempat diaorang tu dunia ke syurga, sebab diawal cerita kata syurga, tapi mati2 bagai. pastu nanti ada syurga lagi yang Theasus tu berperang...? ke macam ne?

Ke aku yang terlepas info2 penting sampai aku blur macam ni?? hahaha

Moral muve: 

  1. Jangat jadi pembelot, anda yang bodoh dan rugi.
  2. Berjuanglah selagi mampu.
  3. Jadilah lelaki baik dan gagah, nanti perempuan tu sendiri akan kejar anda...hahaha. Tengok sendiri la baru faham..

Panjang juga cerita ni, hampir jam 2 baru habis. Terus zassssss balik rumah dah tidoooooo..sebelum tu dalam kereta gaduh2 dulu pasal cerita last tu sebab tak puas hati.

19 November, 2011

ALRAWSHA RESTAURANT, I-CITY SHAH ALAM

Beberapa minggu yang lalu kami ada ke I-City untuk buat lawatan kunjungan ke TRAVEL NIGHT FAIR. Ini macam MATTAfair,  tapi hanya untuk dalam Malaysia sahaja. Yang ni nanti kami update post akan datang yang mana kami beli pakej kat program ni untuk ke LAKETOWN BUKIT MERAH RESORT PERAK. Kami pergi bersama 2 lagi rakan seopis, berkemungkinan awal December nanti.

Oh ye masa ke I-City masa tu kami ternampak kedai ni. Jadi disebabkan kami dah ternampak maka baru beberapa hari yang lepas kami pergi mencuba makan nasi arab di situ. 

Pertaman kali mengenali makanan arab ni  masa sahabat kami masa diopis lama ajak kami makan di AL RAWSHA di Ampang. Kami dibelanja kerana dah nak berhenti kerja tempat tu, boleh dianggap farewell la lebih kurang. Mentang2 portion banyak kami dicabar, order berapa banyak nak order, akan dibelanja…tapi kalau tak habis kena bayar semua. Nasib kami tak tamak, order sekadar muat perut dan oleh yang demikian kami berjaya dibelanja. 

Semenjak itu kami jatuh hati hidangan pak2 arab ni. Portion hidangan yang banyak dan tak memuakkan tu yang buatkan kami tercari2 kembali hidangan ni. 
Banyak tempat juga kami dah cuba, kali ni nak review tentang AL RAWSHA yang kini ada cawangan di I-City, Shah Alam.

Info lanjut : http://alrawshakl.com/ 

Restoren bersebelah KFC dalam I-City.Depan taman yang ada kereta jalan2 kat udara tu.









Menu.....

Map & info (Klik tuk tumbesaran)

Menu & harga (Klik tuk tumbesaran)


Kami order chicken Mandy, Chicken Kebsa & Teapot tea mint

Sementara menunggu makanan tiba 


Persekitaran restoren




Side2 pelengkapnya dah tiba, diberi pinggan extra. Boleh ceduk sikit2 tak habis boleh bawa balik
Yang tomato cili tengah tu memang terbaik...

 Chicken Mandy

 Chicken Kebsa

 Teh yang ada mint & cengkeh

Licin!!!....................lapar sungguh haritu

Total pemakanan malam tu : RM 40 TEPAT!!
Rasa kalau yang perut2 kecil tu boleh makan 3-4orang la kot...kan portion dia banyak.
Kalau yang datang berfamily boleh cuba yang dalam dulang punya, lebih meriah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...