Hari rabu yang lepas kami berdua ke IOI mall, Puchong tuk tengok muve. Selepas customer ambil je order cupcake lepas marghib tu kami terus bersiap2 ke destinasi. Bergegas bukan apa, sebab tak beli tiket lagi. Main terjah jerk.
Setiba di sana jam 815malam, kami terus ke kaunter. Awalnya hanya nak tengok immortial, tapi dek kerana seat tayangan awal Immortial tinggal depan2 je, kami shift ke tayangan lewat malam jam 1155. Oleh kerana dek jam 815 nak tunggu ke 1155 tu rasa boleh muat lagi 1 muve, kami beratur kembali untuk beli Happyfeet2 pula, tayangan 915malam, 3D lagi...
Kami makan2 dulu di Cafe Teh tarik berdekatan pintu masuk wayang, lepak2 borak2. Tiba time terus masuk dan layan muve.
Happy Feet 2 : 4 / 5 star.
Menarik gak cite, Mumble dah ada anak Erik :-) yang kurang kepercayaan diri dan ada masalah ingin terbang. Sah2 penguin mana boleh terbang kan. Tetapi setelah dia mengembara bersama rakan dia ke 1 lagi kawasan kumpulan penguin, dia ternampak 1ekor penguin terbang.
Disamping krisis anak dan ayah ni, kawanan penguin ini terperangkap disebabkan bongkah ais yang pecah dan menutupi jalan keluar penguin2 ni cari makanan. Macam2 cara mereka lakukan dan banyak pertolongan tiba membantu kawanan penguin ni. akhirnya berjaya.
Dan percubaan dan benda2 nakal si Erik tu buat, akhirnya dia sedar sebenarnya dia memang tak boleh terbang.Tapi kenapa 1penguin ni boleh terbang, nak tahu pengakuan penguin tu ..sile tengok muve ni :-)
Disamping krisis anak dan ayah ni, kawanan penguin ini terperangkap disebabkan bongkah ais yang pecah dan menutupi jalan keluar penguin2 ni cari makanan. Macam2 cara mereka lakukan dan banyak pertolongan tiba membantu kawanan penguin ni. akhirnya berjaya.
Dan percubaan dan benda2 nakal si Erik tu buat, akhirnya dia sedar sebenarnya dia memang tak boleh terbang.Tapi kenapa 1penguin ni boleh terbang, nak tahu pengakuan penguin tu ..sile tengok muve ni :-)
Saja je bagi propa...
Moral muve:
- Binatang pun tahu tolong menolong, ini kan pula manusia.
- Peliharalah bumi kita, global warming...sian kat penguin2 tu
- Sedarla diri kita ni siapa, kadang2 ada benda yang memang kita tak mampu lakukan atau dapat, bersyukur apa yang kita ada...cewah...:-)
Jam 11 lebih kurang cite habis dah...kami tunggu dalam hampir sejam juga. Sempat beli jajan2 kat GSC kaunter dulu
Immortial : 3.5 / 5 star.
Menarik sebab dari pengarah cerita epik 300. Cerita ni agak belit2 sikit..berat gitu. Dan ada menyeleweng sikit la dari agama kita. Tapi tengok la sebagai hiburan yer.
Mengisahkan Theasus yang dari kecil diajar mempertahankan diri oleh 1orang tua, dia tinggal dengan mak dia. Muncul 1 raja Hypelion ni kejam nak bebaskan golongan Titan (ni ganas & superfast) yang dikurung dalam gunung, raja ni cari 1 panah yang boleh pecahkan kurungan Titan ni. Mak Theasus dibunuh oleh raja tu sendiri depan mata dia masa misi mencari panah tu tiba kat kampung Theasus ni.
Banyak peperangan la berlaku, senang cite ganas cite ni. Rupanya orang tua tu adalah Zeus yang dah tahu yang Theasus ni boleh membantu dia masa berlaku kejadian buruk tu nanti.
Ada juga muncul 1 perempuan ni yang boleh mendapat vision masa depan dan dah nampak kalau Theasus ni bergabung dengan raja H tu maka musnahlah tempat mereka. Kebolehan perempuan ni akan hilang kalau dia hilang dara (tapi sudahnya dia plak yang hegeh2 hilangkan...hahaha.faham2 sendiri la).
Nak tahu Theasus bergabung ke tak dengan raja H tu kene tengok sendiri, sebab dia yang terjumpa panah tu. Banyak peperangan sampaikan kemuncaknya Tuhan & anak2 Tuhan pun turun berperang???? Siap mati lagi....Last nanti muncul anak theasus yang dapat vision pasal ayah dia tengah berperang bersama anak2 tuhan tadi kat atas langit a.k.a syurga. Penghujung cerita memang buat aku n Cik Yan pening2 lalat n tak puas hati.
Apapun just enjoy the muve. Babak gaduh2 yang seram ni tampak muve tu best...ha3..sampai anak tuhan pun berdarah2???
Nanti kalau korang dah tengok citer ni cuba bagi tahu tempat diaorang tu dunia ke syurga, sebab diawal cerita kata syurga, tapi mati2 bagai. pastu nanti ada syurga lagi yang Theasus tu berperang...? ke macam ne?
Ke aku yang terlepas info2 penting sampai aku blur macam ni?? hahaha
Moral muve:
- Jangat jadi pembelot, anda yang bodoh dan rugi.
- Berjuanglah selagi mampu.
- Jadilah lelaki baik dan gagah, nanti perempuan tu sendiri akan kejar anda...hahaha. Tengok sendiri la baru faham..
Panjang juga cerita ni, hampir jam 2 baru habis. Terus zassssss balik rumah dah tidoooooo..sebelum tu dalam kereta gaduh2 dulu pasal cerita last tu sebab tak puas hati.
No comments:
Post a Comment