Beberapa minggu yang lalu kami ada ke I-City untuk buat
lawatan kunjungan ke TRAVEL NIGHT FAIR. Ini macam MATTAfair, tapi hanya untuk dalam Malaysia sahaja. Yang
ni nanti kami update post akan datang yang mana kami beli pakej kat program ni
untuk ke LAKETOWN BUKIT MERAH RESORT PERAK. Kami pergi bersama 2 lagi rakan
seopis, berkemungkinan awal December nanti.
Oh ye masa ke I-City masa tu kami ternampak kedai ni. Jadi
disebabkan kami dah ternampak maka baru beberapa hari yang lepas kami pergi
mencuba makan nasi arab di situ.
Pertaman kali mengenali makanan arab ni masa sahabat kami masa diopis lama ajak kami makan di AL RAWSHA di Ampang. Kami dibelanja kerana dah
nak berhenti kerja tempat tu, boleh dianggap farewell la lebih kurang. Mentang2 portion
banyak kami dicabar, order berapa banyak nak order, akan dibelanja…tapi kalau
tak habis kena bayar semua. Nasib kami tak tamak, order sekadar muat perut dan
oleh yang demikian kami berjaya dibelanja.
Semenjak itu kami jatuh hati hidangan pak2
arab ni. Portion hidangan yang banyak dan tak memuakkan tu yang buatkan kami
tercari2 kembali hidangan ni.
Banyak tempat juga kami dah cuba, kali ni nak
review tentang AL RAWSHA yang kini ada cawangan di I-City, Shah Alam.
Info lanjut : http://alrawshakl.com/
Restoren bersebelah KFC dalam I-City.Depan taman yang ada kereta jalan2 kat udara tu.
Menu.....
Map & info (Klik tuk tumbesaran)
Menu & harga (Klik tuk tumbesaran)
Sementara menunggu makanan tiba
Persekitaran restoren
Side2 pelengkapnya dah tiba, diberi pinggan extra. Boleh ceduk sikit2 tak habis boleh bawa balik
Yang tomato cili tengah tu memang terbaik...
Chicken Mandy
Chicken Kebsa
Teh yang ada mint & cengkeh
Licin!!!....................lapar sungguh haritu
Total pemakanan malam tu : RM 40 TEPAT!!
Rasa kalau yang perut2 kecil tu boleh makan 3-4orang la kot...kan portion dia banyak.
Kalau yang datang berfamily boleh cuba yang dalam dulang punya, lebih meriah.
So far my fav spot utk arab's food would be sa'ba..
ReplyDeleteAda dkt cyberjaya n foodcourt depan maya condo setiawangsa. My fav= hanith chicken/ lamb.. Mmg memorable. Dh try??
hye anonymous :-)
ReplyDeletekami pun dah beberapa kali try kat sa'ba yg kat cyberjaya, entry jerk tak buat2 lagi..hahaha
ye sana memang best...
lagi 1 adalah memang betul hanith dia lebih sedap berbanding tempat yg kami dah cuba setakat ni...
yang kat setiawangsa kami tak cuba lagi...hehehe
Salam.
ReplyDeleteThanks for writing about the Al Rawsha restaurant It looks great and I think I'd like to go with some friends there, but I don't see any mention or a sign certified HALAL. Did you notice halal signs when you went there?
Mike (Hamzah) Allan. Lecturer, UiTM.