meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

07 December, 2011

MELAKA WONDERLAND

Beberapa minggu yang lepas kami telah merancang untuk ke sesi membasahkan badan secara berleluasa di Melaka. Ini kerana ada tempat terbaru yang kami baru tahu untuk kami rasmikan (rasmi sangatlah...padahal kat website ada bagitahu buka may2010....tapi baru sekarang ko sampai), sebab beberapa kali ke Melaka ni tak da terperasan plak tempat ni.


Kami ke sini sepatutnya hari sabtu, bermalam di Melaka untuk 1 malam dan ahad baru kami bermandi-manda.Tapi rancangan kami tergendala dek kerana kucing2 kat rumah tu tengah nak mengawan jadi kene extra care, tak boleh tinggal dalam sangkar besar nanti bising sangat2 risau jiran marah. Jadi kena masuk mereka dalam kandang lebih kecil baru mereka diam. Oleh kerana itu tak dapat la kami nak tinggalkan seharian semalaman, membuang najis dalam tu la mereka nanti.

Di pendekkan cerita kami bersiap sedia sabtu malam ahad tu dengan menu sarapan pagi kononnya Potato salad yang simple tu (resepi di sini). Pagi tu berniat bertolak seawal kul 8pagi, tapi dek malam tadi layan muve kat astro, akhirnya kul 10 baru kami gerak. Hanya berhenti di petronas, RNR seremban tuk beli air dah jajan2 sikit. Selebihnya sarapan potato salad je la...

Lebih kurang kul 1130pagi kami tiba di lokasi kami. Agak tercari2 juga la sebab selepas simpang ke Wonderland ni memang belum ada signboard hanya banner2 bergantungan di tepi2 jalan.

Cara tuk ke Wonderland:-
Dari PLUS highway ambil exit ke AyerKeroh. Selepas tol terus menuju ke Pusat Bandaraya. Landmarknya adalah Taman Mini Malaysia. Kira 10 minit lepas tol tu akan jumpa Taman Mini Malaysia sebelah kiri, depan tu ada traficlight ambil simpang ke kanan. Ada nampak signboard Wonderland di sebelah kanan anda, teruskan ikut banner2 yang ada tu dan anda akan tiba ke tempat yang dituju.

Parking penuh jadi sila parking diluar.



Pintu masuk utama



Masa untuk beli tiket.....yeah!!
Harga untuk hujung minggu, kadar seorang adalah:-
RM30 dewasa
RM 25 kanak2
RM15 warga emas

Cik Yan tengah pilih2 boya 
(tapi boya kena beli kat dalam ye bukan masa beli tiket) 

Tiket masuk seperti mana2 themepark lain

Pintu masuk

 Tempat salin baju

Kat sini disediakan loker, 1 kali guna RM5 (guna token)
Setelah salin baju dan simpan baju dalam loker, kami pun mulakan menjelajah tempat ni.


Kami pun perli la menjelajah, dan terjumpa tempat boya.
Dicadangkan sewa yang double tu sebab semua permainan boleh guna. Walaupun kami bertiga, kami sewa double je. 
Kadar sewa RM 20 ( RM 10 sewa RM10 deposit)
Tapi DEMMMMMMMMM!! duit kat dalam loker!!! HISHHHHH macam mana boleh lupa.
terpaksa berpatah balik ke loker. Ambik duit lebih sikit dan simpan dalam poket.

HAAAA....meh bg tips sikit kalau pergi tempat macam ni macam mana nak simpan duit kat poket tanpa basah & hilang. Sebab selaku swimsuit kite mana ada zip2 bagai kan. Kalau pakai trexsut senang jer...bungkus duit dalam plastik, sumabt dalam tu zip...selamat. Tapi kalau tak da zip2 ni apa nak buat..?

1. Dapatkan plastik saiz sederhana yang bertangkai (macam plastik beli barang kat pasar2 atau bungkus makanan tu.
2. Masukkan duit kertas dalam tu gulung2 elok2 dan ikatkan pada pakaian2 luar yang dirasakan sukar ikatan tu terbuka atau tertarik, kalau yang perempuan tu boleh la selit kat mana2 yang ada ikut keselesaan... ala2 macam cite dulu2 tu kat tut tut....(kiteorg selalu ikat kat tali bra....hahahaha) orang tak nampak dan selamat, selama ni memang tak pernah basah & hilang.
Ko jangan ka bungkus tebal2 sangat nanti nampak palsu..kah3!!! berbonggol semacam jerk.

ada 16 permainan menarik kat sana antaranya seperti gambar2 dibawah ni yang disumberkan oleh website MW sendiri.

Kamikaze Racer ( kami tak main sebab rasa air kat sini tak kuat jadi nak tolak badan yang comel2 ni macam tak larat jerk..hahaha) dan memang ada beberapa orang yang tersangkut sebab tak bergerak. Dari kami termalu disitu baik layan slide yang lain.                
Tornado Chaser ( kami nak main tapi tak lepas sebab masa mula tu cik Yan & adik dia pergi dulu sekali sampai atas tak boleh sebab kata tak seimbang berat. Kalau terlebih berat pun tak boleh). Kat sini kami kurang berpuas hati kerana merasakan mungkin orang  yang bersaiz sederhana sahaja boleh. Habis kalau orang putih orang oversea saiz besar2 tu melopong jer la macam kami nanti.


Lagi 1 sepatutnya diberitahu lebih awal berapa maksimum berat gabungan yang boleh naik ride ni. Ini cuma bagitahu perlu seimbang, takat mana seimbang tu yang kita2 boleh faham? beza 5kg 10kg ke 2kg?
Tak macam masa kami ke GoldCoast hampir emua slide & game kami boleh main dan yang paling penting memang diberitahu masa kat bawah lagi dah tertera minimum tinggi, berat dan sebagainya. Ini dah naik sampai 4 tingkat sekali tak boleh sapa tak BARAN!!... ramai yang gagal naik ride ni dan beramai2 turun 1 tingkat untuk naik curam ni....


Oleh kerana keadaan yang mendukacitakan itu, kami plan naik slide tinggi ni...Cik Yan tak berani jadi ganti dengan Cik Liza temankan adik cik Yan, Mas naik sama....perghhhhh memang rasa nak putus nyawa!!!!






Beberapa slide2 dan game2 lain, dari kiri kekanan ke bawah,
Pony ride ( adik Mas main sekali..Sementara kami berdua main slide biru kat bawah tu)
kolam tuk kanak2, 1big wave ( kat sini lama sikit kami bertapa, macam2 aksi boleh buat)
dan Lazy & Crazy river..tapi tak dapat kami nak merasa sebab tutup diselenggara.


Slide ni main...cik Liza main 2 kali lagi teman kan Cik Yan & adik Mas

 Slide ni tak main...macam seriau
Slide ni kami main..juga cik Liza main 2 kali lagi teman kan Cik Yan & adik Mas

Anaconda twist (tak dapat main kena pakai swimsuit sahaja boleh main)







Selesai mandi2 kami bersiap keluar kira2 jam 230petang, perut dah lapar sungguh ni. Dalam lapar2 sempat posing2 sikit.





Ambil kereta terus kuar, konon2 nak melayan asam pedas tapi akibat kesesakan dan kami tak tahan lapar kami ke Mahkota Parade layan Chicken Rice Shop je.



Budget Artis... 

Niat nak tengok Puss in boot tergendala sebab yang ada tayangan malam je, jadi kami yang mengantuk ni siap layan urut2 dulu...

Lebih kurang kul 6, kami bertolak ke Subang...Kul 8 baru tiba, jem sikit sebab hujan dan ada accident.
Kucing cik Liza memang baikhati tak membuang semasa kena tinggal...

Kesimpulan dari trip ni:-

Memang menarik tempat ni untuk anak2 dan ibubapa juga bujang2 seperti kami.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diberi lebih perhatian (antara point yang nak disuarakan pada MW), antaranya:-
- promosi & perlu diperbaiki mutu perkhidmatan serta layanan tu kena la mesra sikit ( kawasan nampak suram, signboard pun xda sepanjang jalan nak masuk tu, cuma ada banner je)
- fasiliti yang lebih mesra pengguna (jalan panas tak hengat dah la berkaki ayam kat dalam tu), tebing2 pool tinggi ( susah budak2 nak turun naik), kawasan parking terhad, tempat makan pun terhad.
- aturan & had2 ketinggian dan berat perlu diletakkan lebih jelas di bawah tempat ride dan lebih mudah dilihat.
- Loker perlu lebih besar atau lebih fleksibel (dicadangkan adakan juga loker macam masa kami di GC haritu, boleh buka berapa banyak kali pun dikira sewa sehari la senang citer. Walaupun agak mahal tapi berbaloi dari asyik2 RM5 setiap kali buka. Baik ada kan juga yang sekali charge RM15 ke tapi buleh buka banyak kali, jadi terpulang pada pengguna nak pilih yang mana kan?)
- boya tu diberi percuma (macam di GC boya tu diletak di bawah tempat permulaan kita nak naik tangga tu, jadi gilir2 la guna lepas seoorang / 1 group guna, letak tepi orang yang seterusnya akan ambil) mesra alam, jimat tenaga pekerja dan tak mahal untuk pengunjung...hahaha...

Kalian2 semua juga boleh la pergi mencuba tempat ni...

Next week kami nak ke Bukit Merah, Laketown Resort pula, nanti kami update k.

KEMBIRI ITU BERDOSA?


KEMBIRI ITU BERDOSA??????

Banyak berkata kembiri itu berdosa. Persoalan itu jugalah yang menghantui kami selama beberapa minggu. Pelbagai research dilakukan bagi mencari jawapan ini dan senang kata terpulang kepada individu itu sendiri, bergantung pada pendirian mereka. Kalau dirasakan mampu untuk menjaga anak2 dan generasi anak2 tu boleh teruskan niat murni anda tu. Tapi pastikan betul2 terjaga ye. 

Kalau sebut pasal dosa itu isu sensitif mungkin anda cuma terpikir yang hanya kita menyiksa dia sebab tak bagi haiwan tu meneruskan fitrah mereka. Kita belum pernah terpikir yang kalau anak2 dan ibu2 serta bapa2 yang banyak tu terbiar, kelaparan, berpenyakit, kencing dirumah jiran dan pelbagai lagi masalah2 seangkatan dengannya. Semua tu boleh menjadikan anda juga berdosa juga ya...
Kencing dirumah jiran pun kita berdosa?...ya, kita bertangungjawab untuk bersihkan najis haiwan peliharaan kita kalau mengotori rumah jiran kita.

Daripada research kami, kembiri ini ada ulama berkata dosa, ada yang berkata harus. Bermaksud bukan la ijmak ulama berkata dosa. Ikut yang mana bersesuaian dengan keadaan. Lebih kurang fahaman mazhab Shafie & Hanbali tentang batalnya air sembahyang di Masjidil  Haram. Mungkin ramai lebih arif tentang itu lebih dari kami atau anda sendiri boleh sama2 mencari maklumat lebih detail tentang perkara di atas ni.

Tambahan pula apabila dikembiri mereka telah tiada nafsu untuk mengawan, maka isu mereka tersiksa telah luput serta merta.
Dalam erti kata lain.......bahasa pasar nya....gersang!!....atau  mahu tapi takdapat.....bukan macam tu yer.
Ada juga info mengatakan hanya manusia & spesis monyet sahaja reti menikmati seksyen ( sila baca tanya YEN..hehehe)
yang lain2 hanyalah demi meneruskan kelangsungan hidup. (fakta ni kami kurang pasti..tak sempat buat research habis...)

Tentang isu dosa atau tak ni, kami tak mahu teruskan berdebat kerana setakat ni JAKIM ada keluarkan fatwa yang mungkin boleh melegakan hati anda semua termasuk hati kami.

sumber :- SPCA

We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community." 

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Akhir kata yang baik dari yang Esa, yang buruk & silap datang dari kami.......

06 December, 2011

APA ITU SPCA, MALAYSIA?

Apa itu SPCA?
Sesiapa peminat kucing rasanya ramai yang tahu tentang ni. Kami yang baru jinak2 membela kucing ni pun baru tahu nama sebenar pusat ni. Selama ni hanya tahu wujud benda ni tapi tak tahu secara detail dan nama tempat ni.

SPCA adalah "SOCIETY FOR THE PREVENTION OF CRUELTY TO ANIMALS" atau lebih dikenali sebagai PERSATUAN MENOLONG HAIWAN

Ini website mereka.....untuk info lanjut boleh rujuk sini
Di SPCA ni banyal perkhidmatan berkaitan haiwan, seperti memberi perlindungan kepada haiwan2, aduan haiwan teraniaya, klinik kembiri, dan pelbagai lagi.

                

Kami ke sini disebabkan entry ni, dan akhirnya keputusan telah kami buat. Setelah 2 minggu tangguh kerana mereka2 ni 'onheat' akhirnya minggu ni berkesempatan untuk hantar kucing2 kami ke SPCA untuk dimandulkan. Mulanya kami call kinik kembiri yang mana merupakan cawangan bagi SPCA ni di Setapak. Boleh hubungi mereka di sana untuk info lebih lanjut, klik sini untuk info.
Tapi kerana tak berkesempatan ke sana (selalu penuh jadi kena booking ye kalau nak hantar kucing2 or anjing2 kalian ke sana).

Setelah call berkali2 sebab tak sure tempat yang klinik kembiri tu sama ke dengan animal shelter ni. Ingatkan setempat, sebab klinik kembiri tu ada kosong hari Jumaat ni je. Bila call yang SPCA plak kata datang je...Kang datang jauh2 tapi tak dapat buat sian budak2 tu kebulur dipuasakan dari malam tapi tak dapat nak buat operation. Setelah diterangkan yang mereka berlainan tempat akhirnya kami ke SPCA cawangan utama mereka di Ampang ni.

Tempat berhampiran Hospital Ampang Putreri, boleh hubungi mereka di Animal shelter tu untuk buat appointment. Oh ye no telefon & detail klik sini. Lokasi boleh rujuk peta di sini.

Sesiapa ada bermiat nak bela kucing atau  anjing pun boleh datang sini sebab banyak untuk di 'anak angkat'kan. Kalau bertuah siap boleh dapat yang Persian dan sebagainya...
Bersih2 dan kuit miut mereka tu....tadi ada nampak kucing2 yang sedang menanti tuan2 baru mereka.

ok kasi update sikit cite Kiki Lala kami....
Malam tu sebelum pergi operation kami dah puasakan mereka ni bermula jam 10malam (ini untuk elakkan mereka termuntah & ada la sebab2 lain...macam manusia juga kot kalau nak operation ada puasa2 kan?kan? kan?). Jangan risau masa call buat appoinment tu nak tanya apa pun tanya la pada pekerja di situ.....mereka sangat membantu.

Pagi tadi masa dah siap2 masuk kandang. Mereka berdebar2 kot (tapi muka relex jek aku tengok!)...padahal tuan dia ni haaaaa...........MACAM NAK LURUH JANTUNG RISAUNYA!!

Jam 9 bertolak dari Subang ..(kena awal yer sebab kat sana kul 10 dah kira lambat tuk register....aku pun dah terlewat...rempit bawa kereta..belum campur sesat lagi...! hishhhhhhhhh selalu terlewat).
Agak senang jumpa tempat ni, ikut je map tu.. cuma tak berapa nampak dari tepi jalan, sebab ada selekoh selepas shop tu..

Apa2 pun parking dulu...ha ada signboard.. 





Jauh bebeno signboard tu...haaaaa hambik dekat sikit 

Persekitaran yang sederhana.... 


Ni peneman kami juga...antara animal lover...dia ada bela kure2 nama BUBU...hahaha...

Kul 10 check in..dikabarkan kul 12 maybe siap...kalau awal mereka akan call.. Lepas daftar dan buat bayaran terus kami ke Ampang Point lepak2 sekitar tu dan sempat makan kat Mamak Pelita lagi,....

Resit bayaran...tengok anak panah merah tu...!! tak ku sangka2....bagus kan...sama2 la kita bercharity2 kat kucing2 tu...hahaha. 

Ni kos untuk 2 ekor (ni pakej RM 100 - sekali vaksin & deworm nanti) if tak harga RM80 tuk betina ye..seekor!) Info harga semua boleh tengok kat website SPCA ni.

Mahal??? tak ya murah sesangat...kat luar RM150 seekor. vaksin paling murah pun jumpa RM35, deworm RM8..korang lagi terror math  tentu boleh kira bertapa saving nya hantar di sini. he3
Lagi 2 minggu mungkin kami ke sini lagi...tuk deworm & vaksinkan pula.

Ok sambung cerita......
Kul 12 tetap tak da call dari SPCA, ingatkan belum siap. Jadi tunggu lagi..kul 1230 niat follow up jerk la kot2 dah siap. Sekali dengar dah siap..fuhhhhhhhhhh BERDEBAR2 LAGI TERUK tuan dia ni nak pergi ambil bawa balik.
Sampai2 sana nampak baru kuar dari bilik tu terus past kat tuan dia yang gemuruh..Dua2 buat muka sedih....(sedah jadahnya...mamai adalah...lawak pun ada tergelak tengok diaorang...nanti upload gambar mamai mereka if ada). 
Kat SPCA tu ada beberapa orang melayu yang datang nak ambil anak angkat, dan kebetulan ada yang nak serahkan anak2 angkat mereka. Tak sempat nak tengok drama penyerahan terus dari tuan ke tuan baru kami terpaksa beredar sebab risau budak 2 ni duduk dalam kandang kecil dalam keadaan mamai tu
Selamat sudah tiba rumah kul 2. 

Mereka dikuarantinkan ye. 5hari ye paling minimum duduk kandang je.. nanti sihat baru leh kuar kandang main2 k ..kiki lala...

muka mamai lagi............

Ubatan & name kad miss Chelvy....
Pesanan Miss Chelvy :-
"Ajak la kawan2 ke SPCA buat kembiri....Boleh call opis & saya..tapi jangan la sampai tengah malam pun call yer....he3"

snap sikit...mata terbuka tapi lentok jek 
Kiki

 Lala

Ni luka mereka ...sikit je lah....semoga cepat sihat yer 

Haaaaaaaaaaaa ni muka stimmmmmmmmmmmmm Lala..hahaha

         

Ok tak mo ganggu dah...pergi rest k.........malam nanti baru boleh makan wet can food & ubat sekali k..

"DOAKAN kami cepat sembuh yer.." ~kiki &lala

Nota kaki buat KikiLala:-
Nanti kalau dah sihat dan kamu berkelakuan baik, tuan2 kamu mesti selalu lepaskan kamu kan...silap2 lepas terus & lagi silap2 dapat tido sama tau dengan Cik Liza...:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...