meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

07 December, 2011

MELAKA WONDERLAND

Beberapa minggu yang lepas kami telah merancang untuk ke sesi membasahkan badan secara berleluasa di Melaka. Ini kerana ada tempat terbaru yang kami baru tahu untuk kami rasmikan (rasmi sangatlah...padahal kat website ada bagitahu buka may2010....tapi baru sekarang ko sampai), sebab beberapa kali ke Melaka ni tak da terperasan plak tempat ni.


Kami ke sini sepatutnya hari sabtu, bermalam di Melaka untuk 1 malam dan ahad baru kami bermandi-manda.Tapi rancangan kami tergendala dek kerana kucing2 kat rumah tu tengah nak mengawan jadi kene extra care, tak boleh tinggal dalam sangkar besar nanti bising sangat2 risau jiran marah. Jadi kena masuk mereka dalam kandang lebih kecil baru mereka diam. Oleh kerana itu tak dapat la kami nak tinggalkan seharian semalaman, membuang najis dalam tu la mereka nanti.

Di pendekkan cerita kami bersiap sedia sabtu malam ahad tu dengan menu sarapan pagi kononnya Potato salad yang simple tu (resepi di sini). Pagi tu berniat bertolak seawal kul 8pagi, tapi dek malam tadi layan muve kat astro, akhirnya kul 10 baru kami gerak. Hanya berhenti di petronas, RNR seremban tuk beli air dah jajan2 sikit. Selebihnya sarapan potato salad je la...

Lebih kurang kul 1130pagi kami tiba di lokasi kami. Agak tercari2 juga la sebab selepas simpang ke Wonderland ni memang belum ada signboard hanya banner2 bergantungan di tepi2 jalan.

Cara tuk ke Wonderland:-
Dari PLUS highway ambil exit ke AyerKeroh. Selepas tol terus menuju ke Pusat Bandaraya. Landmarknya adalah Taman Mini Malaysia. Kira 10 minit lepas tol tu akan jumpa Taman Mini Malaysia sebelah kiri, depan tu ada traficlight ambil simpang ke kanan. Ada nampak signboard Wonderland di sebelah kanan anda, teruskan ikut banner2 yang ada tu dan anda akan tiba ke tempat yang dituju.

Parking penuh jadi sila parking diluar.



Pintu masuk utama



Masa untuk beli tiket.....yeah!!
Harga untuk hujung minggu, kadar seorang adalah:-
RM30 dewasa
RM 25 kanak2
RM15 warga emas

Cik Yan tengah pilih2 boya 
(tapi boya kena beli kat dalam ye bukan masa beli tiket) 

Tiket masuk seperti mana2 themepark lain

Pintu masuk

 Tempat salin baju

Kat sini disediakan loker, 1 kali guna RM5 (guna token)
Setelah salin baju dan simpan baju dalam loker, kami pun mulakan menjelajah tempat ni.


Kami pun perli la menjelajah, dan terjumpa tempat boya.
Dicadangkan sewa yang double tu sebab semua permainan boleh guna. Walaupun kami bertiga, kami sewa double je. 
Kadar sewa RM 20 ( RM 10 sewa RM10 deposit)
Tapi DEMMMMMMMMM!! duit kat dalam loker!!! HISHHHHH macam mana boleh lupa.
terpaksa berpatah balik ke loker. Ambik duit lebih sikit dan simpan dalam poket.

HAAAA....meh bg tips sikit kalau pergi tempat macam ni macam mana nak simpan duit kat poket tanpa basah & hilang. Sebab selaku swimsuit kite mana ada zip2 bagai kan. Kalau pakai trexsut senang jer...bungkus duit dalam plastik, sumabt dalam tu zip...selamat. Tapi kalau tak da zip2 ni apa nak buat..?

1. Dapatkan plastik saiz sederhana yang bertangkai (macam plastik beli barang kat pasar2 atau bungkus makanan tu.
2. Masukkan duit kertas dalam tu gulung2 elok2 dan ikatkan pada pakaian2 luar yang dirasakan sukar ikatan tu terbuka atau tertarik, kalau yang perempuan tu boleh la selit kat mana2 yang ada ikut keselesaan... ala2 macam cite dulu2 tu kat tut tut....(kiteorg selalu ikat kat tali bra....hahahaha) orang tak nampak dan selamat, selama ni memang tak pernah basah & hilang.
Ko jangan ka bungkus tebal2 sangat nanti nampak palsu..kah3!!! berbonggol semacam jerk.

ada 16 permainan menarik kat sana antaranya seperti gambar2 dibawah ni yang disumberkan oleh website MW sendiri.

Kamikaze Racer ( kami tak main sebab rasa air kat sini tak kuat jadi nak tolak badan yang comel2 ni macam tak larat jerk..hahaha) dan memang ada beberapa orang yang tersangkut sebab tak bergerak. Dari kami termalu disitu baik layan slide yang lain.                
Tornado Chaser ( kami nak main tapi tak lepas sebab masa mula tu cik Yan & adik dia pergi dulu sekali sampai atas tak boleh sebab kata tak seimbang berat. Kalau terlebih berat pun tak boleh). Kat sini kami kurang berpuas hati kerana merasakan mungkin orang  yang bersaiz sederhana sahaja boleh. Habis kalau orang putih orang oversea saiz besar2 tu melopong jer la macam kami nanti.


Lagi 1 sepatutnya diberitahu lebih awal berapa maksimum berat gabungan yang boleh naik ride ni. Ini cuma bagitahu perlu seimbang, takat mana seimbang tu yang kita2 boleh faham? beza 5kg 10kg ke 2kg?
Tak macam masa kami ke GoldCoast hampir emua slide & game kami boleh main dan yang paling penting memang diberitahu masa kat bawah lagi dah tertera minimum tinggi, berat dan sebagainya. Ini dah naik sampai 4 tingkat sekali tak boleh sapa tak BARAN!!... ramai yang gagal naik ride ni dan beramai2 turun 1 tingkat untuk naik curam ni....


Oleh kerana keadaan yang mendukacitakan itu, kami plan naik slide tinggi ni...Cik Yan tak berani jadi ganti dengan Cik Liza temankan adik cik Yan, Mas naik sama....perghhhhh memang rasa nak putus nyawa!!!!






Beberapa slide2 dan game2 lain, dari kiri kekanan ke bawah,
Pony ride ( adik Mas main sekali..Sementara kami berdua main slide biru kat bawah tu)
kolam tuk kanak2, 1big wave ( kat sini lama sikit kami bertapa, macam2 aksi boleh buat)
dan Lazy & Crazy river..tapi tak dapat kami nak merasa sebab tutup diselenggara.


Slide ni main...cik Liza main 2 kali lagi teman kan Cik Yan & adik Mas

 Slide ni tak main...macam seriau
Slide ni kami main..juga cik Liza main 2 kali lagi teman kan Cik Yan & adik Mas

Anaconda twist (tak dapat main kena pakai swimsuit sahaja boleh main)







Selesai mandi2 kami bersiap keluar kira2 jam 230petang, perut dah lapar sungguh ni. Dalam lapar2 sempat posing2 sikit.





Ambil kereta terus kuar, konon2 nak melayan asam pedas tapi akibat kesesakan dan kami tak tahan lapar kami ke Mahkota Parade layan Chicken Rice Shop je.



Budget Artis... 

Niat nak tengok Puss in boot tergendala sebab yang ada tayangan malam je, jadi kami yang mengantuk ni siap layan urut2 dulu...

Lebih kurang kul 6, kami bertolak ke Subang...Kul 8 baru tiba, jem sikit sebab hujan dan ada accident.
Kucing cik Liza memang baikhati tak membuang semasa kena tinggal...

Kesimpulan dari trip ni:-

Memang menarik tempat ni untuk anak2 dan ibubapa juga bujang2 seperti kami.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diberi lebih perhatian (antara point yang nak disuarakan pada MW), antaranya:-
- promosi & perlu diperbaiki mutu perkhidmatan serta layanan tu kena la mesra sikit ( kawasan nampak suram, signboard pun xda sepanjang jalan nak masuk tu, cuma ada banner je)
- fasiliti yang lebih mesra pengguna (jalan panas tak hengat dah la berkaki ayam kat dalam tu), tebing2 pool tinggi ( susah budak2 nak turun naik), kawasan parking terhad, tempat makan pun terhad.
- aturan & had2 ketinggian dan berat perlu diletakkan lebih jelas di bawah tempat ride dan lebih mudah dilihat.
- Loker perlu lebih besar atau lebih fleksibel (dicadangkan adakan juga loker macam masa kami di GC haritu, boleh buka berapa banyak kali pun dikira sewa sehari la senang citer. Walaupun agak mahal tapi berbaloi dari asyik2 RM5 setiap kali buka. Baik ada kan juga yang sekali charge RM15 ke tapi buleh buka banyak kali, jadi terpulang pada pengguna nak pilih yang mana kan?)
- boya tu diberi percuma (macam di GC boya tu diletak di bawah tempat permulaan kita nak naik tangga tu, jadi gilir2 la guna lepas seoorang / 1 group guna, letak tepi orang yang seterusnya akan ambil) mesra alam, jimat tenaga pekerja dan tak mahal untuk pengunjung...hahaha...

Kalian2 semua juga boleh la pergi mencuba tempat ni...

Next week kami nak ke Bukit Merah, Laketown Resort pula, nanti kami update k.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...