KEMBIRI ITU BERDOSA??????
Banyak berkata kembiri itu berdosa. Persoalan itu jugalah yang menghantui kami selama beberapa minggu. Pelbagai research dilakukan bagi mencari jawapan ini dan senang kata terpulang kepada individu itu sendiri, bergantung pada pendirian mereka. Kalau dirasakan mampu untuk menjaga anak2 dan generasi anak2 tu boleh teruskan niat murni anda tu. Tapi pastikan betul2 terjaga ye.
Kalau sebut pasal dosa itu isu sensitif mungkin anda cuma terpikir yang hanya kita menyiksa dia sebab tak bagi haiwan tu meneruskan fitrah mereka. Kita belum pernah terpikir yang kalau anak2 dan ibu2 serta bapa2 yang banyak tu terbiar, kelaparan, berpenyakit, kencing dirumah jiran dan pelbagai lagi masalah2 seangkatan dengannya. Semua tu boleh menjadikan anda juga berdosa juga ya...
Kencing dirumah jiran pun kita berdosa?...ya, kita bertangungjawab untuk bersihkan najis haiwan peliharaan kita kalau mengotori rumah jiran kita.
Daripada research kami, kembiri ini ada ulama berkata dosa, ada yang berkata harus. Bermaksud bukan la ijmak ulama berkata dosa. Ikut yang mana bersesuaian dengan keadaan. Lebih kurang fahaman mazhab Shafie & Hanbali tentang batalnya air sembahyang di Masjidil Haram. Mungkin ramai lebih arif tentang itu lebih dari kami atau anda sendiri boleh sama2 mencari maklumat lebih detail tentang perkara di atas ni.
Tambahan pula apabila dikembiri mereka telah tiada nafsu untuk mengawan, maka isu mereka tersiksa telah luput serta merta.
Dalam erti kata lain.......bahasa pasar nya....gersang!!....atau mahu tapi takdapat.....bukan macam tu yer.
Ada juga info mengatakan hanya manusia & spesis monyet sahaja reti menikmati seksyen ( sila baca tanya YEN..hehehe)
yang lain2 hanyalah demi meneruskan kelangsungan hidup. (fakta ni kami kurang pasti..tak sempat buat research habis...)
Tentang isu dosa atau tak ni, kami tak mahu teruskan berdebat kerana setakat ni JAKIM ada keluarkan fatwa yang mungkin boleh melegakan hati anda semua termasuk hati kami.
sumber :- SPCA
We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Akhir kata yang baik dari yang Esa, yang buruk & silap datang dari kami.......
No comments:
Post a Comment