meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

18 December, 2011

RAGAM KUCING & HERO

funny........
bedebuk bunyi dia nak bergolek kat lantai....

maka nya nak exersice...
lagi lawak gile wat air mata kuar meleleh2

yang ni lagi wat air mata melelehhhhhhhhhh....:-(
Bulan lepas ada masuk tv kan...
tq pada papa HERO yang berhati mulia tu...

ha ni papa HERO (anda memang hero)....manja sungguh HERO tu...

Lastly, kalau meowww ni pun reti flush toilet lepas guna. 
Kalau orang plak tak reti..tak tahu dah nak kata apa...


happy weekend!!

17 December, 2011

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT ~ DAY 2

sambungan dari Day 1

Harini seperti dirancang nak berendam, cuaca pun nampak nya sangat2 la baik. Kami bersiap, dan apa2 pun kami alas perut dulu dengan lebihan nasi impit semalam dan cecah roti dengan kuah kari daging..fuh!! nikmat. Kami terus check out kire jam 11pagi. Siap2 pakai baju renang dah dalam pakaian luaran tu. Nanti tinggal bukak2 terus terjun...


Nampak tu deretan hotel kat belah kanan gambar bawah ni...ni la Kampung Air. Rate semalam boleh tengok kat website BMLTR ni. ( tak silap ni la tempat citer yang ada Elisuryati& Umi Aida  berlakon tu apa tajuk tu...Dalam Hati Ada Cinta ke hapa...sah2 lupa)...

Cantik sangat la kalau dapat tido situ tapi budget kami tak sampai ke situ...melepas...

Pintu masuk themepark

Sapa pakaikan tag aku ketat sangat ni weh....

Harga tiket..

Kedai cenderamata ( makcik ni marah kot .. ingat aku snap gambar dia....)

Oh yer ada foodcourt gak dalam ni.

Yeahhhhhh posing2 poyo dulu 

Cik Yan dah tak sabo nak berendam...tak mo gambar dah, terus nak beratur masuk themepark

 Apa2 kite check in dulu..

Ok kami segera buka apa patut, bawa duit sikit dalam plastik tuk makan2 kalau lapar nanti (takkan nak pusing balik dan buka locker lagi..jadi jimat2)..tips simpan duit boleh tengok kat sini

Kami sewa 2 boya double, dan main slide, manakala Cik Yan & Liza try naik slide Boomerang..Laju giler seram...naik sorang2 plak tu. Tahniah Cik Yan berjaya kuatkan semangat diri naik. Rakan kami lagi 2 orang belum ada kekuatan itu. Takpe ada rezeki next time kite boleh pergi lagi dan korang boleh naik slide ni kalau mahu...giler gugur jantung!!! tapi ni la yang selalu aku excited nak naik. Pastu kami main Lazy river & berendam kat beach.

Ha masa ni la hangin sebadan..bile ada couple yang wat aktiviti tak sihat kiss2 kat tempat awam. Bawa2 insaf la...wat la tempat privasi sikit, ramai orang & budak2 dalam pool ni weh...(jangan jadi macam spesis benda yang tengah gayut kat sudut kanan atas gambar bawah ni, benda ni pun jangan2 tahu malu. Ni mesti belum kawin ni, kalau orang dah kawen tak gitu gaya kot. Cuba la jadi orang sikit.....suka ko la nak wat per..asal jangan sakitkan mata orang lain, spoil permandangan wooo!!)

Ada beberapa minit dalam tu kami lapar, tunggu ombak tak da pun dari tadi...apa lagi usung la boya kuar pool nak g beli makanan. Kami beli burger ayam, standard harga themepark hammmbik RM5 seketul. Nasib baik aku berpuashati dengan burger tu, daging tebal bukan jenis daging tipis roti hampeh. Jadi tak da la mood nak maki sangat kan, boleh dikatakan bersesuaian la dengan harga kat themepark.

Lepas tu kami sambung lagi berendam sampai la tiba ombak2 ..semua dalam pool excited giler...
Tetiba kami ternampak ada mamat yang ambik2 gambar, dengan semangatnya kami panggil tuk ambik gambar kiteorang. Dia dengan baik hati semangat snap banyak kali.

Dan bila dah puas berendam dalam kul 3 petang kami pun akhiri permandian kami. Banyak la tempat2 permainan lain....tapi rasanya lebih pada tuk kanak2. Kalau kami kanak2 mahu sampai kul 7 petang tak reti nak balik. Kami bersiap2 nak balik dah, tetiba nampak toilet penuh semacam. Rupanya kat luar hujan lebat jadi semua orang pun behenti mandi dan mula bersiap nak balik la.

Lalu jalan kuar terus ke tempat tengok gambar. Orang kaunter tu terus klik gambar kami...Wah camtu punya bagus mata dia screening muka kami tak payah sebut kul berapa agak2 waktu gamabr diambil dah terpampang muka kami kat skrin komputer tu. Tengok2 banyak yang kami berkenan, kalau print sekeping RM30, kalau ambik CD RM50. Pikir2 pakat2 kami ambik CD lebih jimat. Ada 7 gambar dalam tu. Kalau tahu tadi giler kuasa punye posing..agak2 10 keping lagi puas hati..hahaha. Jadi kalau pergi sana nampak mamat tu ha posing puas2 sikit k..tapi agak2 la jangan sampai orang lain tak dapat bergambar ko sorang je 50 keping!!

Maka hasil nya.. 
(ohhh tu la benda bergayut tu yer...hahaha hambik ko)

Gambar selam2...


 Ko sorang jerk kiut Yan dalam pic ni...lain2 fail...lagi2 Liza..hahaha

Last sekali kami bergerak kuar themepark dalam hujan2 tu perut mula lapar. Sebelum kuar tol kami sempat singgah gerai makan  betul2 kat simpang sebelum tol tu...apa lagi niat kalu bukan nak isi perut.
Yang ada menu sebelum kul 4 ni nasi ayam & pasembur & goreng2 cucur2. Lain2 menu lepas kul 4.

Apa lagi terus order nasi ayam 4, Cik yan pilih2 cucur udang & tahu..



tak sampai 5 minit
Sah2 lapar sungguh!!

Akak gerai tu lama bebeno siapkan nasi ayam kami, lupa kot..ikut hati nak je pergi ambik sendiri..Lepas 2 kali remind dan sebelum meja tu terbalik!! ganas!!!...nasi sampai...


 Sesi makan2...

15minit kemudian... 



On the way balik kami ke Sg. Perak, driver tidur jap sementara yang lain bertempiaran cari2 buahan2 segar kat sana...Sedar2 Cik Yan dah bawakan ciku...perggggggggghhhh punye manis tak payah citer la...

Kira2 jam 8 kami tiba di SubangJaya..Esoknya cuti...jadi boleh rehat2.

Jumlah Peliburan kali ni lebih kurang:
Theme Park : RM 80
Hotel : RM 150
Minyak : RM90
Tol : RM84
karok : RM48
Loker 2 : RM8
Boya 2 : RM 30 (deposit RM10)
CD gambar : RM50
Makan: +-RM 90
Dalam RM630 bahagi 4 = sorang dalam RM158.. berbaloi2!!!


Nota kaki:
Ada hajat nak habiskan trip themepark kat Malaysia ni..rasa tinggal Gambang, Pahang & The Carnival, Alor Star

15 December, 2011

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT ~ DAY 1

Tak ingat la masa tu kenapa tapi yang pasti hari bekerja tu adalah hari cuti, tengok2 tv dipagi hari terpandang ada MHI kot siarkan akan ada travel night fair di Icity Shah Alam. dan pada tarikh tersebut makanya kamike sana untuk meninjau2 percutian terbaik yang ditawarkan. Ni ala2 Matta fair tapi hanya untuk dalam Malaysia sahaja.

Semua gara2 berpakat nak bercuti bersama dengan rakan opis sebab tak dapat cuti sama ke Beijing pada Oktober haritu. Mereka ke Beijing kami ke GoldCoast. Maka akhirnya kami membeli vaucer themepark & hotel di BMLTR ni. Dah pakat2 akhirnya kami beli untuk 4orang sahaja.

Kami dapat stay di LT hotel dengan rate RM150/day & tiket themepark hanya RM20/badan.

Jimat banyak wo!!!...kalau tak merempan gak harganya almaklum musim cuti sekolah, jadi apa2 check2 la budget untuk themepark & accomodation, kalau bertuah mungkin boleh dapat harga & pakej promosi.


Pada awalnya kami bercadang nak berjimba pada 12nov sebelum waktu cuti sekolah, orang tak ramai sangat. Tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan maka kami pinda ke 10dec, kami berpakat pilih yang ada extend cuti isnin...hahaha...cuti lebih panjang lebih meriah...

kami mulakan perjalanan kira2 jam 10.30pagi, aim baik2 je sampai sana terus boleh check in. Dalam perjalanan kami makan rambutan & sandwich gebu. Nanti resepi kami share sama kalau teringat..hahaha. Harap2 ingatlah. Rakan kami pula dah siap2 masak kari daging dengan nasi impit...pergh....rasa nak tekan minyak 200km/j nak cepat sampai sebab tak sabar nak makan dah. (Mimpi jerk la kete ko nak terbang selaju tu...hahaha)

Kira2 jam 2 petang kami tiba di LT, senang jer cari LT ni. Cari Exit BUKIT MERAH kalau guna Plus Highway, kuar tol simpang 3 ambik kanan. Depan sikit je dah nampak sebelah kiri kalian..meronta2 tak sabar dah ni. Gaya macam nak berendam harini juga kononnya.

Masa tu senyap gak parking, mana tak nya orang lain sedang syok berendam. Apa2 kite check in dulu..


Pintu masuk utama themepark!!


Itu dia LT hotel.......

Sempat posing sementara geng uruskan check in... 

20minit kena tunggu mereka sediakan bilik sebab ada yang lambat check-out.. akhirnya........bilik kami.
Nampak hotel ni agak 'old' sikit..tapi tuk rate kami dapat tu berbaloi la....cuba kire kalau bahagi 4 hahahaheavennnnnn...


Siap2 masak air dan buka bekal.... oh yer ni kawasan almari berhadapan toilet.


Bilik ni boleh muat 5-6orang. Pandai2 adjust nak parking tido mana..tapi selesa la tuk 4 orang, sebab ada 1 queen bed, 1single bed yang ada tarik2 bawah tu ada bed lagi + 1 sofa bed.

Apa lagi jommmmm layan bekal....
Lepas tu hujan...jadi semua pengsan....malam tu kami ke Taiping mencari tempat berhibur, laayan kawan kami nak lepas gian melalak. Lalu Plus dalam 15minit..masuk2 dalam Taiping sesat..dalam 20minit...Hahaha
Pusing2 punya pusing akhirnya kami tiba ki Taiping Sentral. Jumpa KBOX..karok la...












Dikira bilik ...kami 4 orang muat bilik kecil RM24/jam. Kami ambil 2 jam.


Pilih2 lagu... 

Masa melalak...ni memang kaki karokkkk
 Lepas tu kami kelaparan makan kat Mamak Pelita kat TS tu..pastu drive balik ke LT .. sampai ke bilik ...terus bedebummmmmmmmmmmm ...zzz sambil layan TV & game..

K esok nak berendam...nantikan Day 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...