Tak ingat la masa tu kenapa tapi yang pasti hari bekerja tu adalah hari cuti, tengok2 tv dipagi hari terpandang ada MHI kot siarkan akan ada travel night fair di Icity Shah Alam. dan pada tarikh tersebut makanya kamike sana untuk meninjau2 percutian terbaik yang ditawarkan. Ni ala2 Matta fair tapi hanya untuk dalam Malaysia sahaja.
Semua gara2 berpakat nak bercuti bersama dengan rakan opis sebab tak dapat cuti sama ke Beijing pada Oktober haritu. Mereka ke Beijing kami ke GoldCoast. Maka akhirnya kami membeli vaucer themepark & hotel di BMLTR ni. Dah pakat2 akhirnya kami beli untuk 4orang sahaja.
Kami dapat stay di LT hotel dengan rate RM150/day & tiket themepark hanya RM20/badan.
Jimat banyak wo!!!...kalau tak merempan gak harganya almaklum musim cuti sekolah, jadi apa2 check2 la budget untuk themepark & accomodation, kalau bertuah mungkin boleh dapat harga & pakej promosi.
Pada awalnya kami bercadang nak berjimba pada 12nov sebelum waktu cuti sekolah, orang tak ramai sangat. Tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan maka kami pinda ke 10dec, kami berpakat pilih yang ada extend cuti isnin...hahaha...cuti lebih panjang lebih meriah...
kami mulakan perjalanan kira2 jam 10.30pagi, aim baik2 je sampai sana terus boleh check in. Dalam perjalanan kami makan rambutan & sandwich gebu. Nanti resepi kami share sama kalau teringat..hahaha. Harap2 ingatlah. Rakan kami pula dah siap2 masak kari daging dengan nasi impit...pergh....rasa nak tekan minyak 200km/j nak cepat sampai sebab tak sabar nak makan dah. (Mimpi jerk la kete ko nak terbang selaju tu...hahaha)
Kira2 jam 2 petang kami tiba di LT, senang jer cari LT ni. Cari Exit BUKIT MERAH kalau guna Plus Highway, kuar tol simpang 3 ambik kanan. Depan sikit je dah nampak sebelah kiri kalian..meronta2 tak sabar dah ni. Gaya macam nak berendam harini juga kononnya.
Masa tu senyap gak parking, mana tak nya orang lain sedang syok berendam. Apa2 kite check in dulu..
Pintu masuk utama themepark!!
Itu dia LT hotel.......
Sempat posing sementara geng uruskan check in...
20minit kena tunggu mereka sediakan bilik sebab ada yang lambat check-out.. akhirnya........bilik kami.
Nampak hotel ni agak 'old' sikit..tapi tuk rate kami dapat tu berbaloi la....cuba kire kalau bahagi 4 hahahaheavennnnnn...
Siap2 masak air dan buka bekal.... oh yer ni kawasan almari berhadapan toilet.
Bilik ni boleh muat 5-6orang. Pandai2 adjust nak parking tido mana..tapi selesa la tuk 4 orang, sebab ada 1 queen bed, 1single bed yang ada tarik2 bawah tu ada bed lagi + 1 sofa bed.
Apa lagi jommmmm layan bekal....
Lepas tu hujan...jadi semua pengsan....malam tu kami ke Taiping mencari tempat berhibur, laayan kawan kami nak lepas gian melalak. Lalu Plus dalam 15minit..masuk2 dalam Taiping sesat..dalam 20minit...Hahaha
Pusing2 punya pusing akhirnya kami tiba ki Taiping Sentral. Jumpa KBOX..karok la...
Dikira bilik ...kami 4 orang muat bilik kecil RM24/jam. Kami ambil 2 jam.
Pilih2 lagu...
Masa melalak...ni memang kaki karokkkk
Lepas tu kami kelaparan makan kat Mamak Pelita kat TS tu..pastu drive balik ke LT .. sampai ke bilik ...terus bedebummmmmmmmmmmm ...zzz sambil layan TV & game..K esok nak berendam...nantikan Day 2
No comments:
Post a Comment