meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

09 April, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 1

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
SUBANG-LCCT-MEDAN

Jumaat 2hb Mac 2012

Kira2 bulan 10 tahun lepas, kami berpakat nak aturkan family trip macam awal tahun 2011. Kali ni kami merancang untuk ke Bandung. Tapi setelah dipertimbangkan akan tambangnya. Maka kami pakat ke Medan. Tambahan pula Airasia ada membuat promosi untuk ke Medan dan mengambil kira faktor nak melawat tasik yang unik, Danau toba. Maka dengan berkat kesabaran dan kerja sama kami dapat book tiket dengan rate 1 trip RM 33 sahaja seorang, tapi budak2 kecik RM50. lagi mahal dari dewasa cettt...  masa kami book tu faham2 je la kalau Air asia buat promosi. Berhempas pulas la. Login guna 2 pc, dan akhirnya kami berjaya.

Bulan Mac sudah pun tiba, dan setelah sekian lama dirancang tibalah masanya untuk family trip kami. Namun ada beberapa perubahan. Dan yang paling ketara adalah pengurangan jumlah ahli rombongan. Asalnya kami akan pergi seramai 12orang dewasa dan 3 kanak2. Tetapi atas sebab2 tertentu akhirnya hanya 7orang yang pergi. Apapun ianya tetap trip yang terbaik dan berjalan dengan lancar.

Aktiviti kelam kabut kami bermula masa hari Jumaat. Harini kami dah mula bercuti kerja, sebab dari awal pagi ni kami dah mulakan pelbagai persiapan. Beg pakaian hampir 85% dah kemas awal, jadi tak da la susah sangat. Kami juga dah merancang bawa pakaian yang memang akan dipakai sahaja, kalau dulu mana yang agak2 nak pakai pun kami bawa. Sudahnya berat beg, membazir je. Kali ni kami insaf dah. Ternyata terkejut dengan muatan luggage kali ni, nyata hampir kosong beg tarik kami. Aktiviti bermula awal pagi kami kemas rumah, ikut rancangan jam 12 hantar kucing ke pet boarding. Nasib la sekarang dah jumpa pet boarding dekat je, kat Saujana Putra. Pastu kami nak ke money changer tukar lagi sikit sebab adik cik yan minta tolong tukarkan. Ambik family dan bergerak ke LCCT jam 430 petang.

Seperti biasa apa yang dirancang tak selalunya berjalan lancar. Kami akhirnya siap kemas rumah jam 12, dan dah siap2 nak ke pet boarding. Tup2 dapat tahu yang family cik yan masih di Tangkak, sedangkan mereka naik bas kira2 jam 9pagi lagi. Aku punye la blur pikir takut tak sempat nak kejar airport transfer jam 430 petang nanti sampai kan masa nak ambik tiket tol kat tol booth terlepas main terus jer. Masa tu cik yan tengah bising2 kat adik dia bas lambat..padahal kul 9pagi dah gerak dah. Wat malu je……terpaksa la dengan selamba je park tepi, berlari ke tol booth dan minta tiket tol. Dengan selamba juga la cakap ‘sorry.pikiran saya ke tempat lain’. Akak booth tu tengok pelik je. Rupanya mereka dah dekat juga dah di negeri 9 dah..lega..fuh!!. Dan akhirnya selamat hantar kucing. On the way balik ke rumah tu dah siap2 call family liza minta turun kat hentian USJ je tak payah la ambil sampai ke Shah Alam. Dan dalam masa sama kami ke money changer dulu tukar duit. Tapi hari jumaat tutup pulak, owner bersolat. Jadi kami pergi pickup family liza dari Batu Pahat dah pun tiba di hentian tu. Mereka dibawa ke rumah. Sementara menunggu yang lain, mak dan abang nak ke melepak mamak kedai mamak dulu ....sapedek. 

Akhirnya jam 215petang family yan tiba. Tapi malangnya kena ambik kat Shah Alam sebab bus driver tak nak berhentikan mereka kat hentian USJ tu. Terpaksa la berkejar ke Shah Alam. Sampai je di hentian mereka telah pun tiba di sana,  ambil je mereka dan hantar ke rumah. Ada plak nak kena pergi ke Giant nak setle bil & nak beli kasut pulak. Sampai sudahnya jam 4petang tiba rumah, tanpa kami sempat makan sarapan & lunch. Laparnya tuhan je tahu..cewah. Orang airport transfer pun dah tiba, bagusnya awal!!..sementara yang lain isi2 barang dan settlekan payment, kami bersiap cincai je dan bertolak. 

rupa resit booking airport transfer
cari kat mudah.my jerk...settle

Masa dalam van tu terasa macam join explorerace je…letih sangat. Jam 530 petang kami tiba di LCCT.

Setiba di LCCT ni , apalagi cari la tempat berehat2 sementara menunggu lama lagi la kan nak berlepas. Biasala internationalkan 3jam. Keras la punggung tunggu. Sementara tu kami makan2 kat Marrybrown tu almaklum lapar dah dari tadi tak sempat nak isi perut. Dan tika itulah baru la teringat tak check-in online lagi. Nasib la sekarang boleh buat online je. Dan disebabkan kami ada bawa sekali notebook maka senang la, cucuk broadband settle. Tapi bila nak print boading pass mula la gelabah bile terperasan yang 1 group tu tak dapat barcode, nak scan macam mana (rupanya salah masukkan No. Hp, bukan salah apa …lupa letak +6 depan no.hp). Tapi semuanya settle bila pergi mengadu nasib kat kaunter Airasia. Dapat je print boarding pass, kami bersiap2 pilih mana beg nak letak kat perut kapal, mana nak angkut atas (almaklum takut lebih muatan). Akhirnya dengan 45kg semua dapat masuk kecuali 1 beg tarik (yang memang kami dah pilih awal2 tuk bawa naik kalau perkara macam ni berlaku).

Tips : disebabkan ada beberapa muatan diletak atas nama orang yang tak pergi, jadi sekali burn la tak dapat nak guna, since orang punya nama tak ada. Maka tak dapat la nak guna muatan tu. Pasni beli luggage lebih sikit atas nama orang yang 110% akan pergi, jadi tak la rugi sangat bila ada yang tarik diri.

Kira2 sejam sebelum berlepas kami dah pun masuk ke tempat menunggu. Alhamdulillah, tak delay, on time je. Kami berlepas jam 9malam dengan selamat (kalau tak selamat macam ne nak taip cerita basi ni..he3). Kire2 50minit aku membuta atas flight tu kami pun mendarat di Polonia Airport, Medan. Waktu tempatan disini lewat 1 jam dari Malaysia. Sila siap2 isi detail untuk kad masuk yang diberi oleh flight crew yang ganteng2 tu (sempat cuci mata sebelum turun flight tuh…he3). Dokumen tu kira macam bukti kemasukan korang ke negara mereka la, kalau jadi apa2 boleh kesan la korang ada kat sana kot (kot?? Sebab tak surelah..he3). Dokumen tu akan diserahkan pada pegawai imigrsen di airport nanti. Polonia Airport ni kecil je dan tak sibuk langsung.

Sampai sana dah pesan kat family masing2 semua buat sendiri yeee…ambik beg ke troli ke hapa ke. Sebab kalau orang2 kat situ bantu tu boleh je terima. Tapi jangan lupa la hulur pengerasnya. Memang terbukti ramai orang2 yang menanti nak tolong bawakan beg kita tu. Kat sini adik cik Yan yang comel tu kene usha baik punye dengan bapak2 di kaunter imigresen. Nasib dia sempoi, tak payah kite nak beriya2 cover2 tuk dia. Sendiri boleh settle. Kami plak sibuk uruskan beg2.


Selesai je ambik semua beg2 kami pun menunggu la pengangkutan yang kami dah booking dari hotel kami menginap (kami dah book 2 hari sebelum pergi dengan guna email & call). Tapi malang sampai 30 minit tunggu tak tiba. Nak call tak jumpa public fon (kalau jumpa pun mana ada coin kan) . Tak tahu la wujud ke tak public fon kat airport tu, jadi kami pun mula la meramah mesra tanya teksi2 kat situ. Setelah dibincang2 mereka bagi harga rp140k untuk 2 kereta, dah tawar tak bagi kurang plak. Tapi tak mengapalah dan tanpa pikir panjang kami pun setuju, sebab masa booking airport transfer dengan hotel pun rate yang sama kami dapat, jadi tak rugi apa2.

Dalam kereta sempat borak dengan pak supir. Tanya pasal simkad apa murah & berbaloi kalau nak call2 ni. Mereka cadangkan guna ‘simpati’. Sampai dihotel mereka offer nak bawa kami pergi makan nasi padang kat ‘GARUDA’ yang glamour tu. Mereka minta charge tambahan rp50k tuk 1 kereta. Servis mereka termasuk hantar kami makan, mereka tunggu dan mereka hantar kami balik hotel. Berbaloi la kan, tak payah susah2 dah pikir. Hanya perlu makan sampai kenyang sebab dah lapar sangat2. Lagi 1 faktor kami setuju selain rasa berbaloi tu sebab malas nak pikir mana nak cari tempat makan berdekatan (sebab area hotel tu dah gelap dan tak ternampak plak kedai makan). Maka kami pun setuju.

Kami menginap di Hotel Swiss Bel International, Jalan Surabaya, Medan. Kira2 15minit sahaja dari airport tu. Bila cakap dengan supir ni mereka keliru sebab ada 1 lagi hotel yang nama lebih kurang sama.Tapi lagi high class. Bila kami kata Jalan Surabaya, mereka pun kata ‘Ohhhh…swissbel’ (dengan nada bahasa indonnya). Hahaha..pekat gitu bahasanya. Setiba di hotel, mereka tunggu kami check in dulu. Kami pun beritahu receptionist  hotel yang airport transfer kami tak pickup kami di airport, mereka kata ada sedikit masalah. Kami pun tak kisah la asalkan jangan masukkan charge transfer tu dalam akaun kami sudah. 


sempat posing dulu....mas tak masuk sebab dia tukang ambik gambar
ini yang menarik perhatian aku....cantek & unik wall deco nyer
sempat gak tu snap keadaan hotel tu

Selesai je masukkan barang2 dalam bilik. Kami pun turun semula untuk pergi makan. Kira2 15minit perjalanan kami pun tiba di restoren Garuda.



Kat sini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk. Kami duduk 2 table, Kami dah siap2 pesan kat ahli keluarga semua kalau rasa nak makan lauk tu bedal habis2san. Aku tetap nak rasa teh botol Sosro. Air nya tentula serupa teh o ais, cuma rasanya pahit2 sikit dan ada wangi macam rasa teh jasmin. Selebihnya masing2 ada order air jus la dan macam2 lagi. Kami yang lapar ni tentunya makan tanpa pandang3 orang. Bak kata orang, sedap sangat makan sampai orang lalu belakang pun tak perasan. Ni bukan kata belakang, depan mata pun aku tak nampak kot..nampak ayam goreng bumbu yang sedap sangat2 tu.







Sumpah daging dendeng & ayam goreng bumbu dia TERBAIKKK… kiteorang siap tambah lagi. Di akhir hidangan kami dihidangkan jeli & buahan2. Jeli je kami rasa buah tak ambik pun. Dan selesai makan, panggil la tuk kira. Ha hammmmmbik ko…rp 539,550 termasuk tax 10%. Malaysia pun tax baru 6% he3 (kira2 dalam rm 180 untuk 7 orang makan). Mak aku kata mahal boleh tahan. Tapi kalau tengokkan lauk2 nya mak aku pun puas hati, memang la bersesuaian dengan harganya. Kami pun memang dah agak lebih kurang macam tu sebab senior tempat kami bekerja pun kata makan agak mahal di Medan ni. Tapi memang berbaloi dan berpuas hati.


Selesai makan kami pun gerak ke hotel. Mandi2, rehat2 dan niat nak tidur je. Sekali time nak charge hp & kamera. Tengok plug point tak sama macam kite. Pergi la turun ke ‘macan mart’ (macan = harimau) kira macam 7e la kat hotel ni.  


Warna kedai ni macam Maybank kan? kan?... jangan korang berkejaran nak cucuk duit kat Atm kat sini. Memang hampa la...hahaha


ini jela gambar macam mart yang aku ada...yang depan tu macan pink!!..macan kiut!!..hahaha
Adaptor ni harga rp10k. kami beli 1 bilik 1 adaptor. Jadi gilirkan dalam bilik tu nak charge gadget masing2. Dalam pada tu kami mencari simcard sebab nak contact orang transport tuk esok. Kami dah book dengan homestay kami di Danau Toba.Mencari simcard ‘simpati’ tapi takda. Yang ada cuma ‘XL” jadi boleh je la. Harga rp 10k je. Ingatkan ada topup dah. Rupanya nak call2 takleh. Kene topup rp100k lagi baru leh guna. Sekali boleh ber ‘bb-an’ lagi. Cewah ..bahasa indon gitu.. 1 fon je kami pasang no indon, lain2 pakai no. Malaysia je. 1 no. ni buat contact supir dan sebagainya. murah!!. 


Sementara tu sempat pula la adik cik Yan beli 2 maggi cup jenama indon. Seperti diketahui maggi2 mereka banyak pilihan dan macam2 brand. Ternyata sedap2 belaka. (bila balik Malaysia, cari2 kat tempat2 maggi, nyata hampa…tak da dah…dapat rasa kat sana je la jawabnya). Jadi kalau korang nak merasa maggi indon ni, sila rasa sepuas2nya. Balik Malaysia tak da dah, ada yang famous2 tu je.

Tips: bawa la extension wire yang banyak2 plug tu. (anda fahamkan apa untungnya bawa benda ni)

suis ni moden sangat..
terbalik plak...ni masa on klu off sebaliknya la kan...
beza dengan suis kat rumah kiteorang..
nampak tu plug point nyer lain...

MAJOR EXPENSES untuk harini:-
Airport transfer - subang jaya - lcct =RM 50 (deposit) + RM80
Airport transfer polonia - hotel - pergi makan - hotel = RP140k + RP100k (2 kereta)
Makan di garuda restoren =RP539,550 (7 orang)
Topup = RP10k + RP 100k
Adaptor = RP10k seketul
Lain2, biasa2 je. sendiri guna/makan sendiri tanggung :-)

Ok la selamat malam semua. Esok sambung cerita basi kami bergerak ke Danau Toba.

1 comment:

  1. setelah saya baca artikel ini kok perut saya jadi lapar ya. artikel yang bagus. saya tertarik dengan ide dan masakan anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...