Kali ni nak update citer lapuk trip Medan DanauToba berbulan lepas...maaf la biasa la trip2 punya update selalu diabaikan sebab terlalu panang.
Day 1 korang boleh baca kat sini . Kita sambung Day 2 ye :-)
Trip medan
2hb – 6hb mac 2012
MEDAN-BERASTAGI-SIMARJARUNJUNG-TIGARAS-TUKTUK(SAMOSIR ISLAND)
Sabtu 3hb
Mac 2012
Seawal 5pagi kami
dah mula bangun. Tapi ada je yang terlambat kan . Jadi sementara tunggu yang lain siap, kami
bersarapan dulu, jam 6 dah mula start buka dah cafe. Ada bubur la macam2 la sedap2…betul2 celik
mata. Sementara tu dah contact driver dan janji jam 8 nak gerak. Kami pun
check-out. Dan lebih kurang jam 8 tu
kami pun jumpa dan berkenalan dengan driver, Mas Ardi. Kami pun mulakan
perjalanan ke Danau Toba.
menu yang pelbagai.....yum3 |
cafe & lobby hotel |
Awal2 kami dah bagi
tahu yang kami nak shoping barang2 nak masak kat homestay. Jadi kami di bawa
tuk shoping kat kedai ‘groceir’ dan pasar. Kedai runcit kat sini pelik2.
Barang2 pun ala kadar je, yang basic2 je ada. Kami beli beras Rp9k/kg, Telur
10biji Rp10k, minyak masak, sardin & sabun Daia (konon nak mencuci baju
nanti sebab kami bawa baju sikit je). Lain2 barang aku lupa berapa harga. Kami
shoping bawang, cili, halia & limau tuk wat tomyam baru Rp5k je. Murah
bangat!!!
syampu peket2.... |
lupa dah ni buah apa...rupa macam buah cinta kat cameron jek.. |
Apa aku boleh
katakan Medan = kota hon !..memanjang hon tak senyap
langsung. Maka tepatla keputusan aku mintak je tour guide yang drive. Kalau
drive sendiri memang tak bergerakla ko kat situ. Cara pemanduan mereka pelik
sangat tapi respek la semua berhati2 dan tak pentingkan diri sendiri. Motor
main lintas je sana sini. Kami diberitahu oleh driver yang kat sini memang
macam tu, kalau tercegat lama2 kat situ tak bergerak2. nanti kene marah dengan
polis bak katanya “kamu ini bikin sesak saja!!”. Ada pulak macam tu ye.
Macam2 ragam aku nampak kat kota Medan ni.
Kami pun teruskan perjalanan ke Berastagi. Dalam perjalanan van rosak pulak. Berhenti kat tengah jalan, dah la bukit & selekoh. Risau juga kot2 kene tunggu lama. Tapi diaorang kat sana memang membantu kot. Terus je panggil2 sapa2 yang ada lalu lalang tu minta bantuan. Terus mereka tolak2 sekejap tu hidup dan kami teruskan perjalanan. Kira2 jam 11 pagi kami tiba di satu kawasan ada jual durian, driver offer nak tak rasa. Kami pun pikir2 dah lama terperap dalam van kami pun nak regangkan otot2, jadi kami mencuba durian tu. Durian sejuk macam masuk petiais. Almaklum kawasan tanah tinggi. 1 biji Rp25k je.
bisnes koko.. 1st time tengok orang bersihkan biji koko. |
ada maggis jugak.. |
Dan ini lah yang kita perlukan untuk betul2 meregangkan otot perut di pagi hari...hahahaha |
Sempat ke tandas sekejap. Air sejuk bukan main...beku tuttttt!!. Di kawasan tu ada air terjun dan diberitahu banyak orang2 tempatan mereka ke sana mandi2. Terpikir mesti mandi air terjun macam mandi ais.
Kawasan ni banyak jual strawberry, buah2, arnab2, baju2, telekong dan macam2 lagi. Aku beli buah salak 5kg, strawbery 3peket baru Rp100k. Taktik kotor tumpang beli kat mak, jadi dia bayar aku mintak je sikit wat rasa2..kah3
mulut sakan kembung merasa buah.... aku rasa gak buah markisa...tapi memang bukan pilihan aku |
macam2 buah ada..... |
sempat beli sayur dulu...nanti boleh amsak tomyam! |
Taktik penjual kat
sini diberitahu oleh driver. Bila penjual buka harga selalunya 2kali ganda dari
harga asal. Jadi terus tawar 50%. Nanti kalau di minta tambah sikit. Tambah
sikit. Tapi syaratnya kalau memang nak tawar tu biarla berpada2 dan yang
penting berbaloi juga untuk kita. Lagi 1 kadang2 mereka tawarkan kita bayar
dalam RM. Jadi pandai2 la kira. Kadang lebih murah, kadang lebih mahal.
Contohnya mak aku nak beli baju tu mereka buka harga Rp180k. Aku kata mahal,
baju macam tu takkan dekat RM70 kot sepasang, last2 mereka bagi Rp150k=+-Rm50.
Tiba2 mereka kata ala kira wang Malaysia Rm35 la sepasang. Segera aku capai
kalkulator dah terus bisik kat mak, jangan banyak tanya dah bayar je RM35 tu.
Ha kan jimat….
Tapi ada juga yang
kadang ditawarkan RM bila mintak banyak jadi nak diskaun mereka kata dalam Rp.
Ha… selamat la mengira2 la ya. Contoh
masa kat pasar ikan, abg aku nak beli beg
tu 1 mereka jual Rm5 kalau beli 5 Rp100k. Hapa kah???? Beli 1 Rm5 ..beli
5 jadi dekat Rm 7. Kaki kelentong!! Jadi bayarla RM je. Jimat…
Kat Berastagi ni la cik
Yan beli telekong dapat Rp250k tuk 2 helai, Kainnya lembut dan cantik, cotton
silk lagi. (masa kat medan kami tengok jenis yang sama macam tu dibuka harga
Rp280k sepasang, maknanya lagi murah di Berastagi)
Kat Berastagi ni ada
kuda, sapa2 berminat nak naik boleh la. Kami tak naik pun, jadi kalau tanya
harga kami tak tahu sebab tak tanya pun.
Lebih kurang 40minit
kat situ kami bergerak lagi meneruskan perjalanan.
Kat sini banyak warga kristian, jadi ada sepanjang perjalanan boleh nampak papantanda B1B2. Kami yang terpingga2 ni mula tanya supir (driver) apa tu B1B2?. Dia kata tu adalah kedai jual daging anji** & b*bi...oooooo melopong kiteorang.
TORA B*bi panggang...........gung2 oink2 hahaha |
jual ayam |
Terakhir......korang hadoooooo rempit rupa gini!!
Perjalanan hari ke 2 part tu aku sambung kemudian...korang mengantuk karang baca cerita panjang2.
No comments:
Post a Comment