Masih ingat lagi tak kami cerita kami dapat duit bekal dari Celcom, khas untuk peserta sahaja ye. Oleh yang demikian kami pun pergilah menjelajah Lower Ground level Empire Subang ni mencari2 tempat sesuai nak mengisi perut yang lapar.
Sebenarnya kami agak biasa di sini. Beberapa kedai makan kami dah cuba termasuk Nyonya Colors ni. Kali ni kami nak sarapan sekali lunch, jadi nak makanan berat sikit dan inilah tempatnya.
Bertempat ni LG29, Empire Subang kedai Nyonya Colors. Certified halal ye..
gambar pinjam dari ivyaiwei |
Kami order meehon siam & rendang ayam (RM9.80), roti jala & ayam kari (RM9.80), cucur udang (RM2.40) dan air teh tarik panas (RM2.80) dan teh ais (RM3.20). Total RM 29.70 termasuk service charge & tax. Syukur dah kenyang, makanan pun sedap2 belaka. Ayam kari nyonya style ni sesuai bebenar di makan dengan roti jala tu. Lemak2 karinya dan ada manis2 sikit. Makanan & air sedap2 belaka, harga je ada umppph sikit. Tapi masih in budget sebab Celcom bagi kami RM50. HEHEHE
Boleh check website mereka untuk lebih info & harga.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment