Selesai makan2 seafood di Tanjung Lumpur, keesokkan paginya kami checkout hotel dan menuju ke Kemaman. Perjalanan kira2 sejam dari Kuantan melalui Berserah untuk pickup seorang lagi rakan kami. Laluan di kawasan bertanah merah memang buatkan kereta oren bertukar merah...Hahaha..sampai ke harini tak basuh2...sah2 pemalas
Lebih kurang jam 11pagi kami tiba di Kedai Kopi Hai Peng berdekatan Hospital. Awalnya pergi untuk sarapan tapi sedah cecah ke tengahari..maka bakal santap berat la.
Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu
No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com
Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.
Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu
No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com
Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.
Kami order pelbagai menu nak merasa2 dan tak lupa tentu Kopinya. Sebelum menu yang kami order tiba sempat jelajah ke bahagian tengah kedai untuk melihat2 menu2 bungkusan kecil yang tersedia. Kami pun ambil pelbagai menu, merasa katanya ; -) kami ambil mee goreng 2bungkus, meehon goreng 1 bungkus, nasi lemak 1bungkus, charkoi 1 dan nasi dagang 1bungkus.
Menu utama kami order roti apa ntah dengan special curry(lupa nama menu), roti kaya bakar, tuna sandwich & kentang goreng.
Kami bernasib baik dapat duduk di bahagian luar yang ada meja panjang. Bayangkan sekali menu sampai terlebih2 meja. nasib baik pakcik sebelah baik sangat dan ramah. Maafkan kami ye pakcik tumpang meja ye... :-)
Total Rm 15/person (tuang2 sama rata je). Oh ye ini termasuk bungkus kopi/latte untuk seorang satu.
Selamat mencuba
P/s: kalau datang hari ahad tu sila ingat bayar parking. Mereka kan bercuti Jumaat & Sabtu. Ahad umpama Isnin. Jangan senasib kami nanti tak pasal kene saman. Nasib baik RM10 je (sebab bayar on the spot dapat RM5 je)..lega
No comments:
Post a Comment