Hye.....bertemu kembali..sekejap je kita dah hampir tiba ke suku pertama terakhir tahun 2013, masa berlalu pantas. Kami pun dah mula2 buat research untuk trip kami tak lama lagi.
Kali ni nak story putu bambu glamour ni, selama ni lalu2 ayer hitam ni hanya lalu je jeling2 tepi simpang traffic light ayer hitam tu sebab ramai orang beratur beli putu bambu. Namun tak pernah singgah dan cuba.
Lokasinya di simpang 4 traffic light Ayer Hitam menghala ke tol Plus Ayer Hitam. Kalau keluar dari tol Ayer Hitam tu menghala ke kiri (Batu Pahat). Simpang 4 traffic light pertama sila pandang ke kanan, anda boleh nampak dah gerai2 ni.
Cuti raya Cina yang lepas sempat singgah masa nak pergi ke air terjun Bekok, segamat. Kisah air terjun ni nanti update kemudian. Akhirnya dapat juga mencuba....memang sedap..gulanya ada 2 lapis. Yang membeli memang tak berhenti2 dan katanya putu bambu feberet kerabat Johor. Tak sempat nak snap gambar ni sebab hujan masa beli. Jadi ni sumbangan gambar dari blog2 lain. Harga RM2.50/6pcs. Boleh kata sepanjang masa beratur panjang macam gambar ni lah menunggu turn.
sumber gambar |
Oleh kerana di Bekok hujan maka kami balik awal. Dan hujan2 tentulah laparkan, maka dalam perjalanan balik kami sekeluarga ke tempat jual putu bambu ni. Kali ni kami makan2 kat gerai2 kat kawasan tu. Ada beberapa gerai dan sangatlah ramai orang. Almaklum musim bercuti ditambah pula hujan lebat. Kami sekeluarga mencuba soto ayam siap ada bergedil besar sangat. Yang ni sempat tagkap gambar....
dapat bayangkan tak bertapa besar bergedil tu?
SELAMAT MENCUBA
Uiii sedapnya tengok putu bambu nih...lama tak makan
ReplyDeletemmg best putu bambu ni. kami pun pekena 1st time masa cuti CNY lepas. kalau pi area ayer hitam WAJIB singgah dan beli!!!
ReplyDeleteMemang x menyesal!! Memang sedaaap sgt!!!
TERBAIK KAN.. :-)
ReplyDelete