meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

27 February, 2013

LONTONG, TAMAN RONA, PARIT RAJA, BATU PAHAT

Musim cuti perayaan Raya Cina yang lepas dimanfaatkan dengan bercuti di kampung. Dalam pada pergi membeli barang untuk jualan kedai runcit. Sempat pergi makan di 1 gerai makan di kawasan Taman Rona ni. 
Lupa pula nak snap nama kedai. Tapi lokasi di deretan2 gerai2 makan di jalan masuk ke Taman Rona ni.

Perasaan lama tak menikmati lontong dilangsaikan di kedai ni. Sangat berpuas hati dan murah!...



Sedap woooooooooooooooooooo.........

25 February, 2013

HOMETOWN HAINAN COFEE, USJ 21 SUBANG JAYA (REPEAT)

Bila waktu bekerja tentukan mana kedai makan dekat dengn opis tu la kita tuju. Hometown Hainan Coffee antara tempat lunch yang agak menarik, depan opis je jalan kaki tiba la...

Kali ni cubaan chicken burger dan curry mee & sliced chicken...bugernya berlapis2 tinggi menggunung dan mee kari dia memang terbaik. Antara makanan kegemaran bila berkunjung ke sini. Burger dia pulak ayam dia bukan patty ayam tu tapi lebih kepada macam zinger burger, maksudnya daging tu real daging ayam. bukan ayam2 kisar tu. Faham ke maksudnya tu...

Kalau rasa makan mee kari selalu meningkatkan kolestrol kalian. Boleh selang seli dengan mee sup & pouched chicken ( macam ayam stim la). Supnya ringan je & memang banyak serta sangat2 menyihatkan dan sedap.


chicken burger


curry mee & sliced chicken
ada tahu kembang kegemaran..hehehe

Maaf tak da gambar chicken pouched tu...tak bawa camera/handphone masa tu. Maybe lain kali kita tunjukkan gambar pula.

P/s: kat sini tak da goverment tax....hanya ada service charge je 10%..jimat tu

SELAMAT MENCUBA

22 February, 2013

1977 IPOH CHICKEN RICE, USJ 9 SUBANG JAYA

Kami selalu singgah depan restoren ni sebab nak pergi bank Cimb depan tu. Selama ni pandang2 je, baru hari ni dapat juga mencuba. Ingatkan kedai nasi ayam cina tapi bila nampak logo halal tu terus serang.

No.32, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, 
(depan CIMB BANK)
Tel : +603 - 8023 0725


Suasana restoren



Antara menu2 yang ada...semangat snap tuk korang tengok..
tapi ada sesetengah menu ikut masa, ada lunch je ada malam tak da. 
(maaf la gambar kelabu asap sikit)







Ni buku menu lagi 1...
banyak nya menu rambang mata nak pilih

ada set woooooooooo
KETAM!!!






Yang kami order...simple je
 RM5.50
RM2.50
tambahan RM2.60 (besar2 ball ni)
Rm7.90
Kalau datang ramai2 boleh cuba menu2 set yang ada ikan & macam2 lagi tu...
Makan besar la katakan. malam tu ramai yang makan besar, almaklum dah gaji hahaha

Selamat Mencuba....



20 February, 2013

OLD TOWN WHITE COFFEE, BANDAR PUCHONG JAYA

Macam biasala time lunch mana kedai yang serve cepat situla kita tuju. Takda masa nak tunggu lama2.
Kali nak ke Puchong cari barang kat kawasan sana. Jadi hanya singgah makan di kedai2 berdekatan kedai barang kita nak beli tu je la....

Kami singgah di Old Town White Coffee dan makan ni je...simple dan pantas!! jadi tak la masuk lewat opis. Hari tu dah cuba menu lain.



Selamat mencuba...mana2 cawangan ada serve menu ni..



18 February, 2013

PAK LI RECIPES 2nd round

Rujuk entry kami yang terdahulu tentang kedai makan ni.

Kini kami kembali mengisi perut di sini lagi, dengan mencuba menu yang berlainan.


kami cuba
spageti bolognese,
set asam fish,
sandwich egg mayo
dan
jelly mangga

Semua sedap belaka..terutama jelly mangga tu...ada benda bulat2 kecil2 tu meletus2 kena kunyah.

15 February, 2013

JOHNNY'S RESTAURANT, SUMMIT USJ

Rupanya selama ni belum pernah update pasal steamboat ni. Cari2 tak jumpa plak cerita pasal restoren ni dalam blog sendiri. Mesti tercicir. Kalau korang terjumpa tu maaf la ye siaran ulangan (macam biasa). Tapi tadi cari2 memang tak ternampak.

Lokasi restoren Johnny's ni di Lot 53, summit USJ, Subang Jaya. Boleh juga order yang tak steamboat, tapi yang popular kat sini tentulah steamboat. Nak tahu apa menu yang ada kat sini boleh klik sini.

Kali ni kami bersteamboat je tanpa order tambahan nasi goreng. Cadangan korang boleh mencuba golden mushroom rice & ginger rice. Tapi kami tambah bahan steamboat. Suka noodle fish tu, sampaikan  order 2 bekas gituuuu :-P

kami order set B dan buat beberapa tambahan bahan
sesi memanaskan sup
ada ditawarkan chicken sup.
Tapi kalau nak tomyam kena tambah RM10

sos mereka ni sangat2 la sedap...selalu bertambah2 sos ni
sudah sampai set kami
kali ni kami tak buat tambahan menu nasi goreng atau lain2.
Kami hanya tambah bahan steamboat je
dalam ni ada gula kabung & isi nangka
ini memang sedap...rasa macam minum aiskrim
(dicadangkan jangan order air kelapa kat sini,
 sebab kelapa dia comel sangat macam tak puas je minum)
Kos dalam RM 55-60 mungkin. Resit hilang..sorry
Selamat mencuba...

13 February, 2013

TONY ROMA'S SETIA CITY MALL



Bulan ni dijangka adalah bulan makan besar. Dengan majlis dinner company ditambah pula kenaikan pangkat manager kami dan rakan2 kerja di site. Dan tak kurang juga dengan kelebihan jumlah RM $ dalam akaun rakan2 kerja kami yang lain. Maka dapatlah kami merasa makanan yang dibelanja oleh rakan2 kerja ni. Terima kasih la bos bagi bonus yang elok2 belaka kat rakan2 kami, dapat juga kami ni tumpang merasa.

Kami ke Tony Roma's Setia City Mall. Sebenarnya ada juga TGIF di sana. Tapi pada kami di sini lebih berbaloi dan makanannya lebih pelbagai (walaupun orang belanja, tetap kena bijak memilih.he3)

Dan menurut rekod2 kami yang lalu sudah beberapa kali kami pergi ke TR ni tapi di tempat yang berbeza lah. Boleh baca di sini dan sini

Ada pelbagai menu. Antara yang kami order adalah:-

STEAK & WILD MUSHROOM FLATBREAD
(menu starter kami)
BEEF SHORT RIB
(Pilihan Yan si penggemar daging)
Pilihan liza tetap seafood lagilah kalau ada salmon
(gambar website TR, entah kenapa kami tak snap gambar menu ni)
BEEF RIB SAMPLER
(Bak kata rakan kami, kenalah merasa daging kat tempat macam ni, apa barang ikan2)
KICKING SHRIMP
(pilihan kami semenjak azali....ianya memang sangat2 sedap)
CEASAR SALAD + SALMON GRILLED
(ada pilihan nak ayam atau ikan, Liza tentu pilih ikan)
keseluruhan rating 4.5/5
sebab minum ais ksong je.
(pandai2lah korang pilih air ye)
Jumlah rasanya dalam Rm250 kebawah..sebab kami tak tengok bil. Pada kami amat berbaloi dengan jumlah menu yang kami order dan kualitinya.

Kicking shrimp & salad kami bawa balik lebihannya. Tak larat nak makan semua. Tiba rumah sehari kemudian licin...
TQ pada yang belanja & anda semua selamat mencuba

11 February, 2013

VITAMIN KUCING

Dulu pernah belikan mereka berdua vitamin, tapi nak paksa dia makan macam nak mendera pula. Punya la susah. Jawabnya vitamin 2 botol dermakan kucing kawan dan dia kata kucing dia makan kunyah2 je sendiri. Sakit plak hati mendengarnya. Lain 'orang' lain ragamnya, (orang tu tukar ke kucing). 

Minggu lepas berjalan2 ternampak kedai pet dan terjumpa alatan ni macam picagari ni. Sebelum ni pernah nampak di facebook ada yang jual online tapi masej kami pada penjual di facebook diabaikan, mungkin sales dia banyak jadi tak 'terlayan' kita. Di kedai pet tu bila ternampak mula la pikir berangan nak jadi doktor ( alat rupa picagari , leh main suntik2 hahaha). Dan beli la sebotol vitamin ni. Dalam RM18 je ada 100tablet. Leh la guna dalam sebulan setengah sebab ada 2 ekor kat rumah ni.


ni memang bantal kegemaran dia...
Kiki...sila makan lebih sikit supaya anda montel macam Lala
Harap mereka berdua bulu makin cantik dan sihat...




P/s dari KikiLala untuk tuan dia..sila booking appoinment untuk vacsin & deworm kami ye...Bonus kan dah masuk....

08 February, 2013

SHANGHAI NIGHT - ANNUAL DINNER COMPANY 2013

HAPPY CHINESE NEW YEAR EVERYONE!!!

Sabtu lepas company kami adakan Annual Dinner di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Tema Shanghai night, kami ni comel2 tak da nak pakai cheongsam. Maka cari kain yang biasa orang buat cheongsam tu pastu buat skirt sendiri, kasi ada tema shanghai sikit. Lain2 biasa2 je.

Majlis macam biasa la, makan2 ada persembahan dan cabutan bertuah. Dan paling best cabutan bertuah RM ribu2 tu...tapi setakat 4 tahun kerja disini, belum ada pernah bertuah lagi dapat RM$$ (bunyi kaching3....). Kalau tak boleh buat berjoli travel2.

Jom la layan gambar sikit, tak banyak sangat snap gambar...









ada 10 trip tukar hidangan tapi sempat tangkap 1 gambar je..
malam tu semua hidangan chinese food
(pada kami hidangan so - so je....tak berapa best)


Jam 1230tengah malam majlis habis dengan cabutan bertuah tertinggi Rm12+k. 
Kami gagal !!!..sob2
Tapi ada rakan kami dapat RM6k...

Apa lagi tentu2lah minta dibelanjakan.....yahooo!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...