Hye bertemu kembali, perasan tak minggu lepas banyak update. Harap2 dapat kekalkam momentum sebegitu sehingga hujung tahun. Kami akan usahakan update setiap dua hari sekali dan hanya pada hari bekerja seawal jam 830pagi. Jadi pagi2 sebelum mulakan kerja boleh la jelajah blog kami dulu cari idea untuk menjamu selera makan tengahari / malam / hujung minggu. Ataupun berjalan2 di waktu bercuti :-) Dan tugas nak update blog tak seberapa ni perlukan banyak juga pengorbanan masa. Tapi tak mengapa selagi ada kelapangan masa kami akan kongsikan info2 untuk anda.
Kali ni kopitiam berdekatan office kami ni yang akan kami review. Hometown Hainan Coffee ni baru je beberapa bulan yang lepas buka di kawasan USJ 21 ni. Lokasi No. 1, Jalan USJ 21/5, Subang Jaya 47630 Selangor. Dan ada beberapa cawangan lain yang mungkin berdekatan dengan anda.
Kalau waktu lunch kami nak makan ringan2 selalu juga ke sini sebab ada pelbagai menu2 roti. Kalau makanan berat pun banyak pilihan disini. Antara yang sedap nasi ayam hainan tu...fuh lazatnya. Pilihan sandwich pula ada wholemeal atau roti biasa.
wholemeal egg sandwich |
lum mee ( thick noodle) |
egg toast |
Selamat mencuba...
P/s: mee udang mereka pun lazat. Harga standard koptiam yang lain.
No comments:
Post a Comment