meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

29 March, 2013

VAN SARAPAN, SEKSYEN 28 SHAH ALAM



Bila pagi tentunya serabut pikir nak beli sarapan kat mana. Tapi kalau awal kami suka singgah Van jual sarapan berdekatan rumah kami ni. Macam2 menu sarapan ada. Nasi lemak, nasi berlauk, laksam, roti jala, nasi kerabu, kuih muih dan macam2 lagi. 

Kalau nak merasa laksam memang sini la tempatnya, almaklum laksam ni susah di jumpai. Harga berpatutan.

Kalau nak jimat boleh la borong tuk lunch sekali....he3

lunch yang meriah!!!.....................kan?


ha....ambil ..peta buatan sendiri..........(harap2  membantu)

Macam2 menu sarapan ada...dan tentunya pantai timurnya menu....

Selamat mencuba



27 March, 2013

RESTORAN D'ONE STEAK, SHAH ALAM



Setelah sekian lama tak melepak makan2 bersama kawan2, maka kami ke Shah Alam untuk mencuba tempat makan baru bersama geng2.

Kami ke restoran D'One steak di 24, Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7,. 40000 Shah Alam.
Ada juga di bangi (Jalan 6/7B, Seksyen 6 (Persiaran Pusat Bandar 1), Bandar Baru Bangi,)

Dah namanya Steak...tentulah hidangan utama nya steak.

sumber

Suasana kedai....




 Antara yang kami order, tapi kami tak order steak. Kami mencuba yang lain.

mushroom sup

hotdog special

chicken chop - blackpaper

chicken chop

morocco chicken rice

spagetti bolognese
Selamat mencuba


25 March, 2013

WARUNG AZIZ SATAR, KEMAMAN


Selepas membeli keropok lekor kami mencari satar pula. Lokasinya di Jalan Kuala Kemaman, Kg Geliga, Kemaman. Kedai ni glamour memang ramai sangat orang yang datang. Masa kami sampai ada sekumpulan bikers dah berkumpul nak serang. Harapan tipis ni...cepat2 kami parking & serang...

Macam2 ada....semua feberet ni....aduh....memang boleh naik angin bila naik timbang nanti ni....

macam2 pais ada..........
OOOOO..........nama tauke Aziz Bin Awang..ingatkan memang sama dengan pelakon Aziz Satar tu..he3





Punya2 cuci mata tak da orang layan kita, semua sibuk membakar...rupa2nya semua dah ditempah...

"memang melopong tak da gono.....tet tet " ( menyanyi lagu Fida & ac la jawabnya kat tepi gerai tu). Tup3 seorang pakcik datang dan tanyakan kami menuju ke mana. Kalau ke Kuala Lumpur boleh singgah 1 lagi kedai dia lepas pintu gerbang. Terus nampak2 cahaya2 sinar2 kebahagiaan.

Kami agak2 itu la tauke kedai, sebab ayat dia " singgah la kedai saya lagi 1 lepas pintu gerbang sana "...Ha sah la kot ni pakcik Aziz tu.


Selepas tauke kata suruh kami ke 1 lagi cawangan tu, dengan pantas kami pun beredar sampai terlupakan pais ikan tu...Ala.......takpelah, kot2 kat kedai lagi 1 ada nanti.

Lokasi kedai 1 lagi ni ialah bila keluar je dari pintu gerbang Kemaman, korang pandang ke kiri di deretan kedai2 yang ada kat situ. Bawa perlahan2 jangan merempit...terlajak kang.

Kami jumpa kedai ni pun selepas terlepas agak jauh dari pintu gerbang sebab tak perasankan signboard tu. Wajib u-turn juga demi nak merasa satar.





Antara keropok2 kering yang dijual disini. Macam2 jenis woooo...
Tapi melopong tang lain pulak la....pais2 ikan ke udang ke tak da kat sini........Alaaaaaaa....sob3





posing ye ko cik kak...
uli jangan tak uli kak.......
Banyak yang dah ditempah, kalau nak kena tunggu lama sikit..sob3

Satar dia memang terbaikkkkkkkkkk!! (sorry terpaksa taip banyak 'k' nak tunjukkan punyalah terbaik). Suku jalan dah lesap!!
Keropok lekor gorong dia pun perghhh lembut sungguh. Pertama kali merasa keropok lekor goreng rupa tu. Memang nikmat...

Ni rasa nak duduk Terengganu ni...hahaha

Tips:
Kalau pergi ke Pantai timur ni, elok korang sorokkan atau rosakkan timbang korang.
Kalau tak nanti korang naik angin!...hahaha

22 March, 2013

KEROPOK INTAN, KEMAMAN

Semasa kami berada di Kemaman. Selesai je bersarapan di Kedai Kopi Hai Peng, kami mulakan operasi mencari keropok lekor & satar. Oleh kerana kawan kami pernah pergi ke sini maka serahkan semuanya pada dia. Yang kami tahu berhenti kereta, turun, beli & sumbat dalam kereta.

Kali ni kami singgah sekejap di Kedai keropok Intan.

sumber
sumber
Mengikut direction diberi oleh blogger :
Lokasi kedai dari simpang utama Kampung Geliga (bersebelahan Masjid Geliga, Kemaman) drive terus sampai T junction, turn left kemudian terus dalam +-3km sehingga melepasi balai (ke pondok?) polis dan lepas tu nampak kedai ni di sebelah kiri berhadapan ngan sebuah masjid.

senyum sikit makcik2...
kitaorang nak ambik gambar ni..
Sebungkus Rm5. Kami siap beli sos lagi. Masa ni kereta dah sendat, penuh macam2. Pergi sini lain kali kena bawak kereta Hilux kot..hahaha

Balik rumah terus bedal...
Ini makan dia....hahaha

Selamat membeli kalau kesana..

20 March, 2013

SURABAYA YOGYAKARTA TRIP - INTRO



 Santapan mata dan minda kami untuk beberapa hari ni............................

1. Mount Bromo


2. Pasir Berbisik, Bromo
Pasir berbisik Bromo

Pasir berbisik Bromo

3. Savana, Bromo

4. Lumpur Lapindo

5. Kawah ijen



6. Borobudur temple

7. Merapi 

8. Prambanan temple

9. Ramayana Dance

*semua gambar dari google image....

Jumpa lagi minggu hadapan....
Tapi kami tetap tinggalkan kalian dengan update2 seperti biasa...

Doakan perjalanan kami lancar & berkesempatan melihat semua yang dirancang...

18 March, 2013

RESTORAN R&R, KUANTAN

Minggu ni masih nak bercerita kisah kedai2 makan di Kuantan. Sabtu pagi sebelum majlis wedding berlangsung kami keluar bersarapan di Restoran R&R beralamat di No. 54, Jalan Besar, Kuantan.

sumber gambar

Ada pelbagai menu sarapan, dan bila waktu tengahari akan lebih banyak lagi menu2 nya. Tapi kami datang untuk bersarapan sahaja. Sampai awal la katakan.

Antara yang kami cuba pagi tu...meh layan gambar

Laksam
Pulut kelapa & ikan kering selar kuning...best!
(nama lainnya pulut uban ke?)
nasi minyak
pulut kuning, nasi impit & rendang

Boleh tengok kat link ni juga menu2 tengahari yang blogger ni review.

Makanan sedap2 dan semestinya kami memang suka makanan sarapan pantai timur......

Selamat mencuba

15 March, 2013

KEDAI KOPI HAI PENG, KEMAMAN

Selesai makan2 seafood di Tanjung Lumpur, keesokkan paginya kami checkout hotel dan menuju ke Kemaman. Perjalanan kira2 sejam dari Kuantan melalui Berserah untuk pickup seorang lagi rakan kami. Laluan di kawasan bertanah merah memang buatkan kereta oren bertukar merah...Hahaha..sampai ke harini tak basuh2...sah2 pemalas

Lebih kurang jam 11pagi kami tiba di Kedai Kopi Hai Peng berdekatan Hospital. Awalnya pergi untuk sarapan tapi sedah cecah ke tengahari..maka bakal santap berat la.


Alamat Hai Peng Kopitiam / Kedai Kopi Hai Peng :-
3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu
No. Telefon : 09 - 859 7810
Emel : haipeng40s@yahoo.com
Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang.



Kami order pelbagai menu nak merasa2 dan tak lupa tentu Kopinya. Sebelum menu yang kami order tiba sempat jelajah ke bahagian tengah kedai untuk melihat2 menu2 bungkusan kecil yang tersedia. Kami pun ambil pelbagai menu, merasa katanya ; -)  kami ambil mee goreng 2bungkus, meehon goreng 1 bungkus, nasi lemak 1bungkus, charkoi 1 dan nasi dagang 1bungkus.

Menu utama kami order roti apa ntah dengan special curry(lupa nama menu), roti kaya bakar, tuna sandwich & kentang goreng.

Kami bernasib baik dapat duduk di bahagian luar yang ada meja panjang. Bayangkan sekali menu sampai terlebih2 meja. nasib baik pakcik sebelah baik sangat dan ramah. Maafkan kami ye pakcik tumpang meja ye... :-)









Total Rm 15/person (tuang2 sama rata je). Oh ye ini termasuk bungkus kopi/latte untuk seorang satu.

Selamat mencuba

P/s: kalau datang hari ahad tu sila ingat bayar parking. Mereka kan bercuti Jumaat & Sabtu. Ahad umpama Isnin. Jangan senasib kami nanti tak pasal kene saman. Nasib baik RM10 je (sebab bayar on the spot dapat RM5 je)..lega
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...