meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

20 February, 2012

MARKET PLACE, SUBANG PARADE FOOD COURT

Selalunya bila ke Subang Parade, time nak makan hanya terpandang kedai2 makan kat luar2 tu je kan? Tak terperasan kedai2 makan kat food court ni. Minggu lepas kami menjelajah ke dalam2 tu.

Food court ni kat LG, berdekatan Parkson. Nak masuk ke kawasan foodcourt ni cari MARKET PLACE.


Dalam ni ada beberapa kedai makan, macam2 juga la dan yang glamour2 ada JM BARIANI, SISTER's dan lain2. Kami macam biasa nak makan popia SISTER's. Masa nak order ternampak ada menu bubur. Cik Liza pun order la Bubur Seafood. Cik Yan plak pergi order nasi goreng thai kat Thai stall tu.

Kedai SISTER's
BUBUR SEAFOOD ..bubur yang licin dan sedap wooo.. RM10
mangkuk besar giler..
(suruh cik yan teka harga dia kata RM16 kot! ha kan nmpk tak bertapa besar portionnya) 
macam biasa crispy popia
air teh dia memang sedap rasa lain sikit wanggiiiii gitu
Lupa harga tapi popia +-RM6 kot
Nasi goreng thai..simple je nampak...
siap di bagi free dengan tomyam
RM8.90
selamat mencuba...

p/s: nak cuba tomyam plak next time

15 February, 2012

Doli Kuey Teow Goreng TTDI, KL

Minggu lepas kami menjelajah jalan2 cari makan, mencari char kueyteow. Kami pun merempit menuju tempat yang dikhabar2kan terbaik ni. Lebih2 lagi owner ni senior kami masa kat Uitm dulu. Maka ramailah rakan2 kami review tempat ni. Khabar dan info yang kami dapat kedai ni glamour di Taiping. Kini takperlu ke sana dah, kat TTDI pun ada dah.

Kira2 jam 5lebih kami pun tiba.


source:google image :-)  kredit pada tukang ambik gambar..ossemm pic & colour
suasana kedai...(adik tu bukan main lagi tenung)
Sempat intai kat customer sebelah tu. Nampak kering je kueyteow nye. Sekali masa order barulah perasan ia bukan char kueyteow, ianya kueyteow goreng. Patut la kering2 je.
Kira2 15minit makanan pun muncul. Lapar dah ni serang dulu yer...
Oh ya sini menu utama kueyteow gorang ada biasa (RM6) dan special (RM10), nasi ayam, mee rebus dan beberapa lagi menu lain. Kami order yang biasa sahaja.

Dalam pada makan2 sempat tinjau sekeliling, tak lama tu tengok orang dah mula ramai. Masing2 semangat nak makan kueyteow. Selamat aku datang awal sikit. 

Selesai makan kami nak bayar. Sekali cashier sempat tanya kawan tokey ke? Nak mengaku segan..hahaha sebab risau dia tak cam kami, kami je kenal dia. Dan2 cashier tu kata bos kata kalu meja awak ni bayar panggil dia. (kebetulan masa sebelum bayar kami dah nampak bos dia kuar).

Menyesal bayar lambat kalau tak kot2 dapat makan free...hahaha (sah2 la pasni tokey2 yang kenal buat2 tak kenal kami). hahaha 

Selamat mencuba yer semua...dan buat tokey selamat maju jaya yer...! 

Doli Kuey Teow Goreng 
No. 16, Jalan Wan Kadir 4 
Taman Tun Dr Ismail 
Kuala Lumpur 
Tel: 03-77225351 
(Halal. Dibuka 12pm-12am . Tutup jumaat)

10 February, 2012

TRIP PENANG - KEDAH 2012 - part 3

Trip yang pertama untuk 2012
PENANG - KEDAH
21jan-24jan 2012

Isnin 23 jan 2012

Ok quick update dari cerita lepas, kalau tak nanti bertahun tak berupdate macam citer GoldCoast tu.

Penang Island......here we come.

Awal pagi kami check out dari  hotel di Seberang Jaya, kemudian kami bertolak ke Pulau. Dulu kami pernah naik feri tapi kali ni kami nak merasai pagi2 lalu jambatan. Tak jem masa tu sebab mungkin public holiday Chinese New Year kan...

Kami singgah beli sarapan masa on the way  nak ke Bukit Bendera tu.  Plan nak makan2 kat atas bukit bendera. 1 tempat ni macam foodcourt tapi jual sarapan macam2 jenis. rambang mata ko nak pilih mana 1 nak makan. 




Macam2 ada. Yang menarik ada jual roti sandwich inti macam2, ada kot dalam 5 jenis inti. Semua aku beli nak try punye pasal, boleh rasa merasa kat atas bukit nanti dengan sahabat handai. Ada inti tuna, ketam, ayam, sardin dan apa lagi 1 lupa dah.

Kami pun tiba kire2 jam 830pagi ..datang awal tak payah berebut2.( ha!!! awal ko!!...akibat dengar kata kadang2 datang tengahari dapat naik malam).

Harga tiket : warganegara (Mykad) RM 8, orang2 luar (tak da Mykad) RM30

Kat atas tu banyak kedai belum buka sebab awal kan. Jadi kami makan kat 1 gazebo, lupa nak beli air nasib baik tak tercekik.

Kami posing2 sakan kat atas tu. 
Nothing much atas tu , mungkin sebab kami datang awal. Tapi pemandangannya OOOOOSEMMM!! cantek

 

Kami turun dalam jam11 je kat bawah yang nak naik tu dah beratur panjang. Mujur kami awal, singkat la masa menunggu kami

Lepas tu kami ke kedai makan, port je la mana2. Dengan selamba bukak bekal yang tak dapat nak makan sangat kat atas bukit tadi sebab tak da meja & air. Kami order air dan terus campur2kan bekal. Siap ambik air basuh tangan sendiri ( kebetulan duduk sebelah sinki basuh pinggan)



Selesai di sini kami menjelajah ke Tokong Ular, ronda2 dalam tu ada tokong. Tengah2 kawasan tu ada ruang, ada pokok ciku kat situ. Ha...sapa berkunjung ke sana sila perhati pokok2 ciku tu. banyak GILERRRRRR ular kat ruang ada pokok tu...huhuhu. 

cuba cari ada tak ular tu????
Keluar dari tokong tu terus kami ke pameran ular (macam taman ular la lebih kurang) sebelah pintu kuar dari taman Tokong tu je. Dan kami bertuah sepatutnya next show jam 3, tapi dek mungkin tengok ramai orang yang teruja maka uncle pemilik pameran ni pun kata nak buat show.

geli sungguh pegang ular tu.....
Kat pameran & show tu,  uncle tu banyak bercerita tentang ular & juga bagi info2 menarik tentang ular
(mesti la tentang ular tak kan tentang aku plak :-P)

Selesai ke Tokong, kami bercadang nak ke check in kat hotel kami. Sebelum tu kami ke Padang Kota. Misi nak ulang kesedapan tekak kami masa tahun lepas datang ke Penang iaitu mahu pekena kelapa goncang & mee goreng sotong.

Makanan kat Padang Kota ni memang terbaik!!!
Gambar yang Queensbay tu tersesat. Aku dah malas nak edit.
tu aksi lepas makan seafood malam tu.

Selepas berposing di panas terik kami pun nak hantar Syikin balik, kami pujuk2 tido 1 malam lagi tak mahu sebab dah berjanji dengan mak dia balik haritu juga. Kami dengan berat hati hantar dia ke Jeti.

Kami terus bergerak mencari hotel. Oleh kerana malam nanti kami tido berempat, sebab syikin akan balik ke rumah dia di Kulim dah dan disebabkan ada kaum tak sejenis yang nak bermalam sama. Maka telah siap2 pilih hotel yang seperti rumah, ada bilik berlainan. Kami menginap di An nur Ancasa, Georgetown. Hotel ni berdekatan dengan masjid kapitan keling & nasi kandar beratur. Memang dekat boleh jalan kaki.

Hotel ni sebenarnya adalah sekolah yang telah direnovate menjadi hotel. depan hotel tu ada 1 macam monumen  bile sampai kat atas nak masuk bilik barulah tahu ianya kubur. KUBUR? ye kubur lama...

dah !!! tak payah nak pikir bukan2 hantu ke hapa ke? mengarut!
so far ok jerk.
(kalau ada pun mungkin mereka takut dengan korang sebab korang lagi jahat dari mereka )
:-P
 Masa register ada orang tu jadi macam pekerja kat situ plak sebab dia lupa bawa resit booking. Apa susah internet ada, semak je email, print ..sonang!! Jangan lepaskan peluang snap gambar dia wat bukti...wajib!!

muka konon seriussss
Selesai register di lobby kami naik ke tingkat 3. Lift takda yer. usung la beg ko yang berat macam nak pindah Penang terus tu.

Masuk2 je kami teruja, unit ni SANGAT2 SELESA jauh berbeza dengan harga promosi kami dapat RM180/night. Kami booking di booking.com.

Ada 3 bilik, 2 bilik ada 2 katil single dan 1 bilik lagi 1katil single. Unit ni hanya ada 1 bilik berair-cond, yang lain kipas.


BED3 : harap je rakan kami tu badan kecik..tapi katil nak jugak dialihkan sambung 2
Design moden dan simple. Kitchen tu tak leh masak tapi boleh la basuh2 apa yang patut.
Masa kat lobby tu kami ada terdengar yang di tingkat 1 semua unit dah berair-cond harga tak silap RM300/night ( kalian boleh check website mereka k untuk kepastian)

Selesai je check in masing kepenatan, sempat terlelap sekejap selepas sibuk2 tengok gambar posing kat laptop. Dalam jam 6 kami bangun, mandi2 siap nak mencari makan dan nak ke HardRock Cafe & Hotel.

Bukan nak makan disana tapi nak singgah belikan barang ole2 kiriman sahabat kami. Masa kat hotel ni teringat kisah tahun lepas tido kat sini..SUPERB!!! dapat plak upgrade bilik free, dari book yang hadap bukit (almaklum harga tu pun dah RM400+/night) inikan dapat upgrade free kat bilik tingkat bawah depan kolam (RM600+/ night kalu tak silap). Memang rezeki kami. Bila la dapat ulang balik saat2 mandi2 dalam kolam sambil makan buah berangan, buka je pintu balkoni bilik terus boleh terjun dalam kolam. hmmmmmm..berangan sekejap. Bila la dapat merasa lagi.

Selepas beli barang di HRC tu kami ke night market, saja jalan2 sambil sempat gak sambar 1 t-shirt. I love PENANG lagi...!!

Pastu kami bergerak ke RESTAURANT SERI IDAMAN, Teluk Cempedak. Agak jauh dan jem!! dah la lapar sabar jerk la.

Sampai sana kami order2 tengok2 ada plak ketam besar seperti yang selama ni dicari2. Apalagi aku dengan selamba ambik 3ekor je.
Kami makan kangkung belacan, jenahak stim, udang hariamau masak tomyam kering, ketam cili, lala blackpaper, air sirap sejag...hahaha..total RM206. Kenyang tahap telentang. Sini buka sampai malam katanya kadang2 jam 2. Ikut kehadiran pelanggan dan sekiranya stok masih ada.


Habis makan2 kami ke Queensbay, lepak2, makan2 mangga dan sempat snap2 gambar ( korang tengok kat gambar yang kat Padang Kota tu k). Memang ramai orang kat situ dan banyak jugak kedai2 jual makanan ringan2 la. Makanan berat tak da.

Dalam jam 1 macam tu kami bergerak balik hotel. Sambung borak dan tido pastu. 


K, nantikan cerita hari terakhir kami di Penang. 
Next post k...dadidu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...