Minggu lepas kami menjelajah jalan2 cari makan, mencari char kueyteow. Kami pun merempit menuju tempat yang dikhabar2kan terbaik ni. Lebih2 lagi owner ni senior kami masa kat Uitm dulu. Maka ramailah rakan2 kami review tempat ni. Khabar dan info yang kami dapat kedai ni glamour di Taiping. Kini takperlu ke sana dah, kat TTDI pun ada dah.
source:google image :-) kredit pada tukang ambik gambar..ossemm pic & colour |
suasana kedai...(adik tu bukan main lagi tenung) |
Sempat intai kat customer sebelah tu. Nampak kering je kueyteow nye. Sekali masa order barulah perasan ia bukan char kueyteow, ianya kueyteow goreng. Patut la kering2 je.
Kira2 15minit makanan pun muncul. Lapar dah ni serang dulu yer...Oh ya sini menu utama kueyteow gorang ada biasa (RM6) dan special (RM10), nasi ayam, mee rebus dan beberapa lagi menu lain. Kami order yang biasa sahaja.
Dalam pada makan2 sempat tinjau sekeliling, tak lama tu tengok orang dah mula ramai. Masing2 semangat nak makan kueyteow. Selamat aku datang awal sikit.
Selesai makan kami nak bayar. Sekali cashier sempat tanya kawan tokey ke? Nak mengaku segan..hahaha sebab risau dia tak cam kami, kami je kenal dia. Dan2 cashier tu kata bos kata kalu meja awak ni bayar panggil dia. (kebetulan masa sebelum bayar kami dah nampak bos dia kuar).
Menyesal bayar lambat kalau tak kot2 dapat makan free...hahaha (sah2 la pasni tokey2 yang kenal buat2 tak kenal kami). hahaha
Selamat mencuba yer semua...dan buat tokey selamat maju jaya yer...!
Doli Kuey Teow Goreng
No. 16, Jalan Wan Kadir 4
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
Tel: 03-77225351
(Halal. Dibuka 12pm-12am . Tutup jumaat)
No comments:
Post a Comment