meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

03 February, 2012

TRIP PENANG - KEDAH 2012 - part 2

Trip yang pertama untuk 2012
PENANG - KEDAH
21jan-24jan 2012

Ahad 22 jan 2012

Sebelum kita sambung cerita, kami tunaikan janji pada entry Day 1 haitu, review tentang hotel tempat kami mengeram selama 2 malam. Kami booking guna Agoda. Dapat diskaun!! harga sebenar untuk triple RM 108/day. Selepas diskaun dapat RM97/day. Oleh kerana kami berempat dan katil yang ada hanya 1 queen & 1 single, demi keselesaan yang optimum maka kami tambah 1 tilam, bantal, selimut & tuala serta kelengkapan mandi dengan hanya RM 20/day.
SE HOTEL 1, No. 1276 Jalan Baru Taman Emas, Seberang Jaya, Penang, Malaysia 13600
Macam rumah tumpangan murahan jerk!! AAAAhhhHa jangan nilai dari kulitnya, isinya memang tahap terbaik.  Harga  dah la murah! Layanan terbaek!! uncle2 je yang layan pun tapi memang softspoken dan sangat2 membantu. Sure kalau datang Penang lagi inilah tempat beradunya.

 

Kita mulakan hari Ahad ini dengan bangun awal. Ye ..Awal2 pagi kami dah mula bersiap2 nak ke Alor Star(AS) tuk majlis perkahwinan sahabat seopis kami.  Tunggu2 sahabat kami tiba dari Parit Buntar, kami sempat posing2 kat bilik dulu.

Kira2 jam 10pagi, tiba la rakan kami dan kami mula bersesak2 dalam kereta nak bergerak ke AS. Rupanya masing2 terasa lapar, apa lagi pujuk tour guide cari tempat sarapan. Kami pun singgah kat area berdekatan je. Kat kawasan pantai bersih kawasan perumahan Taman Robina, ada macam foodcourt la kalau senang dikatakan. Lepas parking je masing2 mencari tempat & menu apa nak bersantap. Akhirnya terpandang roti bakar & telur goyang apa lagi order la. Ada juga lontong dan roti telur. 
Lepas siap minum2 kami pun gerak ke AS, yang driver je ambik tahu jalan yang kat belakang sibuk buat hal sendiri.   bergosip dan melalak2, sempat jugak berkarok dalam kereta, lagi dangdut pun kiteorang layan.. 'dikocok2.............ahhhh dikocok2...."

Setibanya di AS kami agak terpusing2 mencari taman perumahan kawan kami, berkat usaha menanya kepada warga tempatan akhirnya berjaya. Sampai je kami dah mula lapar..!dasar perut besar!! Cuaca memang panas terik & cantik sangat2. Apa nak jadi pun jadilah, kami bersantap dulu sementara tunggu ketibaan pengantin. Siap minta kendarat 1 jug air tambah kat meja kitaorang lagi, punya la panas dan haus.  Tak lama kemudian, rakan2 yang lain pun tiba, sempat borak sakan dulu. Bila pengantin muncul kami tak mula la nak tangkap2 gambarkan. Maka hasilnya........

Selesai bergambar kami pun mula nak beransur balik, rakan kami tadi pun nak gerak dah juga. Katanya nak mencari laksa Kedah. Kami pun meneruskan perjalanan, layankan tourist guide mana dia ajak dan drop kami, kami pun turun snap2 gambar. Lokasi pertama ke Jeti Kuala Kedah. Masa2 macam ni time raya Cina ni, penuh sesak jeti orang nak ke Langkawi.  Kami ingat dapatla jengah ke jeti tu boleh ambik2 gambar, bak kata rakan kami "PHOTOSUTTT", malangnya hanya yang bayar tiket je boleh ke jeti, tu pun masa feri tiba la. Maka kami lepak2 je diruang menunggu sambil sempat borak2 dengan makcik yang tengah tunggu feri nak ke Langkawi. Sekarang tambang dah naik katanya RM23/trip. 

Selesai di jeti kami yang kononn kemaruk nak tengok sawah, maka kami di bawa ke kawasan Tanjung Dawai. Sepanjang perjalanan memang sawah terbentang luas. Time ni dah nak menuai, jadi sawah dah tak hijau, dah kuning2 dah.  Ada beberapa air terjun kat area ni, pertama kami singgah di Air terjun Sg. Perigi. Time ni la rasa menyesal tak bawa baju mandi, sebab malam tadi dah plan nak mandi2 air terjun lepas pergi wedding tu. Tapi kami pikir2 semula tak jadi sebab malas nak kemas2 salin2. Ha sekarang padan dengan muka ko!! ko hadap je la orang terkinja2 main air. Ko plak berpanas melengas dengan baju kurung ko tuh!! Dalam pada melengas tu, sempat snap banyak gambar lebih2 rakan kami ni memang suka melayan kami yang gila bergambar.

Selesai bergambar2 dan cuci2 mata, kami berkerak ke 1 lagi air terjun iaitu Titi Hayun. Kat sini rakan kami kata ada 1000 tangga "tangga Kenari"..kalau larat & suka challenging apa lagi cuba la daki!! hohoho...kami? oh tidak setakat snap gambar kat permulaan tangga tu ada la. Siap ada geng ni berlari2 lagi. Nampak ada homestay juga rasanya kat situ. Selesai bergambar di tangga kami kemaruk nak rasa air yang sejuk nyaman, Kami sempat membasah2 bulu2 kaki.....ha3 kat air terjun tu. Masa ni lagi la kencang rasa menyesal tak bawa baju mandi. Ahhh sungguh tak da rezeki.  Tak pe mungkin lain kali tiba lagi ( ayat sedapkan hati).

Selepas itu, kami sambung gerak ke Pantai Murni.  Kami sempat layan laksa kedah, rojak & aiskrim serta cucuk2 perasan western :-P.

Setelah itu ..oh ada lagi...? ye ada lagi hari ni paling 'allout' bak kata rakan kami. Ada kot 10 tempat kot pergi jelajah. Cuba kira nanti dah habis entry ni berapa tempat kitaorang pergi, kalau kurang..ampun sih!!...aku propa lebih...tapi rasa lebih kurang macam tu la dan yang nyata aku malas nak kira sekarang berapa tempat kitaorang singgah. Korang jek la tolong kirakan k.

Ok, next destination kami ke Tanjung Dawai, kat sini meriah jugak dan kami sangat la teruja dengan cuaca yang cantik maka posing tak hengat dunia, kalau boleh nak letak semua gambar share dengan korang tak nanti mesti korang muak dah. Sikit2 je cukup k. Kiranya tempat ni tempat nak naik bot ke Pantai Merdeka, tak da la jauh sangat pantai merdeka ni, boleh nampak dari jeti tempat kami berdiri tu. Tambang bot? alamak kami lupa nak kepoh2 bertanya. Maaf ye sakan posing sampai lupa.

Balik dari Tanjung Dawai kami sempat singgah di 1 kedai jual ikan kering, keropok dan pelbagai lagi barangan seangkatan. Kami pun memborong apa yang patut untuk jadi ole2 kat family. 
Selesai bershoping kami memulakan  perjalanan kami ke Kulim plak. Nak singgah rumah Syikin, dalam perjalanan sempat singgah ke 1 kawasan siap ada relau arang lagi, boleh masuk dalam tu. Dek kemaruk tengok ada pasangna pengantin bergambar kat area tu. Maka kami pun sakan bergambar.

Dah penat posing & lompat2, hari pun dah nak marghib maka kami teruskan perjalanan ke rumah Syikin kat Kulim ni,.Terasa jauh plak perjalanan, bagus gak macam2 boleh diborakkan. Kira2 jam 830malam kami tiba. Apa lagi dapat la melegakan2 urat2 punggung yang dah leper lama dalam kereta. Sempat lagi bersantap meehon goreng hasil air tangan mak Syikin. Selesai borak2, kami pun mula nak bergerak balik, Syikin muka sedih nak tinggal mak padahal esok petang dah balik semula rumah. Almaklum orang cuti seminggu syiok la. Masa perjalanan balik ke hotel terasa dekat je mungkin 30 minit je kami tiba di hotel. Sempat borak2 sekejap di bawah hotel, kami plan nak sambung lagi merayap. Mula plan nak berkarok tapi rasanya kalau nak berhempas pulas lagi 3 jam pukul berapa plak nak balik, esok pun kene bangun awal nak masuk island. Maka kami mandi2 bersihkan diri dan pergi berjalan2 ke Autocity je, ni kan malam Raya Cina, jadi banyak bungaapi berdentam dentum kat situ. Selepas tu kami ke nak masuk ke 1 tempat ni tapi dah tutup plak. Maka kami pergi teman rakan kami tengok bola kat Pelita, Autocity sambil minum2. 




Selesai semuanya, kami  beransur balik. Tiba di hotel kami kemas apa yang patut, sebab esok nak check out dah. Dan kami berehat2 sambil bergosip2. Rakan kami tadi balik ke Parit Buntar semula. Tak da ruang tuk ko tido di sini yer.!! ha3.

Dalam pada nak tido tetiba teringat kan MEE UDANG SG. DUA yang hanya sempat kami lintasi, tak sempat menyinggah. Sumpah ramai giler orang berhenti situ makan. Hmmm melepas, tak pe lain kali datang lagi. Sebab kami suka PENANG!! Syurga MAKANAN...hoohoohoo

Nanti rajin kami update plak day 3 k..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...