meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

24 December, 2011

5 PERMAINAN TRADISIONAL YANG MENGIMBAU KENANGAN SILAM

Ahhhha haritu update pasal gadget2 zaman dulu2. Kali ni nak update yang bukan gadget plak. Sure korang tahu game2 ni tapi sekarang dah jarang yang dimainkan lagi.

Aku update start dari yang paling digemari masa zaman2 sekolah rendah dulu dengan kawan2 aku dulu.
Disebabkan kawan2 aku lebih banyak lelaki berbanding perempuan masa tu jadi kebanyakkan permainan ala2 unisex yang lebih selalu kitaorang mainkan...

antara top 5!!

1. PENUTUP BOTOL 

Aku panggil 'ceper'...jangan tanya aku kenapa? sebab aku pun tak tahu jawapannya.


Permainan ni perlukan 5 penutup botol, bekalan tak susah sebab kedai runcit mak aku tu ada jual 'air oren bodoh' ni. .Tak tahu la kenapa kat tempat aku panggil air tu macam tu, semenjak ke bandar ni baru tahu orang panggil 'LongChan'. Yang ni masa hari raya antara minuman wajib untuk tetamu aku sehingga kini.


Cara mainnya mula2 sebar, ambik 1 penutup dan selebihnya yang 4 tu perlu di jentik 1penutup ke 1penutup yang lain, maksudnya dapat la 2 kali jentik. Macam2 gaya boleh praktikkan sampai tertonggeng2 kadang semata2 tak mahu kalah. Pastu boleh timbang tuk kira markah. Timbang masa dalam gambar bawah ni bukan guna penimbang.1ceper 2 markah.


Kalau gagal mana2 part , masa jentik ke masa timbang ke kena la bagi orang lain plak main, sampai la turn ko tiba baru boleh sambung semula.
(tips masa tu, ketuk sikit bahagian kembung ceper ni..jadi masa timbang tu lebih senang. Dah tentu la boleh dapat markah banyak..hehehe).

Kadang2 masa sebar tu dapat bertenggek 2 masa tu takpayah susah2 jentik 2 kali, tarik 1 ceper je pastu terus jentik yang baki lagi 2 tak bertindih tu settle!...
Kadang rezeki mewah bertenggek 3..masa ni memang berkobar2. kiteorang kata dapat 'jamban'. sebab nantis susun yang 3 tu bertingkat dan 2 lagi tu terpulang nak jentik melambung atau leret.

(punye aku excited aku siap buat gambarajah kat paint...ho3)


Kalau jentik melambung macam dalam gambar bawah ni dapat markah 100, kalau leret tepi dapat 50. 


Ada juga bertenggek 4, selalu sebar ala kadar ni sebab nak buat sampai dapatkan 'jamban' (markah lebihhhh maaa.....) tapi padah menimpa. Ini memang merana, sebab kena susun macam keretaapi berderet.....(lagi sekali punye aku excited, aku siap buat gambarajah kat paint...)



Memang payah la..jarak tu pulak lawan kita yang tentukan..kalau memang dasar pendengki..memang rapat bebeno la disusun macam gambar atas ni ....sampaikan lebih baik tak payah main dari main...cet...
Kalau bertenggek 5..baling semula la yer...semangat sikit sebar k...ni macam tak makan jek...

Ok kita masuk pada permainan seterusnya...

2. TENG TENG


Ni lagi complikated nak cerita..

Cara mainnya melompat dengan sebelah kaki kat dalam petak-petak yang kita lukis tu. Ada peraturannya yang kita perlu berhenti, teruskan lompat atau pusing. aku ada sampai baling 'haji' ..last sekali kalau dapat baling kat kawasan separa bulat tu, nanti ko kene pusing belakang dan raba2 'gundu' tu dapat je..pusing balik ke tempat permulaan. masa ni memang heavenn!!! dapat beli rumah.. pusing belakang dan baling ke kotak tu. kalau masuk tu dikira rumah la..orang lain tak boleh pijak, ko sorang jer berhak.

Ko bayang kan kalau dah 3 kotak yang bawah tu rumah orang lain bukan rumah ko...tak ke koyak kaki nak lompat ke petak 4&5 tu...hahaha..

Permainan seterusnya.....

3. LOMPAT GETAH

Getah gelang tu disambung2 jadi macam ni...


Pastu lompat2.. ada tahap dari kaki sampai la ke kepala..lebih kepala pun ada.. yang kalau tak boleh lompat tu..boleh lompat bintang pusing macam ni....
Atau pun 'berenang'...yang ni susah nak tunjuk dan explain..tapi pergi kat getah tu buat selamba je pusing2 buat gaya depa tangan pastu pusing2 getah tu gaya berenang pastu tarik getah yang depan tu letak ke belakang kepala, pastu pusing2 balik lepaskan diri dari getah tu..sedar2 korang dah kat depan lepas getah tu (nasib korang la kalau tak paham...boleh jumpa aku nanti aku tunjuk)
Ini hanya diguna pakai pada tahap2 tertinggi macam paras bahu, telinga, kepala..macam main tipu pun ye jugak..ha3

Pastu ada tahap getah tu dipusing2.ko lompat2 kat tengah ...ada lagu dia...aku dah lupa...
ada juga paras pinggang dan lutut yang kene belit2 kaki dengan getah tu sambil lompat2 dan ada kiraan..tu pun aku dah lupa tahap mana.

Pokok cerita main getah ni rumit juga.

seterusnya..

4. BALING TIN

Aku panggil ' tuju selipar' sebab main pakai selipar tuk baling2 tu. Kalau kene yang jenama "TatSeng" tu tebal tu hambik...sakitnya!! Ada juga yang pakai bola kot.

Cara main biasa 2 kumpulan kalau ramai la, 1 baling 1 kejar...kalau tak ramai sorang je akan jaga tin. Susun tin pastu baling dengan selipar kat tin tu. Bila dah berderai apa lagi lariiii....nanti group 1/orang jaga tin tu akan kejar dengan selipar sambil yang group 1 baling tin tadi tu susun semula tin tu jadi macam bentuk asal....

Memang letih main ni...tp bestttt gilerrr!!...

Cuba tengok gambar bawah ni....kalau la aku ada gambar macam ni masa dengan geng2 dulu kan nostalgia tuh!!



permainan terakhir tuk harini ...

5. GULI
Yang ni peveret juga...dulu masing2 berbalang stok guli.
Di mainkan oleh beberapa pemain dan mulakan dengan membuat bulatan tuk rumah guli masukkan beberapa guli dalam tu jadi taruhan. Pastu leret/baling guli kite ikut turn ke dalam umah guli tu, kalau kene guli dalam rumah tu dan terkeluar..guli tu jadi hak kita...hahaha aku kaya GULI!!




Budak2 sekarang mana ada nak main benda macam ni...mesti korang tak faham bertapa seronok dan bahagianya tatkala main benda2 ni semua..................

Aku percaya lain tempat mesti ada sedikit sebanyak perbezaan cara main tuk setiap permainan ni kan?....
korang punyer cara macam mana?

note kaki main 'ceper' : wokeh...permainan yang lain aku update kat entry lain k....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...