Wah gitu tajuk, gaya macam jauh bebenonyer la aku nak pergi. Padahal seberang negara je. Kalau mereka2 tu kadang ada yang naik tongkang pun boleh tiba sini. Ok2 serius2!!
Saja layan mata aku yang tak leh nak lelap ni maka nak citer2 sikit planning kiteorang untuk trip bersama keluarga tahun ni. Tahun lepas kami ke Langkawi , kali ni kami ke Medan. Tiket booking masa promosi Air Asia la ..apa lagi kan! Masa tu rasanya RM33/person/ trip. Tambah campur tolak bahagi dalam RM105 seorang kot , lupa dah.
source: lebai google |
source: lebai google |
source: lebai google |
Bawa2 kan diri membaca tentang Medan ye rakan2 ( tang lagenda & sejarah kemunculannya)
Demi meyakinkan diri aku yang was2 ni..(kenapa was2 ni?)..
Pagi ni persiapan pertama kteorang buat adalah ke Imigresen Shah Alam tuk puaskan hati aku ni nak semak betul ke passport aku yang hilang dapat kembali tu masih sah. Ni semua sebab kes kehilangan passport masa trip ke Gold Coast haritu. Sepatutnya Emergency Certificate (EC) tu pulang awal lepas tiba je kat LLCT. Tapi pegawai tu bagi aku semula suruh pulang kemudian dan akibat kekangan masa dan aku fikir2 mesti lama berurusan dengan Imigresen ni. Almaklum orang Malaysia ni kaya2, penuh memanjang pejabat Imigresen tu. Tak habis2 orang buat passport. kah3. (yela yang macam kes aku ni jarang bebenar kot kan!!)
Jam 8 aku dah tiba, sah2 orang dah ramai beratur. Aku dah sampai kt lift luar tu haaaaaa bertuah sungguh!!!
Beratur la tunggu giliran kat kaunter pertanyaan. Lama gak dalam 20minit. Sampai kaunter tu, aku mula buka cerita dan pegawai tu kata terus ke kaunter 4. Aku bergegas laju gile tak pandang kiri kanan dah!! lepas bercerita beriya2 maka terus pegawai tu minta i/c dan dia check2 apa ntah.
Sebenarnya aku dah dapat info dari email yang aku query ke Imigresen. Sekarang servis mereka sangat pantas!!.. peningkatan yang bagus!! aku teruja!! ye la tak lama je aku hantar soalan dah dapat balasan. Call dan bagi info semua dikatakan passport aku masih sah sebab tak da report sebarang kehilangan kat sini. Memang aku tak da report pun kat sini. Hanya kat Gold Coast je report sebab prosedur nak dapat kan EC nak balik Malaysia. Tapi buat pengetahuan korang semua. Passport aku dijumpai semula kat sana dan kedutaan disana call, deal2, maka mereka telah postkan semula dokumen tu ke Malaysia.
Nak cerita pasal passport hilang ni nanti kalau aku berkesempatan aku cerita detail2 k. Buat masa ni nak update preperation nak ke Medan ni dulu.
Oh ye.. lepas tu berbalik pada cerita tadi, aku dah melalut ke laut. Pegawai tu kata masih ok boleh guna. EC tu aku nak pulang dia kata tak payah buat pekasam dan kenangan (EC ni boleh guna 1kali je ye).
Ha ni aku tepek email aku tuk info tel. no mereka. Kalau kat website ada 1 je, tapi masa aku call tu tak dapat2 apa lagi aku naik hantu dan email la. Cepat plak mereka balas, surut sikit mood aku nak jadi hantu..ha3.
soklan aku bahasa protokol sungguh!! paling tak leh blah ayat...... "atas sebab tertentu EC tersebut masih di tangan saya."..LOL |
Ha tengok tu dari 3/2 baru harini aku nak pergi ke Imigresen. Masa aku call 1501 tu pegawai tu kata tak pe tak perlu pulang EC tu, kalau nak pulang kene kat Putrajaya. Harusla aku pilih tak payah pulangkan!!. Tapi lagi nak sedapkan hati aku sanggup hadap Imigresen Shah Alam pagi2 buta. Apa kes!!..
Akhirnya semua settle, harap2 lepasla aku nak naik flight nanti. Dan kes hilang passport luput dalam agenda aku kemana sahaja aku pergi.
Selesai berjalan2 semua settle je dokumen perjalanan aku ok, aku dah rasa puas hati. Sempat shoping barang keperluan nak ke Medan sikit2. Balik je, kemas rumah dari petang sampai ke malam. Baju pun dan siap2 packing, ada la beberapa lagi belum, tapi major2 semua dah settle. Aku dah siap2 buat list berapa helai nak bawak semua sebab selalu aku dan Cik Yan ni suka bawa barang banyak2 konon2 fikir nanti nak pakai dah ada. Sudahnya berat je lebih, silap2 kene tambah KG kargo. Naya!
Citer sikit pasal trip ni, asalnya 12 dewasa 3 kanak2, setelah bermacam2 hal berlaku kemungkinan yang jadi pergi hanya 7 orang sahaja.
Semua kami dah book siap2 tinggal airport transfer kat Medan je belum.
Planning kami :-
2/3 - Kami akan tiba di Medan malam (bermalam di Medan)
(kami dah book di Swiss BelIin a.k.a My Dream Hotel @rate tak silap rm99/night, lama dah survey2 hotel ni macam best dan selesa je. Harap2 begitu la)
3/3 - Medan - Berastagi - Parapat - TukTuk(samosir island) (bermalam di Horas Indah)
(transport ke Danau Toba aku dah book dengan owner Horas Indah sendiri, dia dealkan semua dari ambil kat Medan-Tuk2 -trip Samosir Island - balik ke Medan semula , kami naik KIA PREGIO (10seater) untuk Rp. 2.9MIL, yela masa tu plan tuk semua ahli rombongan. Nak ubah2 saat akhir ni payah la)
(Horas Indah tu dapat Rp1.25MIL/night, aku dah review kat tripadvisor semua yang pernah pergi kata ok. harap2 betullah kan)
4/3 - Samosir Island Trip (masih bermalam di Horas Indah)
5/3 - Bertolak ke Medan (bermalam di Medan,di Swiss BelIin juga)
6/3 - Balik Malaysia
Harap semuanya berjalan lancar.
Xcited nak tengok tasik ni time sunrise & sunset...:-)
nanti deal trip aku update kemudian, nak update sekarang tipu sangat la kan.
Sebab belum pergi lagi. Ha3
Sebab belum pergi lagi. Ha3
Akak nak ke medan ni lambat lagi, tapi nak curik info pasal hotel dan supir semua dari liza n yan boleh?
ReplyDeleteSalam kenal dari akak.
akak bile nak ke sana..kteorg fly esok malam..oh ni dah jumaat ..jd malam ni la..
ReplyDeleteboleh nanti kami review berserta info lengkap yang termampu...
harap2 sy rajen update cepat2 :-)
salam perkenalan juga ya..:-)
sy dh follow blog akak..ada pasal shenzen. ada rasa ht nk kesana juga.
ReplyDelete