Tu dia dah mai!!!...Edisi menghabiskan entry tertunggak yang tersimpan lama dalam draft blog ni. Layan!
Kali ni nak share 1 kedai snack yang memang kami gemar makan. Kami pernah review kedai ni dulu. Ni lagi sekali review special punye..untuk sapa? ..untuk dia, untuk dia, untuk dia.....lalalala. (layan lagu najwalatif)
Sanggup tu kalau nak tengok wayang kat IOI mall Puchong beli makanan kat kedai ni pastu seludup bawa masuk tengok wayang. (staff GSC jangan tangkap saya k, kadang2 je buat...:-).
Orang makan popcorn, aku makan XXL Crispy Chicken. Aku ada! kau ada? Kalau tak Crispy Chicken, mesti pekena seafood tempura atau pun sweet plum potato fries dari kedai ni.
Kedai ni 1 floor dengan wayang kat IOI, (korang berdiri menghadap wayang, pastu pusing kiri secara berkawad. Haaaakan dah nampak kedai ni) jadi senang la operasi penyeludupan. HEHEHE masih panas2 gitu NIKMATTTT.
Kalau kat Summit Usj, lepas pekena Laksa kat Ah Cheng masa lunch, selalunya akan pergi sini beli snack. Patut lah ko montel. Tak pun kalau tengok wayang mula la nak seludup. hehehe (tapi dah kuyup2 sikit la sebab dah berwap dalam beg lama dari LG nak bawak sampai tingkat 3.
seafood tempura - rasanya RM 5 kot...lupa sebab selalu cik Yan yang tolong bayarkan |
packagingnyer...
yum2
Lain2 menu dan harga - kalu tak nampak sila pergi kedai mereka sendiri..hehehe (boleh gitu?)
Ni ada yang set2
ini dia crispy chicken.....gile besau...XXL tak silap harga RM6 ke RM6.50
yessszzaaaa sweet potato...ni tak silap Rm4.50..(berapa banyak kali tak silap da...)
tips dari kedai ni....gunakan sudu je...lagi enjoy.
Aku belum pernah cuba menu handmade oyster mee sua ni, sebab aku tak suka oyster..hehehe
Tips kesihatan:
Sapa2 kurang sukakan seasoning.,masa order request tak payah letak bahan perasa ni ok.
Sebab mereka akan bubuh dengan agak banyak. Kurangkan garam dalam makanan :-)
makanan mereka tanpa perasa ni pun sudah cukup berasa.
No comments:
Post a Comment