Pejam celik2 dah hampir setahun la Kiki Lala tu tinggal dengan kiteorang. So far memang mereka tak banyak meragam. Pandai atur masa membuang tu, sebab bila bangun pagi je aku bagi mereka pasir & topup makanan kering (pagi2 dah bising ko!!) dan bila nak pergi kerja je aku dah kuarkan semula pasir supaya mereka tu tak le harum sangat. Balik kerja nanti bagi pasir lagi & bagi makan makanan kering + dalam tin ( mengada nak mewah je, kalau tak dapat yang lembik2 tu menjerit tak berenti). Jadi mungkin mereka dah terbiasa dengan jadual tu, Jadi tak pernah terlepas membuang tanpa pasir. Kucing ni suka bebenar la duduk dalam pasir dia tu. Lagi2 kalau pasir baru tuang. Maybe dia rasa macam mandi buih kot.
Dan sudah tentunya aku selalu berkejar balik rumah cepat bila lepas kerja sebab nanti mereka terkencet terkucil tunggu pasir dia tu. Bila nak tidur malam aku kuarkan semula pasir. Supaya lebih luas tuk mereka berdua tu tidur dan elakkan dari tidur dalam pasir (sangkar lama 1tingkat je tapi lebar sikit je dari ni).
Tapi semenjak beberapa minggu ni, aku tak sempat nak kejar masa balik kerja terus balik rumah. Job parttime agak banyak secara tiba2, rezeki jangan ditolak. Kita kan tak ada bonus raya :-( . Kalau tak, nak tunggu sebulan 1 job pun payah. Dengan 1 minggu nak meeting dengan 2-3 klient yang date line semua hampir sama. Tak pasal2 kang Kiki Lala aku terkucil2 dan membusuk la jawabnya (tapi tak la busuk sangat pun sebab kucing kan ada enzim pencuci kat air liur dia tu, jilat2 dah wangi..hahaha enzim! ), sebab aku dah mula tinggalkan pasir terus tuk mereka kecuali malam nak tidur. Aku takut tak sempat nak singgah rumah terus pergi meeting. Diaorang ni kalau dah jumpa mahu2 3-4jam gak pokpetpokpet. Makanan aku tak risau sebab memang dah tinggalkan extra tuk mereka. Tang kebersihan je cuak sikit, nanti nak gomol tak best.
Maka dengan ini, aku belikan cage baru yang memang dah lama idamkan nak beli tuk mereka.bagi luas sikit dari yang lama. Boleh la dia main panjat2 dan aku boleh tinggal pasir tanpa memikirkan kebusukkan yang ada kat mereka nanti.
Tapi bila dah dapat rasa tak puas hati plak sebab macam comel plak. Memang 2 tingkat tapi kurang lebar sikit la dalam 4inci dari yang lama. Lepas pasang dengan gigihnya letakkan bebudak tu dalam rumah baru. Kelas ko ada carpet, aku pun menbentang badan tengok tv tak da carpet. Mula2 risau bebudak tu tak reti nak guna turunnaik tangga. Badan macam gajah yang sekor tu, melendut jugak tangga tu aku tengok. Kerja aku asyik pantau je lepas masukkan tu. Tapi tengok2 lelama mereka ok je.
Tapi aku tengah pikir2, nak beli 1 lagi yang besar, yang ni hantar kat Boboy kat kampung ataupun beli 1 lagi macam ni sambungkan. Lebih besar lagi dari beli 1 lagi yang baru besar tu. Sebab Boboy tu nak bagi sangkar yang lama guna, sangkar lama kat kampung tu dah sendat sebab dia dah gemok.
Hmmmm..boleh ke sambung2 sangkar ni. Macam boleh je. Dah buat perbandingan kalau harga rm300 pun dapat lebar 90cm je. Yang ni RM150 dapat lebar 60cm. Baik beli lagi 1 RM150 je lagi. Combine dapat lebar 120cm. Bergolek sakan la ko dalam tu yob!!.. (bermatematik! sah la ko QS semua nak jimat).. Dah gaji ni...takpe balik nanti aku ukur dulu muat ke tak, nak letak lagi 1 cage tu. Kang semangat beli tak muat pulak.
Aku mengidam nak ada rumah kucing macam ni...hmmmmmmmmm alangkah bahagianya kucing2 tu.
P/s : Moga2 murah rezeki, kalau nak macam ni harusla tinggal rumah landed..........
No comments:
Post a Comment