Update entry GC?? Selepas dah tahap basi basi basi…baru nak update ye. Maafla bukan blogger tegar, entry pendek bolehla produce cepat. Entry panjang2 tak larat. Tapi kita cuba je la ye.
Untuk pengetahuan semua kami booking tiket ni pada Ogos tahun 2010 (access internet kena kencang baru la dapat berebut nak beli tiket murah) RM 600+ pergi dan balik. Takkan RM60 pulakkan??. Dan lebih kurang setahun selepas tu pada 13 okt 2012 kami berempat rakan seperjuangan masa kat UITM dulu (Liza, Yan, Fae & Mek) pun berangkat menerbangkan diri ke GC. Kelam kabut tak habis, dari ambil Mek kat Seri Kembangan, lepas tu ke Putrajaya (minta tolong kawan cik Yan, si Apex jagakan kereta sepanjang ketiadaan kami di tanahair…huk3..tanahair gitu dan hantarkan kami ke Airport).
Kira2 dekat jam 6 petang kami dah tiba. Tunggu punya tunggu kat McD (wajibla kat tempat ada makanan kan) tiba la sorang lagi geng si Fae.
Selesai makan2 semua, masa ditunggu pun tiba. Dalam jam 9malam kami pun terbang la. 8jam punye penerbangan, kerusi yang muat2 punggung aku ni jawabnya hazabla. Nak murah kan? hahaha… kira2 2 jam perjalanan kami dapat 1 meal (kami pre-booked meal ni awal2 jadi dapat murah compare beli on the spot dalam flight), perut dah lapar tentula serang dengan pantas. Lepastu kerjanya lelap memanjang menghabiskan masa. Omputih disekeliling ni aku tengok sibuk membaca sambil minum2 (bertin2 jugak, tak mabuk plak mereka tu).
Kami selamat melelap di tempat sempit. Geng 2 orang lagi , Fae & Mek seronok sikit sebab dapat cepat tukar seat ke tempat2 seat kosong. Kami lewat sikit tak dapat dah. Ada yang chop 3 seat dia sorang je, nak baring2 la tu. Nyampah mak tau!
Apapun kami tiba dengan selamat pagi tu kira 7pagi waktu GC ( Malaysia jam 5 pagi, selisih 2jam). Cepat2 la tukarkan jam tangan dan hp semua agar tak tersilap.
meal dalam flight...pilih international meal konon.. sikit je dan tak sedap lalala...tak cukup..he3... better pilih malaysian meal Mek kata Coke ni RM6 setin...hadap!! |
K nanti kita sambung lagi k.
No comments:
Post a Comment