Seperti biasa aktiviti kumpulan kerja kami ni bila tiba birthday ahli group mesti pergi makan2. Dipendekkan cerita kali ni kami keluar sikit dari kebiasaan kami di USJ, Subang Jaya. Kali ni kami berpakat nak mencuba makanan cina muslim di Seksyen 15, Shah Alam.
Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah (MCA- macam nama singkatan parti politik pula ye) ni ada beberapa cawangan selain di Shah Alam ni. Oh ye boleh rujuk peta ni jika nak kesana ye. Petunjuknya adalah kalau dari federal highway(FH) korang menghala ke Shah Alam akan naik exit yang kalau ke kanan akan ke Tesco. Sila ambil ke kiri selepas susur keluar FH ni. Bulatan pertama ambil jam 3. Tiba simpang kiri pertama selepas keluar bulatan ni, terus dah boleh nampak Restoran ni belah kiri korang.
Antara menu yang ada.(boleh juga rujuk website yang kami dah link kan di atas tu)
Suasana kedai (agak luas dan besar kedai ni)
Selesai order2 makanan pun tiba. Sebelum tu sempat kami bergambar2 dan potong kek dulu.
Makanan sudah mai... kami order rojak, itik panggang, tahu jepun, yam basket(yang bersarang2 tu), lala blackpaper, pulut ayam (yang gambar bawah ni, pulut dia gelap dan rasa lemak sangat2, macam makan kiub ayam,.hahaha), sayur bendi & kacang botol. Ada order sampingan juga nasi goreng seafood ( ini terbaik!!), nasi daging blackpaper, kewtew goreng & nasi goreng daging. Air kedondong asam dia sedap giler!.sila cuba
Jumlah terkumpul tak silap nya RM 186 ni makan 9 orang. Berbaloi2..almaklum itik kan mahal kan? kan? (itik dalam pinggan tu RM 48)...
SELAMAT MENCUBA YE...
Sangat2 digalakkan untuk mencuba...:-)
Kami pasti pergi lagi mencuba menu lain pula.
No comments:
Post a Comment