DAY 2
Cameron Highland - Ipoh - Subang Jaya
Harini paling
semangat sebab nak melawat pokok2 teh yang gemuk2 kat Sg. Palas Boh Plantation.
Cuaca suram la pulak. Kami bangun pagi, bersiap dan sempat sarapan maggi cup
& milo panas. Style habis!!.. Bersiap gitu gini kul 9 pagi kami check out.
Terus menuju ke Sg. Palas, berbekalkan map yang kawan Liza beri (rujuk entry ini tuk map) memang mudah
nak cari sebab masa naik memang tak perasan kehadiran SPBP ni. Rupanya
terlindung sikit ke atas bukit.
Masa nak mulakan perjalanan mentari mula tunjukan diri. Nikmat terindah!!hati pun senang. OK bagi tunjuk arah sikit. Kalau korang dari Brinchang tu, lepas selekoh S, lepas Equatorial terus lagi. Dan selepas nampak butterfly farm belah kanan tu sila la slow down ok. Tak lama nanti nampak signboad terlindung belah kiri tuk ke SPBP tu. Bermula la episod drift slow kat dalam tu, jalan memang sempit dan macam ular dikompang2kan. Sila hon kenderaan anda bila nak lalu selekoh tajam dan ingat pandu dengan perlahan. Nanti nampak signboard menuju ke tempat ada café tu. (yang pasti korang kena ke kanan nanti kalau ke kiri korang akan ke gunung brincang pulak ). Sampai je kena parking bawah ye. Dengan menggagahkan badan montel kami naik atas tu. Maka sampai pun.
Ada laluan lain kat bawah tu yang mana korang akan lalu ladang the tu dulu baru jumpa café. Tapi rasa better lalu atas, minum2 dulu baru turun. Sebab laluan bawah tu nak naik agak hazab. Sebab tinggi2 tangganya.
Kami bershoping2 teh dan sempat menjengah ke kilang proses the. Ilmu2 …
Mesin ni ada yang dah bertahun2 digunakan...kagum2
Selesai sesi belajar kita pergi minum2 dan melepak2 dulu. Cuaca agak suram pulak kala ni. Berharap jangan hujan. Selesai sarapan 2nd round tu, kami pun mula menuruni tangga2 tinggi tu ke ladang teh, tentunya posing lagi.
Pastu kami pun bergerak nak balik. Masa ni dalam jam 12tengahari orang dah mula ramai yang masuk ke SPBP ni. Ohh...ye sempat kami berhenti 1 port haram tuk bergambar. Yang ni nampak teh lebih banyak lagi. Permandangan yang berbeza dengan ladang teh di Sabah, pada kami di sini lebih menghijau dah luas...sangat2 luas. ( berangan ada rumah tengah2 ladang tu..pagi2 bangun tidur dapat udara segar & tengok pemandangan yang sangat cantik sambil minum teh makan jemput2) ...
thanks GOD bagi pinjam mata dan pemandangan cantik tuk tatapan kami.
thanks GOD bagi pinjam mata dan pemandangan cantik tuk tatapan kami.
Keluar dari SPBP kami ke Tringkap semula sebab nak beli jem strawberry,sikit sourvenier & teh. Selepas itu kami terus bergerak turun dari CH. Plan awal nak ke Blue valley di simpang 3 bawah tu (Simpang Pulai-Gua musang-CH). Sekali hujan mula lebat, kami batalkan rancangan kami. Terus je turun.
Kami sempat behenti sekejap membeli petai di gerai2 orang asli kat situ. Ada dalam 14tangkai (Rm10). Bolehla….agak murah. Boleh masak sambal udang petai.(nanti kiteorang upload post roti telur sardin sambal petai = lauk recycle)
Sampai di bawah sebab masih awal kami ke Ipoh mencari tempat makan. Hujan juga renyai2 dan akhirnya setelah survey2 tempat kami mula nak pekena nasi ayam kat Pasar Bulat tu, sekali tutup pulak. Banyak juga kedai2 yang tutup weekend ni. Akhirnya kami ke 1 lagi kedai di Jalan Yang Kalsom, Kedai Yong Suan. Ni memang dah lama dah bertapa kat sini. Ada branch dia kat Greentown katanya.
Nasi Vanggey/nasi kandar ayam merah/nasi GANJA??
Memang beratur dan penuh la kedai tu (cemburu tengok mereka berbusiness makanan..he3..bila boleh buka kedai makan ni). Terpaksa berpecah nak cari tempat dan beratur. Akhirnya dapat betul2 tepi kedai tu port tuk 3 orang. Nasi pun sampai dan sesungguhnya memang ber’ganja’ lah. Cuba sekali nak lagi gitu. Ayam goreng dan kuah kari sedap!. Nasi pun lembut macam dikukus. Kukus ke? Sapa tahu cara mereka masak, kami lupa nak interview..
Rm 15.30 tuk tiga set, air lain ye. Kedai ni air cina watkan, makanan mamak watkan.
Jam 330 kami selesai makan dan bergerak
balik ke KL. Lebih kurang jam 7 tiba dah setelah ronda ke Shah Alam beli tiket
bas nak hantar adik Yan tu balik JB.
On the way balik nak kuar Simpang Pulai
ternampak signboard Kelly Castle. Tapi dah terlajak ke tol. Kalau tak boleh
menyinggah sekejap. Takpa maybe next time la pulak. Nak tengok merana
eh..menara condong teluk intan & KC juga. Banyak gak tempat menarik kat
Ipoh ni. Dulu dah pernah pergi travel KL-Ipoh-KualaKangsar-KL. Dengan bas
ko!!…rasanya tahun 2008 kot , beli 6 labu sayung hangkut naik bas tingtong ke Kuala Kangsar…betul2 terkenang2 saat2 tu.
Antara barang2 kami beli, petai tu paling menangkap jiwa.
Sampai sekarang Mr. Benih (gambar 1st tu) tak tumbuh2 rambut..kenapa yek? kata 7-9 hari tumbuh dah.. :-(
P/S: gambar g singapore dah dapat, nanti la update story lapuk g singapore tu k.
No comments:
Post a Comment