meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

22 October, 2012

TRIP CAMERON HIGHLAND - IPOH (day 1 part 2)

DAY 1 - PART 2 

Pasar Malam, Brinchang, CH

Selepas bersiap, jam 8 kami pun bergerak. Jalan memang jem depan tu dan dah jadi sehala je. Petang tadi pun masa nak check in jalan pun dah mula jem. Weekend memang sesak rupanya tak ku sangka2.  Pasar ni tengokkan jam 4 petang lagi dah mula. Jalan kaki je dari hotel kami, memang dekat & sila berhati2. Jangan sibuk nak jalan berdua berganding2 memang kena hon je la!

Berjalan2 beli kaktus, topi, sayur2 dan tak lupa makanan. Jagung bakar dia wat aku sentap Rm4/batang. Fuh!! Mahal!!..sayur memang murah. Dapat 2 biji brokoli besar Rm 5 je. Kobis dan pelbagai lagi murah2 belaka. Kaktus ada 7 Rm10 ada juga dapat 8. Nasib korang la terkena kat mana. T-shirt pun ada, selalu rajin belikan orang t-shirt2 tapi kali ni beli tuk diri sendiri je. Rm 21 dia bagi Rm17 sebelum sempat ditawar, ini sudah bagus!!
Topi special yang buat kami budget2 kiut tu dapat Rm15. Beli tuk anak buah Yan & juga makcik anak buah tu.

Kami beli juga jambu epal ni Rm 10/3biji , kalau nak 2biji Rm8.(masa kat RnR Tapah nampak jugak Rm10/2biji) tentulah kat atas tu murah lagi kan. Jagung ada jual Rm10/12batang. Ni jagung mentah (terus aku kira keuntungan si penjual jagung bakar)….Kayo den kalu jual jagung bakar kat CH ni.
Makanan goreng2 kat sini macam pelik sikit, banyak jenis sayur digoreng dengan tepung. Ada kimcam, brokoli, cendawan, bayam (sayurair) macam2 lagi. Haaa....... makanan laut pun ada dan aku rasakan agak murah juga makanan laut celup tepung ni dijual kat sini. Ye la kat puncak ni mesti macam susah sikit dapat bekalan tapi macam murah pulak dijual. Ada udang kecik2, ada udang besar, ketam & sotong. Kami beli sotong(Rm10)  dan Brokoli(Rm5). Ada jual nasi ayam, mee  goreng dan macam2 lagi la.

Ada juga strawberry la kan, macam2 jenis packaging. Masa beli tu dapat Rm 15 tuk 5 pek kecil. Rasa berbaloi juga mungkin sebab kami pergi dah agak lewat.

Balik hotel tangan penuh bawa barang2. Terus campak kat kereta dulu mana yang patut. Sampai bilik terus membedal. Haaa…kedai steambot kat bawah dah bukak punya ramai orang macam nak pecah kedai makan. (tengok ekspresi muka Yan kat gambar tu).

Lepas makan2 tengok2 tv terus zzzzzzzz..sempat layan citer transformers tu. Bersiap sedia.. esok nak ke ladang teh...ini yang aku nanti2kan selama ini!!!

P/s pasar malam ni memang hari hujung minggu sahaja (sabtu confirm, ahad tak pasti plak). Kalau pasar kat hotel Equatorial tu ada waktu saing setiap hari rasanya. Malam tak pasti sebab kami tak merayap malam tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...