Diperkenalkan salah satu restoren makanan cina di USJ 21. Lokasinya berhampiran dengan office kami. Jalan kaki pun sampai. Depan office kami ni banyak dereten kedai2 makanan cina dan yang ini salah 1 yang glamour dan ada cawangan lain lagi SS15.
Lokasi di No.15, Jalan USJ 21/8, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya dan di No. 5,Jalan SS15/8B,47500 Subang Jaya
Antara menu yang ada cawangan USJ ialah Claypot Steamboat Porridge,Tom Yam And Herbs Soup,"Portuguese Style" Seafood Grill udang, ketam, ikan juga Dim Sum. Cara masakan juga pelbagai ada thai style, malay style Chinese style dan lain2
sumber: google image |
suasana kedai jam 8malam |
pak choy & udang pedas |
ikan siakap stim - kuah pedas (lupa dah nama masakan ni) |
masa untuk membayar |
Kami order nasi 2, air 2, lauk seperti diatas. Dimaklumkan masa tu harga ikan RM4.50/100gram. Tapi masa bayar kami kena dalam RM 60. Ikan sahaja di beritahu sudah RM45 (macam mahal plak rasa tak sampai sekilo pun, tak tahu la dikira sekali dengan kuah?). Tapi puas hati masakan memang sedap. Cuma rasa sayur tu mahal tahap susah nak terima sikit. Sikit je mereka kira RM10.
Kesimpulan masakan memang sedap, 5 bintang boleh diberikan! harga je agak mengancam poket. Waktu gaji boleh lah belanja makan lebih sikit. Kalau tak menitis air mata dibuatnya.
P/s ; dengar citer Butter Chicken mereka sedap sangat, belum berkesempatan nak mencuba.
Halal ke sini?
ReplyDelete