Salam maulidur Rasul buat semua
Harini nak kongsi resepi pula la yer. Nasi ayam terbaik punyer!
BAHAN2:
1)NASI & AYAM
ayam 500g
beras 3 cawan
halia (2 ketul - sebesar ibu jari)
bawang putih (10ulas)
bawang besar kuning (1biji)
kicap pekat (3sudu besar)
minyak bijan (setengah sudu besar)
sos tiram (3sudu besar)
madu (1sudu besar)
minyak
air
serbuk perasa & garam
2) SOS
lada merah (10biji)
gula
air
serbuk perasa & garam
3) SUP SAYUR
lobak merah
kentang
daun sup
tomato
air
serbuk perasa & garam
4) HIASAN
timun
daun salad
tomato
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CARA2:
1) NASI & AYAM
- rebuskan ayam bersama beberapa ulas bawang putih(7ulas) dan hirisan halia (sebesar ibujari). Lebihkan air rebusan *gambar 1
- setelah ayam empuk toskan ayam dan asingkan air rebusan ( jangan dibuang )
- basuh beras dan toskan *gambar 2
- tumiskan bawang putih (anggaran 3ulas untuk 3cawan beras), halia dihiris nipis dan bawang besar kuning yang telah dipotong dadu *gambar 3
- masukkan bahan tumisan kedalam periuk nasi bersama beras dan air rebusan ( ikut sukatan biasa memasak nasi). Masak nasi sehingga masak.
- ayam yang telah ditoskan tadi perlulah diperap selama kira2 30minit (lagi lama lagi elok). Bahan perapan adalah bawang putih dan halia semasa proses merebus ayam tadi boleh digunakan semula, kicap pekat, madu, sos tiram, minyak bijan, serbuk perasa & garam.
- gorengkan ayam yang telah diperap tadi (tidak perlu lama, ayam telah pun masak semasa proses merebus tadi)
2) SOS
- kesemua bahan2 untuk sos dikisar dengan air yang sederhana dan masaksehingga menjadi agak pekat. Kira2 5- 10minit
3)SUP
- tuangkan lebihan air rebusan ke dalam periuk dan masukkan lobak, tomato & kentang serta bahan perasa & garam.
- taburkan daup sup semasa hidangkannya
SELESAI..
Boleh hidangkan bersama ulaman hiasan
Sekiranya rajin boleh la buat begedil.
JEMPUT MAKAN....
P/S: resepi begedil nanti kita kongsi kemudian ye.
No comments:
Post a Comment