Salam Jumaat semua!
Beberapa hari lepas ada pergi jumpa doktor selepas 2 minggu lepas ambil darah dan keputusan sangat membahagiakan jiwa raga tidak seperti sebelum ni. Kolestrol normal, tekanan darah normal, buah pinggang normal, paras gula normal. Syukur...
Selain dari makan ubat yang dibekalkan dan vitamin sendiri. Ada juga kawal pemakanan sikit2..almaklum memang jenis suka makan jadi agak susah nak mengawal selera tu. Mungkin kurang 10% je kot dari dulu2. Jangan2 5% je. ha3.
Tapi rasanya 'teman baru' ini juga turut banyak membantu.
hilang sikit pun jadi lah...
Teruskan menjadi seorang yang berfikiran positif ye, pasti hidup lebih ceria
No comments:
Post a Comment