Awalnya Orang JB tu nak ke Parit Raja naik bas je, dah siap beli tiket bas dah ni. Tup2 family dia nak meronda2 ke Batu Pahat katanya. Aku plak dari hari Sabtu sibuk google2 lokasi sebab katanya ahad tutup.
Jam 4 petang kami bergerak ke lokasi 2 kereta gitu, sebab nak serang Mee racun. Jalan nak ke lokasi takda masalah sebab abang aku tu selalu merayap2 kat situ. Kami dah plan kalau kat situ tak buka try tengok tempat lain dan kalau tutup jugak nak layan Nasi Briyani Power kat Taman Soga ke mana tu lupa dah.
Nampak je kereta parking sepanjang jalan maka memang rezeki kami. Buka lah!!
Kedai ni terletak di TL1, Jalan Rotan Tunggal, Taman Sri Jaya, 83000, Batu Pahat, Johor. Masuk JJCM ni..
ada satay jugak ..secucuk 50sen... mak aku siap tapau... |
hahaha...terkena candid snap...masing2 muka tunggu excited nak tengok rupa mee racun. |
kami sempat posing sakan |
Yan & brader & kakak ipar..sorry tak termasuk frame...hahaha
Yesza.......... watak utama sudah tiba....
Yesza.......... watak utama sudah tiba....
Mee racun 1 ( bermaksud 1 tulang) RM6 Mee ni macam mee bandung tapi lebih tomato & takda kacang2 |
SUMBER |
Kalau yang biasa RM 3.50, kalau tambah 1 gearbox RM6 kalau tambah 2 gearbox RM7..sila buat percaturan untuk penjimatan...hehehe
Kat sini ada je menu2 lain goreng2 tu, satay & roti canai pun ada..
Habis tudung aku merecik2 kuah..patut la abang aku order nasi goreng je...sebab dia pakai baju putih rupanya. Ceh...
Cara nak ke lokasi..kalau dari bandar Batu Pahat menghala ke Kluang (melalui Jalan kluang) akan nampak MK Curtain sebelah kiri. Masuk simpang tu terus je . Landmark seterusnya dalam 400m akan nampak kedai bakery Family belah kiri & sebelah kanan ada lorong. Ha kedai tu kat corner lorong tu.
SELAMAT MENCUBA..
Oo dia macam mee bandung yer. Belum pernah rasa lagi :) teringin nak mee racun hihi
ReplyDeleteRase mee racun x same mcm mane2 mee pun wlw rupa lbh kurg
ReplyDelete