meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

30 January, 2013

ANI SUP UTARA, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM


Isnin lepas cari kain untuk buat skirt, dek kerana skirt yang dibuat dan direndam dan turun warna...sob2. Bersengakang mata la nak jahit skirt ni...aduhai.

Dalam mencari kain di Plaza Alam Sentral(PAS), Shah Alam tu maka sempat kami singgah tempat makan yang dianggap meriah masa zaman belajar dulu. hahahaha....

Eh ada menu baru ( jangan2 dah lama ada tapi kami yang tak pernah mencuba lagi)..Ayam penyet. kami order juga sup perut dan Nasi ayam. Sambal kicapnya mencengkam lidah...pedas wooo.... 

Ada pelbagai menu sup2 yang menarik disini. Nak tahu cawangan Ani Sup utara dimana boleh la klik sini.

Nasi ayam penyet dihidang bersama sup
(RM9)
Nasi ayam dihidang bersama sup
(RM4.50)
Selamat mencuba...

misi : nak jahit skirt masih tertunggak, nak guna weekend ni...oh tidak!!!!!

28 January, 2013

OLD TOWN WHITE COFFE, USJ 21

Hye semua....

Kali ni update tempat makan dekat dengan office kami je Old Town White Coffee, Usj 21 . Kalau nak merasa steam rice memang sini la tempatnya. Harga sangat berpatutan dan sememangnya lazat.

ginger chicken steam rice (kanan)
mushroom chicken steam rice (kiri)
Kat sini banyak menu menarik dan sedap2 belaka. Ada mee udang, nasi lemak, roti bakar dan macam2 lagi. Rajin2 klik link kat atas tu..boleh tengok menu apa yang tersedia untuk anda makan.

Selamat mencuba....

25 January, 2013

KEGILAAN CREPE

Dah lama simpan, asyik lupa je...
Kini tiba masa nak kongsi dengan anda semua kegilaan masa kini...sna sini crepe..crepe...crepe.

Kami pernah cuba buat tapi hasil tak begitu membanggakan, jadinya order je la kat orang lain. Mula2 kami order durian crepe (kunig cair tu)..dapat je terus makan melahap. Walaupun bukan penggemar durian tapi sukakan whipping cream dalam tu. Seterusnya order mangga(oren) pula dan baru2 ni oreo(biru) pula...

Serius sedap...dah la besar2 , berbaloi. Pernah jumpa sama harga tapi kecil2 je.

Boleh pm rakan kami di fb zila kalau nak merasa ye..

23 January, 2013

RESEPI NASI AYAM

Salam maulidur Rasul buat semua

Harini nak kongsi resepi pula la yer. Nasi ayam terbaik punyer!

BAHAN2:
1)NASI & AYAM
ayam 500g
beras 3 cawan
halia (2 ketul - sebesar ibu jari)
bawang putih (10ulas)
bawang besar kuning (1biji)
kicap pekat (3sudu besar)
minyak bijan (setengah sudu besar)
sos tiram  (3sudu besar)
madu  (1sudu besar)
minyak 
air
serbuk perasa & garam


2) SOS
lada merah (10biji)
gula
air
serbuk perasa & garam

3) SUP SAYUR
lobak merah
kentang
daun sup
tomato
air
serbuk perasa & garam

4) HIASAN
timun
daun salad
tomato

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA2:
1) NASI & AYAM
- rebuskan ayam bersama beberapa ulas bawang putih(7ulas) dan hirisan halia (sebesar ibujari). Lebihkan air rebusan *gambar 1
- setelah ayam empuk toskan ayam dan asingkan air rebusan ( jangan dibuang )
- basuh beras dan toskan *gambar 2
- tumiskan bawang putih (anggaran 3ulas untuk 3cawan beras), halia dihiris nipis dan bawang besar kuning yang telah dipotong dadu *gambar 3
- masukkan bahan tumisan kedalam periuk nasi bersama beras dan air rebusan ( ikut sukatan biasa memasak nasi). Masak nasi sehingga masak.
- ayam yang telah ditoskan tadi perlulah diperap selama kira2 30minit (lagi lama lagi elok). Bahan perapan adalah bawang putih dan halia semasa proses merebus ayam tadi boleh digunakan semula, kicap pekat, madu, sos tiram, minyak bijan, serbuk perasa & garam.
- gorengkan ayam yang telah diperap tadi (tidak perlu lama, ayam telah pun masak semasa proses merebus tadi)

2) SOS
- kesemua bahan2 untuk sos dikisar dengan air yang sederhana dan masaksehingga menjadi agak pekat. Kira2 5- 10minit

3)SUP
- tuangkan lebihan air rebusan ke dalam periuk dan masukkan lobak, tomato & kentang serta bahan perasa & garam.
- taburkan daup sup semasa hidangkannya

SELESAI..
Boleh hidangkan bersama ulaman hiasan
Sekiranya rajin boleh la buat begedil.
JEMPUT MAKAN.... 


P/S: resepi begedil nanti kita kongsi kemudian ye.

21 January, 2013

AIS KRIM MALAYSIA


Sapa nak aiskrim malaysia???????????? murah2...kiteorang jual sebatang rm1...
hahaha den cepat kayo!!


Takda lah..gurau saja..

Hujung minggu lepas buat aiskrim malaysia. Idea bila pakcik dikampung suruh bawa nenas balik ke rumah Subang, sebab kat kampung ada lebih bayak masa majlis kahwin abg cik Liza haritu. Tiba rumah tak tahu nak buat apa sebab kami berdua bukan pengemar nenas. Maka idea pun timbul apa kata buat aiskrim. Tahan lama sumbat dalam peti ais. Maka mula operasi.

Potong nenas dadu2 dan masak dengan gula dan tambahkan air. Beli plastik aiskrim dan masa nak ikat aiskrim ni la kita gunakan kepakaran yang diperolehi dari masa lalu. Dulu bila cuti semester ini la kerjanya buat aiskrim banyak2. Modal semua mak kuarkan, laku woooooooooo.....hasil jual kita kaut. hahaha

Dari 1 perasa terlajak jadi 3 perasa sebab sayangkan plastik yang ada. Siap buat perasa oren sunquick & sirap longan ( sebab jumpa setin longan kat dapur). 

Sekarang mereka masih mengeras di dalam petiais. Dapat la dalam 40 batang kot.

Mood : malam ni tengok si gula hati (ADIPUTRA) berlakon dalam 'SEHANGAT ASMARA' sambil geget2 aiskrim....:-)

18 January, 2013

GREEN TEA SO GOOD!

Salam Jumaat semua!

Beberapa hari lepas ada pergi jumpa doktor selepas 2 minggu lepas ambil darah dan keputusan sangat membahagiakan jiwa raga tidak seperti sebelum ni. Kolestrol normal, tekanan darah normal, buah pinggang normal, paras gula normal. Syukur...

Selain dari makan ubat yang dibekalkan dan vitamin sendiri. Ada juga kawal pemakanan sikit2..almaklum memang jenis suka makan jadi agak susah nak mengawal selera tu. Mungkin kurang 10% je kot dari dulu2. Jangan2 5% je. ha3.

Tapi rasanya 'teman baru' ini juga turut banyak membantu.

ini la teman baru tu...
sehari 1 uncang je tapi kalau rasa nak minum sampai petang dan dah cair je rasa sebab dah berkali2 refill.
bolehlah tambah lagi seuncang masa belah petang tu, kalau nak
murah je pong!!
(patut batman tu alas cawan, ni dah jadi tutup cawan..boleh je la)
P/s : harap2 berat plak turun pasni...azam 2013 konon (padahal dah bertahun2 azam diulangtayang)..
hilang sikit pun jadi lah...

Teruskan menjadi seorang yang berfikiran positif ye, pasti hidup lebih ceria

16 January, 2013

PAVILION KUALA LUMPUR

Sambung cerita yang lepas, setelah kami memjelajah zoo di waktu pagi kami sambung ke Pavilion KL pula. Waktu Krismas memang Pavilion ni meriah. Bukan saja Pavilion ni malah hampir ke semua mall di area Bukit Bintang bermandikan cahaya meriah. Dan dalam orang dewasa yang suka, tentulah kegembiraan tu dijuari oleh kanak2.

Buktinya tengok je la gambar2 mereka ni, sakan menari tengah khalayak ramai. Sibuk nak ambik gambar pegang bling2. Tu belum lagi naik mini train yang kiut tu.

K la jom layan gambar..............
menari pusing2 sampai pening
pandai ko bergambar ippah oi!
tunggu turn...



finally yang tua pun sibuk nak naik...Rm5/person

meriah kan?
lantak pi orang nak kata apa..tak kira..nak juga snap pic
punya ramai kat center court ni...
baik punye posing ala2 photoshoot magazine
gambar 1st ..tu dia dh tak tahu nak posing gaya apa lagi dah..
di jalanan .bergambar di tempat orang sibuk melintas jalan
p/s:
memang best suasana kat Bukit Bintang ni kalau dekat2 time perayaan...meriah. Paling suka dekoration masa krismas...meriah lain macam.

14 January, 2013

ZOO NEGARA 2012

Sekejap je masa berlalu kan? dah pertengahan bulan Januari. Bulan ni super sibuk dengan job luar & persiapan wedding abang Cik Liza. Adik beradik dua ketul memang begitu...terpaksa jadi orang kuat konon!

Beberapa hari sebelum krismas tahun lepas kami pergi ke Zoo Negara bersama-sama family Cik Yan yang datang dari Johor. Meriah rumah!!
anak sedara Cik Yan
Bayaran masuk sekarang..
mahal boleh tahan...
sedekah pada binatang punya makanan & upah penjaga2 binatang

muka jemu tengok singa laut...ceh...tau la bayar tuk ko rm6 je...



siapa berani.....mai rapat!!



dah nama pun budak2...hmmm

punya ramai orang nak tengok show...kul 3petang ye...kalau terlepas memang melepas
Selesai merayap di zoo, kami teruskan perjalanan ke pavilion pula. Saja jalan2 ajak budak2 tengok decoration Krismas. Sebab beberapa hari sebelum ni kami ada datang ke sini dah. Oleh kerana meriah terlampau maka ajak diaorang pula pergi sama. Kot2 dapat naik mini train, kalau takda budak kecik ...malulahhhhhhhh...hahaha

K jumpa next entry..kasi korang cuci mata tengok gambar kat Pavi plak nanti...see yaaaa

11 January, 2013

TONG'S KITCHEN, USJ 19 CITY MALL

Kali ni restoren di USJ 19 City Mall yang kami nak review. Lokasi GF, bersebelahan dengan Pormrip Thai. Restoran ini menyediakan makanan Taiwan.


Terdapat pelbagai menu menarik di sini ( boleh klik dan zoom menu ni). Ada ikan, nasi, mee dan macam2 lagi.

 
Antara yang kami order untuk makan tengahari kami.
Order green tea pot..siap besen cuci cawan pun datang sekali..classic gitu
dikira seorang Rm 1.20 ( boleh refill)

Cantonese rice RM 8( small)
kuihteow goreng dengan daging dah halia RM8 (small)
Selamat mencuba. Makanan sedap harga berpatutan. Masa makan tengahari agak ramai pelangan. Jadi cepat2 kuar rehat dan order cepat2 :-) Kalau dapat masa rehat jam 12 lagi elok. Kurang saingan nak mengoder. HAHAHA

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...
Cik Liza tengah isi telur kot untuk majlis wedding abg dia.

09 January, 2013

HOMETOWN HAINAN COFEE, USJ 21 SUBANG JAYA

Hye bertemu kembali, perasan tak minggu lepas banyak update. Harap2 dapat kekalkam momentum sebegitu sehingga hujung tahun. Kami akan usahakan update setiap dua hari sekali dan hanya pada hari bekerja seawal jam 830pagi. Jadi pagi2 sebelum mulakan kerja boleh la jelajah blog kami dulu cari idea untuk menjamu selera makan tengahari / malam / hujung minggu. Ataupun berjalan2 di waktu bercuti :-) Dan tugas nak update blog tak seberapa ni perlukan banyak juga pengorbanan masa. Tapi tak mengapa selagi ada kelapangan masa kami akan kongsikan info2 untuk anda. 

Kali ni kopitiam berdekatan office kami ni yang akan kami review. Hometown Hainan Coffee ni baru je beberapa bulan yang lepas buka di kawasan USJ 21 ni. Lokasi No. 1, Jalan USJ 21/5, Subang Jaya 47630 Selangor. Dan ada beberapa cawangan lain yang mungkin berdekatan dengan anda.

Kalau waktu lunch kami nak makan ringan2 selalu juga ke sini sebab ada pelbagai menu2 roti. Kalau makanan berat pun banyak pilihan disini. Antara yang sedap nasi ayam hainan tu...fuh lazatnya. Pilihan sandwich pula ada wholemeal atau roti biasa.

wholemeal egg sandwich

lum mee ( thick noodle)
egg toast

Selamat mencuba...
P/s: mee udang mereka pun lazat. Harga standard koptiam yang lain.

07 January, 2013

SWEET CHAT CAFE, SETIA CITY MALL, SETIA ALAM

Shoping mall baru telah dibuka agak lama. Tapi kami yang baru menjejakkan kaki di sini. Kami ke sini bersama kawan kami lagi 2 orang nak tengok movie. Sementara nak tengok movie tu sempat kami makan di salah satu cafe di situ. Kami ke SWEET CHAT CAFE, berdekatan dengan tempat wayang.

Selain di Setia city mall, SCC ni ada beberapa cawangan lain di Berjaya Times Square, Mid valley, The Mines dan AEON ipoh. Suasana cafe amat la menarik dan menu juga sangat2 mengoda jiwa. Antaranya yang paling hot ketika ini. DURIAN CREPE! kat sini ada tapi nama dia pancake durian. 1st time ni kami rasa kat sini. Dia punya rasa durian teramat la kuat. Sesiapa pengemar durian mesti suka. Kami ni biasa2 saja dengan durian ni jadi ianya terlalu kuat untuk kami.

suasana cafe
Mari kita lihat antara menu yang kami order.
durian pancake RM 8.90 ( durian crepe)
Steam ginger egg custard RM5.90 ( termasuk dalam set air & nasi kunyit)
Fresh mushroom sup RM8.90
nasi kunyit dengan ayam kari RM12.90
(nasi lemak ayam lemak)
baked mac & cheese RM12.90
durian cendol RM 7.50
Harga amat bersesuaian dengan mutu makanan dan tempat. Selamat Mencuba...

P/s: Kat Setia City Mall ni best juga kalau nak berjalan shoping banyak kedai2 pakaian yang menarik antaranya ada H&M, cotton on dan macam2 lagi. Food Courtnya pun menarik. Sekarang ni kami dah ada pilihan kalau rasa malas nak ke IOI mall tengok wayang boleh je ke Setia City Mall ni. Walaupun jauh sikit tapi kurang bersesak2

04 January, 2013

GOLD CHILI, USJ 21 SUBANG JAYA

Diperkenalkan salah satu restoren makanan cina di USJ 21. Lokasinya berhampiran dengan office kami. Jalan kaki pun sampai. Depan office kami ni banyak dereten kedai2 makanan cina dan yang ini salah 1 yang glamour dan ada cawangan lain lagi SS15.

Lokasi di No.15, Jalan USJ 21/8, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya dan di No. 5,Jalan SS15/8B,47500 Subang Jaya

Antara menu yang ada cawangan USJ ialah Claypot Steamboat Porridge,Tom Yam And Herbs Soup,"Portuguese Style" Seafood Grill udang, ketam, ikan juga Dim Sum. Cara masakan juga pelbagai ada thai style, malay style Chinese style dan lain2
sumber: google image
suasana kedai jam 8malam
pak choy & udang pedas
ikan siakap stim - kuah pedas (lupa dah nama masakan ni)
masa untuk membayar
Kami order nasi 2, air 2, lauk seperti diatas. Dimaklumkan masa tu harga ikan RM4.50/100gram. Tapi masa bayar kami kena dalam RM 60. Ikan sahaja di beritahu sudah RM45 (macam mahal plak rasa tak sampai sekilo pun, tak tahu la dikira sekali dengan kuah?). Tapi puas hati masakan memang sedap. Cuma rasa sayur tu mahal tahap susah nak terima sikit. Sikit je mereka kira RM10.

Kesimpulan masakan memang sedap, 5 bintang boleh diberikan! harga je agak mengancam poket. Waktu gaji boleh lah belanja makan lebih sikit. Kalau tak menitis air mata dibuatnya.

P/s ; dengar citer Butter Chicken mereka sedap sangat, belum berkesempatan nak mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...