meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

04 November, 2011

PUTUS CINTA KAH?

Bak kata pepatah :-
‘bila kita sedar seseorang/sesuatu itu berubah, yang berubah sebenarnya adalah kita’

jiwa semacam je.......................kerana putus cintakah?

Selamat malam semua….haiya dah kenapa la diawal2 perbukaan kata dah ucap selamat malam?
Mungkin sebab sekarang memang ramai yang dah lelap mata termasuklah geng serumah ni. Dah lama dia berlayar, sampai ke medan kot. Aku je memang mata degil tak reti lelap.

Sebab tu la agaknya ramai kata aku burung hantu kot? siang tidur malam berjaga ( alamak dah macam lagu nenek kebayan pulak).

Sebenarnya bukan apa .. hati ni gundah gulana. Ye lah.....bila hati dah rasa lain jawapannya memang payah nak dibaiki. Ni masalah jiwa ni, kalau jumpa Dr. Fadilah Kamsah sure2 aku kena ceramah panjang ni.

Bukan kerana putus cinta ke apa ye.... yang kes2 macam tu letak jauh2 je la. Ni kes bila hati dah pikir malas nak kerja. Aku percaya ramai antara kita terasa seronoknya la duduk2 rumah tak payah kerja. Suka hati nak bangun pukul berapa nak buat apa. Ikut suka hati aku lah !!!

Oh tidak!!..walaupun hati memang la suka, indah sungguh!! Tapi percaya la paling lama korang suka tu 2 minggu je!! Pastu sure2 macam orang gila la nak mencari kerja. Kerja apa2 pun boleh la, tak kisah dah. Pastu mula la korang konon2 rajin basuh kereta..almaklum CARI KERJA…!! Dah tak da kerja sangat la tuhhhh...

Eleh macam aku tahu je rasa menganggur tu…tentu la tahu…dulukan ahkak ni tanam anggur sebulan lebih zaman2 poyo nak prepare wat business kecil2 cupcake tu.

Meh citer sikit pengalaman ni…ala2 selinggan iklan geetuu…
Masa tu budget 2 minggu jer la kan tanam anggur sambil settlekan apa2 keperluan business sekali lepas settle semua, tunggu punya tunggu….lama pulak rezeki tu datang. Akhirnya muncul rezeki tu selepas sebulan setengah tanam anggur, diterima juga kerja yang jauh berbatu2 ulang alik sehari dekat 100km.. bak kata kawan aku “tua kat jalan jer la ko liza!!”. Sebelum tu bukan takda offer langsung, ada tapi sebab jauh dari rumah, pikir banyak kali la jadinya. Ala bukan tak ada orang kerja ulangalik jauh2, ada je. Tapi untuk diri aku ni yang memang malas nak hadap jalan raya lelama dalam erti kata lain tak sanggup bangun awal sangat la weh…kalau boleh rumah kat tingkat atas, opis kat bawah tu..itu memang khayalan aku semata2 je la kan…hahaha.
Setelah ulang alik 3bulan dan terpikir tentang business parttime kami berdua tu mula nak burn je la dan tinggal jauh2. Tapi nak menangis juga la pikir usaha bergolok bergadai la orang kata nak dapatkan equipment dan mulakan business tu , tak kan rebah mengalah macam tu je. Bertahan dan bertahan, akhirnya cik yan dapat offer kerja tempat sama sebab kebetulan bos nak cari lagi seorang tuk bantu dia. Maka kami seopis la, senang la hati kami...pencarian rumah yang sederhana harga & tentunya ‘dekat!!’ dengan opis diutamakan. Selepas sebulan semuanya selesai, kami berpindah ke subang jaya dari wangsamaju. Business parttime kami masih berjalan seperti biasa sampai sekarang...Alhamdulillah....

Ok sekian cerita pasal tanam anggur dan nak dapat kerja..rezeki masing2 la tu. Ada cepat ada lambat.

Tapi aku serik tak nak ulangi lagi…sumpah !!! bosan gila plus seksa fulus menipis. Kalau orang yang berkepok2 duit yang tak reti nak surut tu tak pa la kot…macam2 benda boleh buat. Walau setinggi mana pun duit tu kalau dah hari2 kikis habis juga kan? Lagi2 aku yang tahap tak berkepok2 ni, memang kene bergerak pantas la terima kerja baru. disanping duit tu yang lebih utama adalah rasa kebosanan terlampau, mungkin aku ni jenis pura2 rajin kerja la kot. Tak reti duduk diam, ada je gatal tangan nak buat itu ini. Tu jadi bosan tu kalau diam2 je. suka nak sibuk2, termasuk la sibuk hal orang. Hahaha..



Berbalik pada masalah utama yang mendilemakan aku sekarang ni............apa nak buat?


Nak buka mata pagi2 pergi kerja malas. Mula dialog rutin ni terpancul dalam hati “jup la tambah lagi 5minit tidur boleh tak??awal lagi ni” Melengah2 kan masa. Tup2 dah terlajak 10minit.....dalam tengah mandi ke kat bilik termenung ke sempat lagi pikir...pikiran rutin waktu pagi gak la tu.....“ macam mana la orang2 atas2 aku tu ( berumur2 tu 40an-50an tu) boleh tahan hari2 pergi kerja??? Aku yang baru beberapa tahun kerja ni pun dah bosan”. Mula la sambil tu mengira berapa tahun lagi nak cecah 50tahun tu….hmmmm…….rasanya kalau seminggu tu tak pikir benda2 ni tak sah…(korang macam tu jugak ker? Ke aku je sorang mental disorder macam tu??)

Sebenarnya nak kata kerja tu terlalu membebankan takda la sangat. Suam2 kuku, ikut masa dateline kalau nak cepat memang usung la kerja tu hulu hilir ke rumah ke opis buat. Kalau biasa2 je sempat juga la kat opis tu curi2 tengok facebook or update blog. tapi ada je rasa tak kena dan rasa kosong je gitu...kenapa ye? mood nak kerj tu macam tak semangat je.

Mungkin betul la kot hati ni yang dah berubah tu yang rasa macam semua benda asyik tak kena je. Ada terpikir bila la nak kerja sendiri. Boleh buat apa kita suka. Aku tahu kerja sendiri bukan mudah, tapi cabaran itu la kot yang aku suka. Ye la semua benda ada kebaikan dan keburukannya. Kalau makan gaji, kerja je la cukup bulan gaji masuk. Bak kata business2 man "kurang risiko kurang la ‘masuknya’".
Tapi aku pulak rasa kalau kerja sendiri ni bukan yang ‘masuk yang masyuuuukk’ tu yang utama. Tapi kepuasan dapat hadapi cabaran2 tu yang memberi kepuasan. Pernah la rasa kepuasan tu walaupun business parttime kami kecil2lan je. Untung pun tak seberapa tapi hati puas tu lain rasanya….siapa yang ada business sendiri mungkin lebih faham apa yang dimaksudkan…kalau masyyyyuk lagi la tak terbayang puasnya.

oh ya..geng aku yang dah tidur ni pernah cerita. Ada 1 client dia masa kerja di consultant dulu kata pada dia..
" kalau ko bangun pagi berkobar2 nak pergi kerja atau buat sesuatu tu, bermakna ko dah jumpa la tempat yang betul dan ko dah pilih jalan yang betul. Selagi ko tak rasa macam tu, bermakna belum tepat la tu...."


korang ada rasa berkobar2 macam tu ke sekarang? tahniah!!!


kalau belum...sama2 la kita mencari jalan tu...
Apa nak buat.? ADA CADANGAN?
Setakat ni aku mampu bersabar dan berusaha tuk kearah itu serta bersyukur la apa yang dimiliki sekarang ni. Target ada lagi 3tahun untuk itu semua…sempat kah? Harap2 berjaya la …amin…doa2kan yer...:-)

nota kaki badak:

harap2 bonus ok, jadi dapat la bercuti2 lagi ( sila kerja rajin2!!) nanti boleh share sama kalian2.
ok lah nak g cari info pasal trip medan - lake toba untuk next year...aku rasa 4malam tu tak cukup je...perlu ke extend ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...