meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

10 November, 2011

ASAM PEDAS JALAN JUNID. MUAR

Wah....raya qurban ni ramai yang cuti panjang juga yer. Bagi yang belah2 pantai timur tentu2 la meriah semacam, kami di selatan biasa2 sahaja.

oh yer ...seperti yang kami war2 kan haritu misi pencarian tempat makan di Johor. Nampaknya kami tak berkesempatan nak ke area citysquare, JB. Tapi seperti dirancang sempat kami ke Muar mencari asam pedas. Oleh kerana ajakkan tuk sama2 menikmati asam pedas ni bersama sepupu2 cancel sebab masing2 ada agenda tersendiri, kami pergi sama mak & abang cik liza.
Kami plan lepas balik dari layan asam pedas ni kami terus balik ke Subangjaya, tak singgah batu pahat lagi la. Jadi kami naik 2 kereta berasingan walaupun jelajahnya 4orang je.

Bermula dengan ketibaan Cik yan dari JB kira2 jam 945pagi, sempat sarapan dulu kat rumah cik liza dan lepas kemas2 barang jam 1030pagi kami bergerak jumpa sahabat kami yang akan melangsungkan perkahwinan 2minggu lagi ni. Oleh kerana kami tidak dapat hadirkan diri masa majlis beliau, maka kami jumpa awal.
tahniah yer .....semut :-) semoga berkekalan sampai akhir hayat & dapat baby kiutmiut yer...

Selepas selesai berjumpa, berborak sakan sejam juga masa berlalu. Jam 1130 kami bertolak dari Parit Raja, Batu Pahat ke Muar. Lalu jalan kampung jer, tak lalu highway. lebih kurang jam 1petang kami tiba di gerai ni....
Asam pedas JJ ( Jalan Junid, Muar)..
Gambar ikhsan dari FB page gerai ni : klik sini

Sumpah banyak sungguh kereta parking kat sini. Jadi bila tiba Jalan Junid ni korang nampak banyak kereta park tepi jalan ni ...maka tepat la destinasi anda.
Jangkaan kami tiba lewat ni mesti lauk banyak dah habis. Punya gelojoh nak kejar lauk, sampai lupa nak snap gambar gerai.


Suasana kedai jam 1petang....ramai sungguh orang
Kami agak kecewa seperti dijangka banya lauk yang sudah habis. Nasib baik asam pedas ada lagi. Haritu ada pari, mayong & jenahak. Pari jer yang masih tinggal isi, lain kepala je. Menurut kata pemilik kedai asam pedas ada waktu makan tengahari sampai jam 5petang. Malam kedai buka juga tapi 'no more' asam pedas.

Masing2 semangat ambik nasi & lauk. Tak banyak yang tinggal kami masing2 ambik telur dadar & lemak pisang. Mak liza sempat jengah2 meja sebelah ada lemak siput, malangnya dah habis.

Antara yang kami sempat merasa:-
Kerabu pedas ( ada mangga & nenas campur sambal tu)

asam pedas kepala ikan mayong

asam pedas isi pari (ambik 2 ketul)

memang layan...............

asam pedas dia pekat berbanding yang di Parit Jawa (Cik Liza & family dah pernah cuba di Parit Jawa). Terpulang citarasa masing2 suka yang mana. Kami suka yang pekat. Mak liza kata yang cair pun best..kat sana ada set2 kalau order (Nanti kalu kami sampai kesana, kami review tempat tu pula yer). Cair boleh hirup2 kuah tak tersedak. Asal jangan ikan keras macam yang family liza pernah cuba di Batu Pahat (gerai apa tak pasti....tet tet..). Ni masa makan tu la cerita2, pergi gerai tu Abang Liza pernah cuba sedap!!!. Sekali pergi haritu ikan keras!! pedas tak hengat!!...bak kata Abg liza " tu ikan TUA!!" gelak sakan kami. Ikan tua???...agaknya kot, besar sangat kepala ikan tu katanya. Putus selera mereka...Tapau, balik umah adjust balik masak lama sikit...habisss jilat jari, mungkin ikan tu kurang masak. Mulut jahat cik liza kata "Aaaalllllllllllaaaaaaa tu la padah makan tak hajak aku kan....ikan tua ko dapat...ha3"

Sakan sedap....payah nak cakap lah.......... cukup la kalau tengok gambar ni kan....

licinnnnnnnnn............kan???

kenyang...sudah!!
4nasi berlauk ( purata 2 jenis lauk sepinggan) + air 4 + kerabu + 2ketul ikan pari + 1kepala mayong = RM 31
Terbaekkkk........

Lain kali kiteorang plan nak serang awal sikit...azam aku kul 11 pagi, dah pacak kat sana!!

Lepas makan tu kami jalan2 bersiar2 di Tanjung Emas pastu kami terus gerak ke SubangJaya.
Jem dahsyat yang tak tahu apa punca...dekat 4 jam baru tiba.

Info tambahan:
Rasanya pemilik ni ada gerai juga di medan selera Tanjung Emas, info lanjut boleh rujuk FB fanpage mereka yer.

nota kaki : masa jem tu...kami asyik cium tangan sendiri....Bau asam pedas leeeekkkaat woooo!!

2 comments:

  1. terbaek woookk...harus kite jjcm ke muor pule lepas nie..

    ReplyDelete
  2. Sedap weh....plus paling penting..bau kat tgn melekat woooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...