Hello2 milo…............
apa kena mengena kasut wedges ni dengan dipenjara?
teruskan membaca......yer......
Pagi ni semangat nak update blog disebabkan rancangan2 menarik yang kami bersama tonton dalam minggu ni.
Bukan drama bukan filem tapi isu yang kami rasakan sangat2 pentingnya bila kita selalu melancong ke luar2 negara.
Aku sama cik yan menonton national geographic channel ada siri baru ‘locked up abroad’
Yang memaparkan cerita2 tentang mereka2 yang ditahan di luar negara. Walaupun rancangan ni banyak mengutarakan kisah2 tentang orang putih bukan Malaysia, tapi kita tetap boleh ambil iktibar dan pengajaran tentang apa yang perlu kita buat dan berhati2 masa nak keluar dari negara kita sendiri.
Kisah pertama yang kami tengok tentang seorang lelaki ni mencetak wang palsu dan membeli barangan terkawal di negara jiran. Pertama berjaya lepas masuk ke 3 gagal tapi gagal bukan masa beli barang terkawal tapi beli rokok di kedai runcit je. Kena tangkap dan penjara di luar negara. Ok… kisah ni aku tak nak cerita sangat sebab memang salah dia.
Yang aku nak cerita pasal kisah kedua yang kami tengok. “Locked up abroad – heroin sting”
Perempuan ini pergi ke sebuah negara yang glamour dengan percutian pulau yang cantik dan mewah tu. Dia dihantar oleh kekasihnya (bf). Sebelum itu perempuan ini diberi sepasang kasut baru. Kasut wedges jenis yang besar tapak tu (rujuk gambar kasut kat atas tu)
Semasa di imigresen negaranya lepas. Tetapi bila sampai di lokasi tempat dia turun dia ditahan. Sebelum tu memang dia dah rasa kurang selesa dengan kasut tu sebab bf dia dah kata nanti sampai sana ada orang akan telepon dia dan tunggu dia tuk dapatkan kasut tu. siap bagi simcard lagi. Dan perempuan ni sudah tahu yang kemungkinan dia bawa sesuatu yang terlarang.
Sampai di imigresen tempat dia turun dia ternampak ada orang perhatikan dia. Kita kalau dah rasa cuak muka pun berubah kan? jadi dia pergi ke toilet nak tenangkan diri dan berniat nak periksa apa dalam kasut tu. Tapi sebab takut dengan bf dia sebab bf dia tahu segala maklumat dan tempat tinggal dia, maka biarkan je. Akhirnya dia di tahan atas kesalahan membawa masuk 1KG heroin!!!.. ( mak ai .....1 kg heroin dibubuh dalam kasut!!)
Kemudian polis bagi pilihan bantu tangkap orang yang akan terima kasut tu atau terus dihukum penjara dan dia pilih untuk membantu polis. Dipendekkan cerita, misi gagal sebab orang tu perasan kehadiran polis masa tu dan dapat melarikan diri dan buang kasut tu sekali (bahan bukti).
Ada sebahagian tu aku rasa kurang logik. Ada ke patut buat misi polis tunggu dalam lobi hotel tu je . Dah la tempat perempuan ni jumpa orang yag nak ambik kasut tu punya la jauh dari hotel tu. Mungkin dalam 20meter kot paling dekat. Sah2 la kalau lelaki perasan senang2 je dia larikan diri sebab dia datang dengan kereta. Pendapat kami sepatutnya polis tu tunggu la dalam kereta (menyamar gitu), sebab polis tu memang menyamar bawa teksi bukan kereta polis. Misi gagal dan perempuan tu ditahan di lokap. Tidak berapa lama pastu dia perlu buat kawat cam sebab polis ada suspek. Malam sebelum kawat cam ada orang datang ugut kalau cam sekali pun jangan cam. Perempuan ni pun buntu nak buat macammana (kalau aku pun sama .. nak pilih mati ke penjara 45tahun?..kalau korang pilih mana?)
(pelik gak macam mana orang tu boleh masuk kat situ ugut2 gitu…entah la)
1lagi, kalau kita selalu tengok buat kawat cam kan kita dibalik cermin yang orang yang nak dicam tak nampak kita. Kes ni perempuan ni kena masuk dalam kawasan terbuka ( macam tengok kat tv tu kawasan kat penjara masa diaorg beriadah lepak2 tu..ramai2 kumpul kat situ waktu free) tak ke seram!!!…orang semua tengok konak cam orang dan akhirnya dia tak cam siapa2.
Tiba di koridor dia ada nampak 2 lelaki, polis tu tanya lagi orang itu ke yang dia nampak malam tu? perempuan ni tak cam juga. Dia dibawa turun ke pejabat dan 2lelaki tadi pun masuk sama. Rupanya dia la suspek dan peguamnya. Lelaki tu kenyit mata dan senyum. Baru dia terperasan dia la lelaki malam tu sebab ada gigi emas. Maka lelaki tu terlepaslah hukuman 45tahun tu tapi perempuan ni yang kena penjara.
(kami yang tengok ni terpikir gak samada memang perempuan tu tak cam atau dia dah pilih tuk kene penjara 45tahun dari mati kalau dia cam…takda jawapan)
Akhirnya…..di penjara 45 tahun. Dalam penjara dapat tahu ada lebih kurang 5orang yang sama nasib macam dia dan ditipu oleh orang yang sama. BF dia tu).naya2 jerk hidup….
Kesimpulannya yang sempat kami buat:
Kesilapan dia : percayakan bf dia dan tak periksa kasut tu walaupun dah syak sesuatu
Kesilapan polis: jalankan penyamaran tanpa perancangan yang rapi & kawat cam yang menyeramkan siap kene ugut lagi
Hukuman penjara : 45tahun dikurangkan menjadi 7tahun.
***********************************************************************************
Dan pagi ni kami sempat menonton MHI di TV3 menjemput seorang peguam membincangkan isu ditahan di luar negara. Aku tak sempat nak tengok dari awal sibuk layan kucing aku tu, dan tak pasti sama ada memang ada kesinambungan siri2 terbaru NGC ni atau ada kes2 rakyat Malaysia ditahan di luar negara ketika ni. Tu la padahnya jarang tengok berita. He3.
Melalui perbincangan mereka tadi, yang dapat kami simpulkan adalah :-
1. Negara kita tidak akan dapat membantu sekiranya anda ditahan diluar negara bagi menghormati hukuman2 dan undang2 negara tersebut kecuali negara tersebut memang ada memberi peluang untuk kes ini dibicarakan dengan bantuan peguam dari negara kita sendiri. Anda perlu mendapatkan peguam untuk kes anda dari Malaysia dan juga di luar negara. Bermakna perlu membayar peguam di kedua buah negara tu. Dan selalunya memang tak berjaya.
2. Alasan2 seperti ini bukan barang saya, ini bukan beg saya atau ada orang yang minta bawakan beg ini untuk di beri pada seseorang. Semua ini tidak akan diterima pakai. Selagi beg tersebut di isytiharkan anda sebagai pembawa, bahan bukti ada bersama anda. MAKA ANDALAH YANG BERSALAH!!
3. BELUM ADA KES MENGUNAKAN ALASAN DIANIAYA MEMBAWA BAHAN2 LARANGAN AKAN TERLEPAS. (bak kata peguam tu, alasan ini terlalu biasa didengar sampai kami memang akan buat tak endah dengan alasan itu)
4. Anda sewajibnya menjaga “MEMERHATI” bagasi2 anda semasa berada dimana saja sepanjang perjalanan anda untuk keluar dan kedalam negara.
5. Perlulah anda menjadi orang yang pentingkan diri sendiri apabila anda checkin bagasi anda, sekiranya ada lebih lagi berat dari yang anda beli dan orang di belakang anda atau sebelah anda minta tolong untuk letak bagasi dia. Jangan sesekali terima. (contoh : anda beli 20kg beg anda hanya 10kg sahaja) lebihan 10kg tu biarlah kosong dari anda membantu tapi kesudahannya anda yang tertangkap kerana setiap beg itu akan didaftarkan atas nama anda bukan yang meminta tolong.
6. Bilangan “keldai dadah” adalah lebih ramai wanita berbanding lelaki. Samada yang memerangkap itu adalah adik beradik, suami, saudara dan sebagainya. Seperti kes kedua diatas dalam NGC tu adalah kekasihnya.
Kekasih??? Ye itu adalah yang paling banyak dalam istilah lain DITIPU KEKASIH.
7. Ada sebilangannya pula sudah tahu yang mereka membawa barang tersebut tetapi dek desakan imbuhan yang lumayan mereka terima. JANGAN TAMAK!!
TIDAK ADA SEBARANG KERJA MUDAH DIDUNIA NI UNTUK DAPAT BAYARAN YANG LUMAYAN.
8. Dapatkan beg yang lebih berkualiti dan kunci bagasi anda. Kerana beg yang kurang berkualiti boleh dicungkil dan dimasukkan barang2 terlarang tu dengan mudah.
sama2 la kita cari lagi maklumat dan kongsi2 tentang isu2 sebegini sebagai langkah berjaga2.
p/s: mana nak cari beg berkualiti tu....hmmmmmmmmm.....duit lagi :-)
No comments:
Post a Comment