Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas kami ada makan 1 kedai masakan cina. Hajat kami nak merasa ikan stim jenis yang ada sos hitam tu tapi yang sampai ke meja bersambal sikit namum tetap stim la. Rasa memang mengancam cuma bila tanya harga masa order Rm4.50/100g. Tapi masa bayar macam jadi RM45. Kami tengok ikan tak sampai 1kg rasanya. Baru berhajat nak mencuba lain kali di kedai tu tuk makan sos hitam ni, tapi macam mahal pulak. Maka tiba masa masak sendiri je. Lebih jimat dan puas hati!!
Kami selamat dah habiskan menu ni sekelip mata. Sihat gitu, tanpa minyak dimasak kukus. Yang tak sihatnya makan nasi bertambah2 sebab sedap (sendiri masak sendiri puji. fuh!!) :-)
Diharap kalian boleh mencuba ye..simple sahaja dan ada 4 bahan je dan sedap .. Have fun!
BAHAN2:
- ikan siakap
- halia muda dihiris
- daun bawang dipotong halus
- sos soya cair (kami gunakan jenama Lee Kum Kee - seasoned soy sauce for seafood)
ada tanda halal ye (kami beli di pasaraya Hero) |
CARA2:
- semua bahan2 dicampurkan dalam bekas, boleh tambahkan air sedikit untuk kuah sebab sos ni agak masin.
- kukuskan sehingga masak
- dah boleh dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment