meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

20 December, 2012

BERCUTI DI KAMPUNG DAN KISAH PEKAN AIR HITAM

Minggu lepas kebanyakkan waktu dihabiskan di Johor. Tapi tetap tinggalkan korang dengan update cerita trip Medan Danau Toba yang basi tu. Harap cerita basi tu cepat habis. Disebabkan malas nak berulang alik Batu Pahat – Subang Jaya, maka aku berseorangan bercuti panjang dari Selasa sampai la ke Ahad. Siap sedia la untuk pemotongan gaji..Orang dapat bonus ko kena potong gaji…sadis. Ni kes meraikan pengantin baru la ni terpaksa cuti panjang di hujung tahun diwaktu cuti telah pun habis.. Apapun waktu bersama keluarga lebih bernilai dari pemotongan gaji (sob3… ikat perut seminggu). Tanggal 12.12.12 maka selesailah ijab kabul satu-satunya abang aku. Adik beradik dua ketul, maka bersiap sedialah dengan jawapan kepada soalan mencabar minda.. “ Bila pulak adiknya?”…jeng3 

Tapi bukan itu je nak diceritakan. Sepanjang bercuti sempat menjahit set tilam baby, almaklum dari rabu lepas majlis nikah sampai ke majlis belah perempuan 16.12.12 tak da la banyak sangat kerja. Kecuali jadi supir mak, kehulu kehilir cari barang utnuk persiapan majlis belah keluarga kami pula bulan depan ni. Time dah suntuk ni la la baru hegeh2 cari. Sempat juga siapkan sireh junjung untuk dijadikan hantaran. (sapa nak tempah boleh cari saya…sempat lagi iklan) 
in progress...
Siap...ada 4 pasang semuanyer
sireh junjung...artificial flower
layan sikit gambar pengantin
Malam sebelum majlis nikah, kami adakan kenduri doa selamat & jamuan tentu nasi ambeng!… maaf tak sempat nak ambil gambar. 

Dan malam sebelum majlis belah perempuan. Kami sempat ke Pekan Air Hitam, dekat je dengan rumah dalam 15minit je. Dah lama betul tak pergi sini. Selalu singgah waktu siang dan tak da sangat benda nak dicari. Cik Yan yang baru tiba dari Shah Alam petang tadi, dan sepupu dari Jb aku angkut ke sana. Saja jalan2 sebab nak cari bekas garam & baju. Dan ingatkan ada pasar malam. Rupanya salah malam, sepatutnya malam Isnin yang ada pasar malam, bukan malam ahad. Meh bagi map sikit kat kalian.

Maaf tak jumpa yang rasmi....terpaksa buatkan untuk kalian peta yang kiut miut ni
Apapun kami merayap sekitar pekan lama (area kotak kuning). Banyak patung2, macam2 patung ada. Hasil kraf pun banyak. Kerepek dan buah2 pun ada. Tak lupa ada 1 stall jual telur pindang.

antara perhiasan atau boleh juga dijadikan 'doorgift'
bekal menjadi bekas garam di dapur kami
pelbagai tabung...kami sempat sambar 2 ketul
bungkus..jangan tak bungkus
pelbagai barangan lain
sempat bergaya topi koboi!
masuk kedai lain plak...ada tabung TONG GAS, AYAM, ARNAB...macam2 lagi la
itu dia telur pindang
(sumber gambar google)
pelbagai anak patung, bantal, beg dan lain2
(sumber gambar google)
Dari kedai ke kedai kami jalan. Perbagai barangan ada. Kedai kraf tu je tak sempat nak ambik gambar. Akhirnya jumpa kedai menarik yang dalam tu ada barangan Hello Kitty dan macam2 lagi barangan menarik ( juga di kawasan kotak kuning peta diatas). Maaf lupa pula kedai tu. Tapi besar dan di bangunan bukan yang tepi jalan tu. Rasa macam umur 8 tahun pun ada geram tengok barang2 yang kiutmiut kat situ. 

teddy bear besar2 ni wo.....
mesin kira hello kitty
ada orang tu siap beli sebab comel

antara barangan hello kitty yang ada
macam dapat award
pencil tekan2 ala2 picagari...
unik habesss
Nampak macam biasa..
tapi saiz sebenar adalah sangat besar..
ada ni 4 kaki-5kaki tinggi agaknya
Selesai shoping2 kami singgah depan kampung beli burger. Yum Yum Yum

Oh ya lupa nak bagi tahu kat Air Hitam (bahagian pembangunan baru) ni glamour juga dengan barangan hantaran & perkahwinan macam kat Nilai3 tu. Cuma masih dalam skala kecil. Dan haritu survey, barangan lagi murah…Cuma mungkin pilihan agak terhad sikit.

1 lagi tempat yang femes zaman kanak2 dulu adalah Tropical Village. Terletak tak jauh dari pusat AirHitam ni menghala ke Johor. rasanya last pergi sana umur 10 ke 11 tahun. Ni ala2 mini dunia. Ala2 legoland simen.....ha3. Dulu ini la tempat yang fun kiteorang selalu pergi. Sekarang dah lama tak pergi tak tahu dah apa jadi. Tadi google2 gambar pekan Air Hitam ternampak gambar ni. Ada menara KLCC dah... dalam gambar ni nampak tak ada menara condong tu. Dulu ada Taj Mahal, Tembok Besar China, Eiffel tower pun ada tau. Besar kawasannya. Ada rezeki nak jengah tempat ni nanti.

Tropical Village(sumber gambar google)
P/s:
Kalau korang berkesempatan ke sini boleh la shopping sakan. Kot2 boleh survey sekali TropicalVillage ni, nanti leh share apa ada kat situ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...