meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

12 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 3)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai sesi menambah ilmu dan mengosongkan dompet di Kampung Tomok, kami meneruskan perjalanan ke tempat tarian gale2. Dekat je kiranya turun dari tempat shopping2 tu akan jumpa tempat ni. Tarian ini tentang si anak yang tewas dalam peperangan dan bapanya jatuh sakit akibat rindukan anaknya. Maka dukun penasihat usulkan dibuatkan patung serupa anaknya dan lama kelamaan bapanya kembali sihat. Ikuti serba sedikit kisah selanjutnya di sini. Masa kami tiba persembahan dah habis, dah mula tarian suka2 je sambil diiringi lagu Si Gale2. Sesiapa ingin mencuba boleh lah turut serta.

rumah batak....ada yang dah beratus tahun...
ada orang tinggal tau dalam ni
ini la si gale2...boneka ni boleh bergerak2 tau...
tapi kena ada yang mainkan/gerakkan dia la

sakan tu mencuba...




Selesai di Kampung Tomok, kami bergerak ke Kampung Ambrita. Tak jauh pun dalam 10 ke 15 minit je jarak perjalanan. Diberitahu disini ada beberapa kampung dan dahulunya antara kampung2 ini selalu berperang, dalam kata lainnya setiap warga kampung mempunyai wilayah masing2. Tak boleh suka2 masuk kampung yang lain. Namun kini semuanya telah berubah. Semua dah mesra2 belaka.

Dikampung ni kami pun mengambil pencerita (upah sekitar Rp 20k) untuk mengetahui cerita sejarah kampung ni. Di kampung ni ada rumah2 batak, kami ingatkan ianya hanya pameran. Rupanya semua ada penghuni kecuali 1 rumah ni yang memang di sediakan kosong supaya kita boleh tengok2 bahagian dalam rumah.

pintu masuk kampung
(ada sumber bacaan mengatakan pintu ini hanya selebar badan lembu/ kerbau) *kurang pasti
rumah batak yang boleh dimasukki untuk melihat susun atur dalam rumah
depan rumah pun ada 4 butir :-P
bahagian dalam rumah
Rumah ni bertangga dan berpintu rendah (direka supaya setiap yang masuk rumah akan menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada tuan rumah), bahagian dapur di tengah rumah, ampaian kain di tepi rumah. Dan didalam rumah yang berbumbung tinggi ini di bahagian atas untuk ruang simpanan barang2. Tidur di lantai saja.

Seterusnya kami didedahkan dengan cerita cara2 hukuman pesalah dijatuhkan. Dan biasanya akan dibincangkan segala masalah dan dijatuhkan hukuman di tempat ini. Di kawasan kerusi batu inilah mereka akan bersidang. Kerusi ni ada pelbagai saiz dan yang paling kecik adalah tempat pesalah.




Selesai perbincangan dan hukuman telah diputuskan, pesalah akan di bawa ke bahagian hukuman dilaksanakan. Selalunya memang hukuman bunuh. Di maklumkan juga yang kaum batak ini terkenal dengan ilmu hitam yang kuat  demi menjaga kekebalan mereka. Oleh itu segala bomoh2 handal akan dipanggil untuk menghilangkan kekuasaan ilmu pesalah dengan mantera dan alatan2 kepercayaan mereka. Sesudah hilangnya kekebalan pesalah maka hukuman pun dijatuhkan dimulakan dengan mengelar2 badan pesalah. Ritual ini untuk memastikan yang pesalah betul2 telah hilang kekebalannya bila pesalah lut dimakan senjata. Setelah itu barulah hukuman yang sebenar dijalankan.




Yang ketawa sakan tu bila kami tergelak besar bila si anak pencerita menjerit ' arghhhhhhhhhh arghhh '  sebab aksi kelar dan dipukul. Pandai betul berlakon ye kau...dah hari2 training jadi pelakon kan :-)


selesai penerangan kami bergambar bersama di tempat hukuman

tak silap ini adalah kubur
nampak tak cicak dan payudara itu...payudara 4 :-P
  
selesai je penerangan dan bergambar kami dijemput ke kedai souvenier...macam2 ada kat situ
banyak kedai dan barangan kraf
ada 1 tu rumah batak harga Rp 30.tawar2 last2 tak beli..
menyesal sungguh!!
besar tau kraf rumah tu dalam 15cm tinggi..
sapa ada pergi sana? nak kirim pleaseeee
Sambung lagi nanti ye...

1 comment:

  1. best lah baca ko cite psl tpt ni. rasa mcm blaja sejarah je =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...