bahan2:
- Sos spageti carbonara (tak kira la jenama apa..kami guna prego)
- cendawan dalam tin dihiris( kalau nak fresh guna cendawan tiram)
- lada benggala dihiris
- bawang besar kuning dadu
- bawang putih dicincang
- bahan perasa
- minyak
- serbuk basil atau herba-herba western (thyme,oregano etc) + lada hitam sedikit
- spageti
- keju parmesan
sumber : google image |
- rebus spageti bersama sedikit minyak untuk elakkan melekat. sesudah masak gsegera toskan.
- tumiskan bawang besar sehingga layu ( penggunaan minyak sedikit sahaja digalakkan gunakan olive oil ye)
- gaul sebati dan masukkan bawang putih (diimasukkan lewat kerana bawang putih lebih cepat hangus berbanding bawang besar) - ( kalau nak tambah isi ayam boleh masukkan masa ni)
- masukkan sos spageti, cendawan & lada benggala
- tambahkan bahan perasa dan serbuk basil/herba western dan lada hitam. gaul sebati...
- Siap untuk dihidangkan dengan meletakkan spageti dan siramkan kuah carbonara. Dan taburkan keju..
No comments:
Post a Comment